REFINITY ACNE HYDROGEL - SATU REVOLUSI TERKINI DUNIA KOSMETIK

January 26, 2016 REEF OMAR 11 Comments



Salam REEFISM. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya. Last week agak sibuk sikit sebab baru pulang dari Siri Eksplorasi Dunia Siri 2016. Kalau nak tahu kemana saya pergi kenalah tunggu tau update dari saya.

Saya nak lari dari topik travel seketika sebab saya nak cerita kepada anda satu produk yang sangat awesome. Saya terpanggil nak share dengan anda semua sebab benda baik kenalah kongsi bersama kan.

Sejak dua menjak ini saya sering mengalami masalah jerawat. Mungkin disebabkan kurang rehat serta sibuk beraktiviti luar sehingga kulit wajah saya mudah terdedah kepada kuman dan bakteria. Macam mana tak timbul jerawat, balik rumah saja terus tidur sebab penat jadi tak sempat nak cuci muka.

Bila dah timbul jerawat ni mulalah gelisah. Yelah kan. Muka kan satu aset jadi kenalah jaga kan sebab kita nak guna muka kita sampai tua.

Saya pun mulalah ke farmasi mencari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah saya. FYI kulit saya ni jenis berminyak dan sensitif. Bila dah mencuba pelbagai jenis rangkaian produk ni saya lihat jerawat di wajah saya bukan makin mengecut tapi makin bertambah pulak. Mulalah tak keruan. 

Satu hari, dalam saya belek-belek Facebook tetiba saya ternampak satu produk ni. Mula-mula ragu-ragu nak baca detail tapi bila mengenangkan masalah jerawat ni saya pun mulalah membaca tentang apa itu produk yang dipanggil REFINITY ACNE HYDROGEL.



Saya pun orderlah produk ni dengan harapan dapat menyelesaikan masalah jerawat di wajah saya ni. Alhamdulillah bila saya dapat dan terus guna produk ni, the next day jerawat di wajah saya dah mula mengecut. Pantas! Terus rasa kagum sekejap. Jadi sebab itu saya nak kongsi cerita dengan anda semua akan produk yang awesome ni.

Apa itu REFINITY ACNE HYDROGEL? Produk ini diformulasikan oleh Ahli Farmasi Malaysia dihasilkan daripada herba asli terbaik iaitu Salix Alba Extract yang sangat efektif merawat jerawat dan parut jerawat. 

Apa itu Salix Alba Extract? Boleh rujuk di https://en.wikipedia.org/wiki/Salix_alba untuk details.

Salix Alba juga dikenali dengan nama White Willow

Formulasi ini mampu menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri sepantas 24 jam. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif seperti saya kerana REFINITY ACNE HYDROGEL ini diasaskan dari herba asli serta bebas dari bahan kimia. Bau dia wangi dan bila apply dekat muka sejuk ja rasa dan terus meresap ke dalam kulit (tak melekit).





Cara penggunaan pun mudah sahaja.

  1. Cuci muka dan keringkan
  2. Apply REFINITY ACNE HYDROGEL pada jerawat serta parut jerawat
  3. Gunakan secara konsisten 2 kali sehari. Pagi dan malam.
Mudahkan? Sangat mudah dan kesannya? AMAZING!

Jangan risau tentang ramuan pada produk ini sebab produk ini diformulasi oleh Ahli Farmasi Malaysia dan dijamin selamat.

awesome product

jangan risau nak guna ye

botol dia sangat stail

Jadi apa ditunggu lagi! Takkan anda nak biarkan wajah anda selamanya diselubungi jerawat. Dengan REFINITY ACNE HYDROGEL ia mampu mengatasi jerawat sepantas 24 jam. It works on me!

Anda boleh layari laman web rasmi REFINITY MALAYSIA di www.refinity.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Ok guys. Selamat menghelokkan diri ya.

11 comments:

Kellie Castle, Perak Malaysia (Unplanned Trip) - Jan 2016

January 17, 2016 REEF OMAR 5 Comments

Salam REEFISM semua.

Apa khabar hari ini? Semoga semuanya baik-baik belaka. 

Pada 17 Jan 2016 saya berkesempatan untuk singgah ke salah satu daya tarikan yang terkenal di Perak iaitu Kellie's Castle. Ia terletak di Batu Gajah dan jarak dari Exit Simpang Pulai adalah lebih kurang 11 km serta terletak bersebelahan dengan Sungai Raya.

Kellie's Castle

jarak antara Kellie's Castle dengan EXIT PLUS Simpang Pulai

Sebenarnya persinggahan ini tidak dirancang. Saya bersama rakan asalnya dari Taiping untuk menghadiri majlis akad nikah. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tiba-tiba kami terdetik untuk singgah ke Kellie's Castle ini. Lagipun kami tidak pernah ke sini lagi. Nama saja orang Perak tapi tak pernah explore apa yang ada dalam negeri...hehehe...

