8 SEBAB KENAPA HIJABISTA MEMILIH SUNSILK HIJAB RECHARGE






Pemakaian hijab atau tudung merupakan ekspresi luaran secara peribadi yang mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. Namun demikian, kesihatan rambut walaupun ketika bertudung juga amat penting untuk memberi lebih keyakinan. Tidak lupa juga, keperluan serta cabaran penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab adalah unik berbanding mereka yang tidak bertudung. Maka, Sunsilk telah memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang dreka khusus bagi Hijabista! Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan dan manfaat terbaik dari bahan semulajadi, Sunsilk berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para wanita untuk mengejar impian mereka namun kekal memiliki rambut yang segar dan sihat walaupun berhijab.

“Seramai 80% dari wanita di Malaysia memakai hijab sepanjang masa dan ia telah menjadi satu fenomena fesyen. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia, adalah amat penting bagi kami untuk sentiasa berevolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih kami untuk terus memperkenalkan produk berinovasi dan terus menjadi teman dalam penjagaan rambut untuk semua wanita Sunsilk di luar sana”, kata En. Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.







Bagi para hijabi, menutup rambut sepanjang hari dalam cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan mereka mengalami keadaan rambut yang berpeluh dan kulit kepala berminyak. Bukan sahaja ia menyebabkan rasa tidak selesa, kemungkinan untuk rambut berbau busuk juga amat tinggi dan pastinya ia akan mengugat tahap keyakinan diri.















Produk Sunsilk Hijab Recharge mengandungi Fragrance Release Pearls Technology™* yang mampu memberi kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam*. Ia adalah produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa. Sebaik sahaja rambut anda di basuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda. Kapsul ini lantas akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut dan membebaskan aroma wangian yang harum. Tambahan pula, aroma ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut pengguna. Dalam erti kata lain, lebih banyak anda menggerakkan kepala, rambut anda akan lebih berbau wangi.

*Hanya terdapat dalam Syampu Segar Berhijab dan Anti Rambut Gugur. Berdasarkan ujian makmal.

Produk Sunsilk Hijab Recharge dihasilkan melalui usahasama pakar penjagaan rambut secara semulajadi Jamal Hammadi dimana ia diformulasikan dengan menggunakan keajaiban bahan semulajadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.







Segar Berhijab atau Hijab Refresh
Keajaiban dalam warna pastel hijau yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan umat Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.





Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall** Solution
Diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.





Anti Kelemumur atau Anti Dandruff
Kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui penggunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya serta agen kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berbaik semula***

**Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.

***Tiada kelemumur kelihatan dengan penggunaan kerap




KENAPA MEMILIH SUNSILK HIJAB RECHARGE

RANGKAIAN YANG DICIPTA KHAS UNTUK WANITA BERHIJAB

MEMBERI RASA KESEGARAN BERHIJAB SEPANJANG HARI

PILIHAN YANG MEMENUHI 3 KEPERLUAN UTAMA PENGGUNA
(Segar Berhijab/Anti Rambut Gugur/Anti Kelemumur)

TEKNOLOGI FRAGRANCE RELEASE PEARLS YANG EKSKLUSIF

MEMBERIKAN CETUSAN KEHARUMAN SETIAP KALI RAMBUT DISENTUH

KEMASAN PEK YANG MENARIK

TEKSTUR, WARNA DAN KEHARUMAN YANG MENAWAN

TERBUKTI SECARA SAINTIFIK



Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan dengan menghiasi wanita di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini. Menjalin usahasama yang rapat dengan jenama tudung terkemuka, AIDIJUMA turut melancarkan tujuh jenis tudung dengan corak eksklusif serentak dengan pelancaran Sunsilk Hijab Recharge. Para hijabi boleh mendapatkan EMPAT corak buat masa ini secara percuma dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge. Baki tiga corak lagi hanya boleh didapati dalam masa beberapa bulan akan datang.

Harga Runcit:

70ml – RM3.80

160ml – RM8.50

320ml – RM13.85





Boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, farmasi, agen jualan sah serta laman web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian(online)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge, layari laman web www.sunsilk.com.my atau melalui Facebook Rasmi di www.facebook.com/SunsilkMalaysia atau Instagram Rasmi di www.instagram.com/sunsilkmy

MENGENAI SUNSILK
Sunsilk merupakan jenama penjagaan rambut terulung Unilever, yang dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD1 billion. Sunsilk merupakan jenama peneraju bagi pasaran penjagaan rambut di Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk merupakan peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUNSILKCOVERKITA #SUNSILKMY 

0 Comments