KLANG PARADE 1MIN2FAME KARAOKE COMPETITION VOL. 2 MEMBUKA LALUAN UNTUK COMEBACK!


Setiap dari kita pastinya mempunyai minat kepada sesuatu aktiviti. Ada yang minat mengumpul barang antik, setem, bercucuk tanam dan lain-lain. Ada yang kata minat ini seperti hobi. Bagi saya minat terhadap sesuatu aktiviti ini adalah suatu passion. Bila dah nama pun passion, kita pastinya akan enjoy bila melakukan sesuatu. Kalau ditanya apa hobi atau kecenderungan minat saya, sebenarnya banyak cuma kalau disuruh pilih satu saya akan pilih menyanyi. Menyanyi? Yes. Kenapa suka menyanyi? Entahlah. Soalan itu agak subjektif untuk dijawab namun pasti nya minat ini muncul sejak kecil lagi. Kalau nak sebut tentang pertandingan karaoke ke, reality show ke, persembahan pentas ke, semua saya dah buat. Untuk pengetahuan semua, saya pernah menjadi finalist untuk satu reality show bernama POPSTAR untuk tayangan NTV7 dan juga saya pernah mendapat TOP 100 untuk musim kedua MALAYSIAN IDOL. Pengalaman yang tak kan saya lupa sampai bila-bila.




Saya sebenarnya sudah lama berhenti dari aktiviti-aktiviti menyanyi ni kerana ingin memberi peluang kepada diri melakukan perkara lain. Tapi bila dah namanya minat, mana boleh berhenti lama-lama. Tangan asyik gatal nak pegang mikrofon sahaja. Bila dapat tahu pihak KSONG FAMILY KTV dengan kerjasama KLANG PARADE mengadakan pertandingan karaoke, I said to myself, let’s do this! Penyertaan pun cukup mudah. Hanya muat naik video menyanyi di Instagram dengan hashtag #KLANGPARADE #1MIN2FAME #KSONGKARAOKE dan pihak penganjur akan memilih 15 peserta untuk berentap di pentas akhir. Alhamdulillah saya terpilih!

Pada hari kejadian, saya cukup teruja malah gementar sebab sudah lama tak beraksi kan. Lagipun pada hari pertandingan tu, saya mengalami tekak bengkak, demam dan migraine. Boleh ke nak menyanyi ni? Saya kata pada diri saya, peluang sudah didepan mata jadi redah sahaja. Kalah Menang belakang cerita.

Pertandingan Karaoke 1MIN2FAME ini telah diadili oleh 3 panel juri iaitu penyanyi DINA NADZIR, RIZ ZAIZIZI dan saya lupa nama seorang lagi. Sorry ye bro!

Acara bermula pukul 2 petang tapi saya telah sampai di Klang Parade seawal 10 pagi untuk sesi sound check. Bila selesai sound check, saya tak tahu nak buat apa jadi saya pun jalan-jalan sambil window shopping. Di aras satu terdapat satu kedai menjual pelbagai pakaian menarik iaitu NEXT LADIES. Saya memang sedang mencari pakaian untuk kakak saya. Alang-alang ada banyak masa sebelum pertandingan saya shopping dulu di NEXT LADIES. Saya suka kedai ni sebab banyak pilihan baju untuk semua golongan wanita (kurus/berisi/tua/muda). Harga pula mampu milik. Bayangkan satu set baju dan long skirt tak sampai RM100 kot. Cantik pula tu malah material yang digunakan pun berkualiti. Jadi untunglah kakak saya sebab saya belikan dia beberapa helai baju. Boleh follow FACEBOOK DAN INSTAGRAM Next Ladies.


















Kemudian berdekatan dengan kedai NEXT LADIES ada pula satu kedai pakaian wanita bernama LA MISS. Kedai ni banyak jual pakaian kasual untuk wanita. Saya masuk sebab saya berkenan dengan satu cardigan ni. Kebetulan pula hari lahir sahabat saya dah nak dekat so saya belikan satu helai untuk beliau. Baik tak saya? Hahahaha. Anyway kedai LA MISS ini pun seleksi pakaian nya sangat moden, kasual dan bergaya. Harga pun murah!






cardigan inilah yang saya beli for my friend!