Jadi alang-alang lalu kat Ipoh ni baik kami singgah untuk lihat apa yang ada di sini. Kellie's Castle ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem terbitan KRU Studios iaitu Vikingdom.

Siapakah gerangan Kellie ini? Mengikut sejarah, nama sebenar Kellie ini adalah William Kellie Smith yang berasal dari Scotland. Beliau telah tiba di Malaya ketika itu sebagai civil engineer. Istana lama ini katanya digelar Taj Mahal Malaya kerana ia dibina atas dasar kasih sayang untuk isteri beliau, Agnes.

Kalau nak cerita sejarah kisah Kellie's Castle ni memang panjang tau. Kalau anda yang minat nak tahu lebih lanjut tentang kisah ini boleh baca di Kellie's Castle WikipediaKisah Kellie's CastleAttractionsMalaysia atau Malaysia.Travel.

Bagi anda yang suka ambil gambar atau nak buat photoshoot di tempat ini memang sesuai sekali. Pasti gambar anda AWESOME!

Cuma bagi pendapat saya Kellie's Castle ni boleh ditambah baik dari segi pelbagaikan tarikannya. Mungkin boleh dibina cafe-cafe di sepanjang Sungai Raya supaya boleh dijadikan tempat lepak best warga kota. Dengan kos pembaikan yang telah menelan belanja berjuta-juta ringgit dengan entrance fee dikenakan kepada setiap pengunjung saya rasa tidak berbaloi dengan apa yang di tawarkan oleh tempat ini. Saya lihat banyak najis lembu berserakan di sekitar istana lama ini. Pihak pelancongan Perak khususnya harus lebih kreatif untuk menarik minat orang ramai untuk datang dan menghargai tempat-tempat sebegini. Biar orang yang datang rasa berbaloi dengan apa yang dibayar kan. Sekadar pendapat saya saja.

Baiklah. Saya tinggalkan anda dengan foto-foto yang sempat saya ambil melalu lensa kamera saya.

tempat parkir

kena bayar

view dari depan

arah manakah?

checked in

sejarah

peta

entrance fee bagi Malaysian syaratnya kena tunjuk Mykad tau

control segak walaupun panas giler

kemana kita

bukti cinta Kellie pada Agnes

kebanggaan Perak

kalaulah ini rumah ku

Kellie's House yang terbengkalai

koridor

jangan cakap abang tak payung

sila baca


lagi

info

inilah ruang tamu

kusyuknye bang

klasik

sangat stail koridor

ukiran dinding

Kellie's House

oven zaman dulu

meh naik atas pulak

boleh lihat view

bilik tetamu

kalau negara 4 musim dah lama lepak sini

Sungai Raya

mahu pulang sudah

checked in

terliur

kalau dibuat cafe tepi sungai ini mesti awesome

till we meet again

Till then....daaaaa...

P/S: Katanya istana ini pernah dibina lift dan merupakan lift pertama di Malaya ketika itu. Allahualam.

5 comments:

Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Part 3)

January 15, 2016 REEF OMAR 2 Comments

Salam REEFISM semua.

Apa khabar semua? Saya mengharapkan yang terbaik dari anda semua. Baiklah. Saya tidak mahu membuang masa. Saya teruskan saja sambungan kisah #throwback trip saya di bumi Melbourne. Bagi kisah terdahulu boleh lihat di IntroPart 1 dan Part 2.






Day 4 kami di Melbourne adalah kunjungan kami ke Phillip Island. Kami telah booking tour ini melalui bantuan Pak Nil. Tour ini adalah di bawah agensi Extragreen Holidays.

Trip ke Phillip Island ni bergerak agak lewat iaitu pukul 11.45 pagi. Memandangkan kami ada banyak masa pagi tu jadi kami mengambil kesempatan untuk ke Queen Victoria Market (QVM) awal pagi. Kebetulan QVM ni dekat saja dengan hotel kami. Jadi senanglah sikit. Selesai bersiap dan breakfast kami terus menaiki tram di depan hotel menuju ke QVM.

Apa ada di QVM ni? Basically QVM ini adalah pasar basah dan kering di mana ia menjual dari sayur, ikan, daging sehingga ke souvenir, baju dan macam-macam lagi. Kiranya macam-macam ada di sini. Kedai makan pun ada. Kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kalau anda semua ke Melbourne kena datang sini dan alami sendiri suasana pasar disini. Totally different compare dengan pasar yang ada di Malaysia. Apa yang membuat saya impress adalah kebersihan pasar tersebut. Kagum. Gerai-gerai tersusun kemas dimana bahagian barangan basah dan kering diasingkan. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga tersusun kemas. Kalau anda datang menaiki tram boleh turun di beberapa stesen sebab QVM ni dekat dengan laluan tram. Sebarang info mengenai QVM seperti waktu operasi dan lokasi mereka boleh layari web mereka di http://www.qvm.com.au/.

dah sampai

macam-macam ada

pasar baru buka jadi kurang manusia

acara memborong bermula

sakan shopping nampak

beli jangan tak beli

seronok shopping ye kak

pekerja di kedai ini boleh berbahasa Indonesia

OH Australia

murah sangat

nak barang dapur pun ada

besar tempat ini

market ni dah lama wujud rupanya

ayuh pulang ke pangkal jalan

Dalam pukul 10 camtu kami terus menapak untuk pulang ke hotel dan meletak barang-barang yang dibeli. Takkan nak angkut bawak pi Phillip Island pulak kan. On the way ke hotel kami singgah di butik H&M yang terletak di Melbourne GPO sebab kawan saya nak beli baju sejuk.

