UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC Kini Ikon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan, Peminat Inteam Sokong Sasaran Bantu 500,000 Penerima Manfaat Sepanjang Ramadan | Tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang cukup aktif dalam menyalurkan misi bantuan kemanusian kepada negara Islam bergolak. Seringkali melihat di paparan media sosial dan massa mengenai kesungguhan warga Malaysia dalam memastikan setiap mangsa yang terkesan dengan peperangan ini menerima bantuan secukupnya. Saya cukup berbangga dengan keprihatinan yang diberikan. Gerakan misi ini tidak akan berjaya tanpa hasil gerak kerja beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) agar misi bantuan ini sampai kepada mereka yang menimpa musibah. Malah sebagai pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan, Peduli Insan berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi makanan, pendidikan, perlindungan, kesihatan kepada fakir miskin di dalam serta luar negara termasuk pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

UNIC GALAS TUGAS IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN

Terbaru, kumpulan nasyid tanah air UNIC yang dianggotai oleh Fakhrul, Bazli serta Dr. Fitri Haris sah menjalinkan kerjasama sebagai Ikon Kemanusiaan Muhibbah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan), mengikut jejak kumpulan nasyid Inteam.


Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang kini memasuki tahun ke 12 dalam usaha menggerakkan bantuan kepada negara-negara bergolak khususnya Syria, berharap dengan penglibatan UNIC sebagai salah seorang Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka dapat membantu untuk menyebarkan advokasi dan kesedaran berkaitan negara-negara yang sedang dilanda krisis kemanusiaan akibat perang seperti Syria serta Palestin.

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

“Alhamdulillah, saya sebelum ini memang pernah mengikuti misi yang dilakukan ketika Bantuan Musim Sejuk Syria pada tahun 2021 dan saya lihat bantuan yang diperlukan oleh pelarian Syria amat mendesak terutama dari segi makanan dan barangan keperluan asas. Idea untuk bekerjasama secara berkumpulan muncul apabila saya secara rasmi kembali bersama UNIC pada Julai 2022 dan Alhamdulillah bermula Ramadan ini, UNIC telah menjadi salah sebuah Ikon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan dan kami amat berharap sokongan daripada peminat dan rakan artis serta rakan media.”

Tambah Dr. Fitri Haris lagi, yang sebelum ini pernah menjalani misi Bantuan Musim Sejuk Syria di kem pelarian Syria, Lebanon mengatakan beliau sangat terkesan dengan keadaan kehidupan pelarian Syria yang semakin menderita walaupun tanpa ada peperangan berikutan kesan dari perang yang terjadi lebih 12 tahun lalu membuatkan mereka menjadi daif sekelip mata apabila terpaksa meninggalkan segalanya demi menyelamatkan nyawa mereka dan anak-anak.


INTEAM GIAT USAHA KEMPEN INFAQ RAMADAN (12)

Manakala Inteam sebelum ini, yang sudah memasuki tahun ke 4 dalam menjadi Ikon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan berasa amat gembira dengan penglibatan rakan nasyid UNIC. Inteam kini sedang giat memperluaskan usaha untuk meraih dana sumbangan bagi Kempen Infaq Ramadan (12) yang mensasarkan bantuan sepanjang Ramadan sebanyak 500,000 penerima manfaat di kem pelarian Syria serta di Gaza, Palestin terutama bagi bantuan berbentuk juadah iftar serta sahur.

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

Menurut Hazamin Harun, beliau berkongsi mengenai bantuan Ramadan yang telah mula diagihkan bermula 1 Ramadan dan bantuan ini akan diteruskan kepada musim Hari Raya Aidilfitri bagi kelengkapan makanan serta bantuan lain seperti kesihatan dan pakaian baharu.

“Peduli Insan telah menghantar bantuan kepada lebih 350,000 penerima manfaat berbentuk set makanan lengkap bersama agihan kurma serta air minuman yogurt atau dikenali sebagai Laban di Syria. Segala persiapan ini dilakukan oleh pasukan Peduli Insan sendiri di dapur terbesar mereka di utara Syria yang boleh menampung penghasilan sehingga 10,000 pelbagai juadah makanan. Akan tetapi, saya dimaklumkan sumbangan masih perlahan menyebabkan kapasiti penuh dapur ini belum lagi dapat dicapai.”

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN
 
UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

UNIC KINI IKON KEMANUSIAAN MUHIBBAH PEDULI INSAN, PEMINAT INTEAM SOKONG SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN

Mengambil peluang merebut pahala Lailatul Qadar, yang lebih baik dari 1,000 bulan marilah kita bersama-sama merebut pahala untuk memberi orang makan di dalam bulan Ramadan. Semoga usaha ini diterima Allah SWT dan diberikan rezeki berjumpa di Ramadan akan datang, insya-Allah. Bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai kemaskini persiapan memasak dan agihan yang dilakukan bagi bantuan sepanjang Ramadan ini dan juga kempen-kempen lain, boleh ikuti laman Facebook Rasmi Peduli Insan.

Bagi para pembaca yang ingin turut sama berkongsi rezeki, boleh sumbangkan melalui akaun rasmi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82 (Bank Islam) atau klik sahaja pautan https://infak.peduliinsan.com/ ini. Sebarang pertanyaan atau tajaan bantuan boleh diajukan terus ke nombor talian 013-3968840 atau 017-7444595. Jangan lupa layari https://www.peduliinsan.org/my untuk maklumat lanjut.

IKUTI PEDULI INSAN DI FACEBOOK | INSTAGRAM


#PEDULIINSAN #BERITA #INFORMASI

0 Comments