Selesai shopping, saya terus ke tingkat lima Klang Parade sebab nak alas perut sebelum pertandingan karaoke bermula pukul 2 petang. Di tingkat 5 terdapat sebuah food court yang bernama NEXT FOOD JUNCTION. Agak besar juga ruang food court nya. Pilihan makanan pun banyak. Kiranya macam-macam jenis makanan ada kat sini. Harga pun murah juga. Bayangkan satu set nasi goreng dengan air pun tak sampai RM10. Kalau dekat tempat lain mesti dah cecah RM20. Sedap pun sedap! Follow Facebook Next Food Junction di www.facebook.com/NextFoodJunction .






Selesai makan, saya terus bergegas turun ke ruang Main Concourse dimana tempat pertandingan berlangsung untuk cabutan nombor giliran. Nombor 10! Oklah. Boleh saya tengok peserta-peserta sebelum saya membuat persembahan sebagai rujukan. Itu satu kelebihan bila dapat giliran hujung-hujung tapi kelemahannya pula adalah bila peserta awal membuat persembahan hebat, ini sedikit sebanyak akan merendahkan keyakinan kita dan kita yang akhir-akhir ni kena buat lebih baik untuk impress pihak juri. Bukan senang tau. Markah bukan sahaja dinilai dari segi mutu suara, tapi juga persembahan kita secara total. Cara kita menguasai pentas, cara kita menjiwai lagu itu. Itu semua diambil kira tau.

Bila tiba giliran saya, saya terus melakukan persembahan dengan cara saya lah. Oh ya! Saya membawakan lagu USANG oleh RAHIM MAAROF. Kenapa pilih lagu ini? Sebab lagu ini adalah antara lagu kegemaran saya bila menyanyi di karaoke jadi bila dah lagu favourite mestilah senang nak bawa kan! Hehehe. Lagipun lagu ini agak mencabar vocal saya kerana ada bahagian tertentu yang bernada tinggi. Sesuai lah untuk dinyanyikan di pertandingan nyanyian.

Selesai semua peserta membuat persembahan, Riz Zaizizi menghiburkan penonton dengan lagu hits nya LEBIH BAIK. Sudah lama juga tak dengar berita beliau. Suara tetap mantap! Selepas itu Dina mengambil alih pentas dengan mendendangkan 2 buah lagu! Suara Dina memang tiada siapa biasa menyangkal kehebatannya. Saya sendiri dan seluruh pengunjung yang hadir tergamam dan terpukau dengan lontaran vokal beliau!

Sampai ke acara penyampaian hadiah. Saat pengacara mengumumkan tempat ketiga, semua orang tekun menanti. Tempat ketiga jatuh kepada……… SHARIFFUDIN AZHAR BIN OMAR! Itu saya!!!!!! Hahaha. Syukur akhirnya rezeki menyebelahi saya walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Senarai pemenang adalah:

Juara- Faisal Md Saad

Tempat Kedua- Ardi Gunsuh

Tempat Ketiga- Saya!






Secara peribadi saya cukup gembira dengan kemenangan dan penyertaan di 1MIN2FAME KARAOKE COMPETITION Vol. 2 ANJURAN KSONG FAMILY KTV dan KLANG PARADE. Setelah lama berehat dari menyanyi saya percaya impian untuk comeback menampakkan jalannya. Terima kasih diatas peluang ini. Saranan saya bagi mereka yang punya bakat, jangan malu kejar impian dan serlahkan bakat anda. Melalui pertandingan seperti 1MIN2FAME Karaoke Competition inilah anda mampu menyerlahkan bakat anda dan mungkin ia mampu merubah hidup anda!

Sebelum nak pergi mana-mana pertandingan nyanyian, kenalah praktis dulu kan? Jadi pergi ke KSONG FAMILY KTV yang terletak di Tingkat 5, Klang Parade. Sistem bunyi di sana sedap dan pilihan lagu pun banyak dan terkini. Ruang premis pun luas. Boleh bawa seisi keluarga untuk aktiviti santai keluarga!



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KSONGKARAOKE #1MIN2FAME #KLANGPARADE


0 Comments