Melbourne GPO


hasil tangkapan

Kami kena berkumpul di depan opis pukul 11.30 pagi kerana tour akan bergerak pukul 11.45 pagi. Tour ini kami hanya menaiki van pelancong sahaja sebab bilangan peserta tour tak ramai pun. Jarak perjalanan ke Phillip Island mengambil masa dalam satu setengah jam bergantung kepada trafik.

catwalk sebentar

nak jugak

acah-acah

inilah travel agency tu

perjalanan bermula

Apa ada di Phillip Island? Basically Phillip Island ni ada beberapa wildlife park di mana antaranya anda boleh menyaksikan penguin naik ke darat di Penguin Parade, boleh melihat anjing laut di Nobbies Centre, Koala di Koala Conservation Centre. Selain itu Phillip Island juga ada Grand Prix Circuit dan juga A Maze & Things. Sebarang info mengenai Phillip Island boleh layari http://www.visitphillipisland.com/.

lokasi Phillip Island

Destinasi pertama tour ini adalah Maru Animal Park. Di sini kami berpeluang melihat antaranya kangaroo, koala, wallabies, parrots dan dingoes secara live. Selain itu ada pertunjukan mencukur bulu kambing biri-biri tau atau Sheep Shearing Demonstration.






maru garu haru biru

sekitar kawasan hadapan

alas perut dahulu

tour guide cum driver kami

layan nampak

hiasan semata-mata

boleh masuk sudah

nak ambil gambar dengan koala kena bayar jadi ambil dari jauh saja

comel

sesi bagi makan kangaroo

tengah makan

ilmu

kitaran hidup Koala

tido ka

kangaroo putih

bawak balik boleh tak?

bulu kangaroo kasar

nak makan lagi ke?

sekawan

hello anybody?

burung unta kah?

mmmmbekkkk

lapar ye

mari berdansa

santai sado

jom melompat macam saya

main jengket-jengket pulak

wefie time

kangaroo putih

jangan sesat

wallabies
macam kangaroo kan

ada macam-macam jenis haiwan di sini

sesi mencukur bulu biri-biri

dengar sini murid-murid

kuat pakcik ni

hasil cukuran

mula-mula cukur bahagian ini

kena jadi model pulak

cam family photo pulak

Selesai kami di Maru terus kami di bawa Koala Conservation Centre. Untuk ke Phillip Island anda akan melalui San Remo iaitu satu perkampungan nelayan yang kecil.

ayuh

nak ke mana kita

tido je keja

wefie lagi

tenang

apa tu

tunggu koala tak muncul-muncul jadi wefie je lah

ada pun dia

mari pulang

eh apa tu kawan-kawan?

seram tengok pokok tu

sesi hadam minda

this way please

bye bye

sempat lagi shopping

Penguin Parade ni lama sikit sebab di sini penguin hanya akan mula naik ke darat bila keadaan betul-betul gelap. Kami terpaksa menunggu sampai senja. Sejuk tak usah cakap lah. Angin dia betul2 mencucuk sampai ke tulang. Kalau anda datang ke sini sila bawa baju sejuk tebal-tebal tau. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bila masuk ke dalam penguin parade. Jadi tiada gambar boleh di ambil di sana.


boleh ambil gambar dekat sini saja

we really had a great fun here

Day 5 adalah hari terakhir kami di kota Melbourne. Sedih rasanya sebab nak tinggalkan kota ini. Flight kami untuk ke destinasi seterusnya iaitu Sydney adalah pukul 11 pagi. Jadi kami check out awal dan minta staff hotel call kan maxi taxi untuk ke airport.

Personally saya suka bangat dengan kota Melbourne. Kenapa? Pertama sekali i love the weather. Dingin saja. Lagipun kota dia tak busy sangat tau. Rasa tenang ja. Kemudian saya perhati ramai orang luar yang duduk di sini. Mungkin seronok dan best tinggal di Melbourne ni. Kalau ada rezeki nak je kerja dan tinggal di Melbourne ni. Pastinya saya akan kembali lagi ke sini untuk explore lagi apa yang ada di sini.

kalau ke Australia wajib beli perfume sebab sangat murah






beli di kedai My Chemist tau

Nantikan sambungan kisah #throwback trip saya seterusnya iaitu Sydney.

Till then guys...daaaa

2 comments:

Powered by Blogger.