DIAMOND SAPINDUS SOAP PRODUK SABUN PELBAGAI GUNA DARI TAIPEI TAIWAN

February 28, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Kebersihan diri adalah rutin penting dalam kehidupan seharian. Dari atas kepala hingga ke hujung kaki hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih supaya kita terhindar daripada pelbagai penyakit. Pelbagai produk penjagaan diri tidak kira samada untuk rambut, kulit wajah mahupun badan berada di pasaran. Cuma pemilihan yang betul amat penting kerana bukan semua produk sesuai untuk tubuh badan kita. Saya sendiri secara peribadi adalah seorang yang agak selektif dalam membeli produk penjagaan diri. Jadi pemilihan produk dengan ramuan yang betul harus dititiberatkan.

Bercakap soal produk penjagaan diri, pernah tak anda mendengar sebuah produk yang mampu membersihkan badan, kulit muka dan juga rambut dalam satu masa? Senang kata produk pelbagai guna. Ingin saya kongsikan kepada anda semua sabun yang cukup unik serta mampu memudahkan urusan penjagaan diri anda sekeluarga.

Produk sabun ajaib ini adalah DIAMOND SAPINDUS SOAP yang berasal dari Taipei Taiwan. Ia diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dipanggil sapindus. Kalau anda lakukan carian tentang tumbuhan ini, ia juga turut dikenali dengan nama soapberries dan tumbuhan ini sering digunakan dalam pembuatan sabun kerana kandungan yang terdapat didalamnya bersifat anti bakteria, anti keradangan dan anti kegatalan. Jadi sabun Diamond Sapindus Soap memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia bersifat semulajadi dengan kandungan alkali yang sangat rendah dengan nilai ph 7.5.

Ekstrak Polifenol dari sapindus dapat membersihkan minyak muka, bertindak sebagai astringen untuk meminimumkan liang-liang pori pada wajah, membasmi kuman, mensterilkan dan menghentikan kulit daripada penuaan. Senang kata ia sabun ini memberi kesan anti penuaan. Selain itu, Asid ferulik yang terdapat dalam tumbuhan sapindus diiktiraf oleh pakar saintifik sebagai faktor kecantikan. Ia memberi manfaat kepada kualiti kulit dengan cara menjadikannya halus, berkilat dan elastik. Kandungan asid sitrik dalam sapindus dapat membantu menghilangkan keratin yang terkumpul di lapisan luar kulit anda, mempercepatkan penyembuhan kulit, mengurangkan jerawat, bintik gelap, kedut, kulit kering, memutihkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar.

Bagi rambut pula, penggunaan sabun DIAMOND SAPINDUS SOAP mampu merawat kulit kepala daripada masalah kelemumur dan rambut gugur. Produk ini adalah sebuah produk yang mesra alam sekitar kerana ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, bebas bahan kimia beracun dan paraben.






Saya sendiri telah mencuba produk DIAMOND SAPINDUS SOAP dan hasilnya mengagumkan. Kulit wajah saya lebih anjal, lembap dan gebu, rambut saya tidak kering dan kurang kelemumur serta kulit badan saya terasa lebih sihat dan gebu.

Produk DIAMOND SAPINDUS SOAP ini telah diimport dan diedarkan di Malaysia oleh syarikat CM3 Premium Distribution yang berpangkalan di Seremban. Pengasas CM3 Premium sendiri telah mencuba produk ini selepas mengalami masalah penyakit kulit yang cukup serius. Selepas beliau berikhtiar dengan macam-macam cara, akhirnya beliau diperkenalkan dengan sabun hebat ini oleh rakanya dan masalah virus pada kulit beransur pulih dalam masa yang singkat.

Kepada anda yang mencari satu produk yang mampu memberi pelbagai manfaat, DIAMOND SAPINDUS SOAP adalah pilihan terbaik. Anda boleh saksikan video penuh saya menggunakan produk Diamond Sapindus Soap di bawah.







LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DIAMONDSAPINDUSOAP #CM3PREMIUM #CM3PREMIUMDISTRIBUTION

0 comments:

DATO’ DR NAJMIL FAIZ PENCETUS KEPADA KONVENSYEN PERDANA WADIRA FELCRA BERHAD 2018

February 27, 2018 REEF OMAR 0 Comments

DATO' DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

Baru-baru ini telah berlangsung Konvensyen Perdana Wadira Felcra Berhad 2018 selama 2 hari di PWTC dan saya sempat menyaksikan pelancaran majlis gilang gemilang ini yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pasti ramai yang tertanya-tanya akan maksud WADIRA. Ia merupakan singkatan kepada Wanita Dinamis Felcra dimana organisasi ini pastinya tertumpu kepada pembangunan wanita khususnya dalam komuniti Felcra.

Sedikit informasi berkenaan WADIRA. Ia ditubuhkan sejak tahun 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak dan sehingga kini pertubuhan ini mempunyai 83 cawangan dengan bilangan ahli mencecah hampir 17,562 orang. Penubuhan WADIRA bertujuan mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Menurut Ketua Pengarah Seranta FELCRA BERHAD, Dato' Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, konvensyen yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada wanita dalam komuniti Felcra untuk terus memajukan diri dan bidang keusahawanan agar seiring dengan arus pembangunan negara. Kata beliau, konvensyen ini amat penting kerana sejak penubuhannya, WADIRA memerlukan perubahan dan pendekatan baru bagi meneruskan legasi pembangunan wanita FELCRA di Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang konvensyen ini adalah sesi dialog dimana ia adalah platform terbaik bagi para peserta bertukar idea dan pendapat bagi memperkasakan WADIRA.



 











Sepanjang organisasi WADIRA ditubuhkan, banyak produk dan perkhidmatan berjaya dihasilkan antaranya madu kelulut asli, kopi tumbuk, dodol, roti, barangan kraftangan, salon kecantikan dan lain-lain lagi. Ia menjadi tanda aras bahawa WADIRA FELCRA BERHAD mampu merubah kehidupan yang lebih selesa kepada ahli WADIRA.

Pada majlis ini juga pihak FELCRA BERHAD turut menyumbangkan dana sebanyak RM 830 ribu bagi pertubuhan WADIRA bagi melaksanakan program kemasyarakatan dan ekonomi dimana dana berbentuk geran berjumlah RM 10 ribu akan diberikan kepada setiap ahli WADIRA. Peruntukan ini selaras dengan pelancaran Pelan Transformasi WADIRA bagi memantapkan pengurusan institusi ini menjelang tahun 2022. Ia menggariskan 10 pelan transformasi yang mengandungi 20 teras pelaksanaan meliputi aspek antaranya di sektor pengurusan, kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan keusahawanan. Pada majlis ini juga Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menerusi program PERMATA menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pihak FELCRA dan WADIRA untuk menubuhkan taska di setiap pejabat FELCRA seluruh negara.

Pada majlis sama, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah dipilih sebagai Ikon Inspirasi WADIRA FELCRA. Turut hadir ke majlis ini adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Siapakah Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang menjadi tulang belakang kepada konvensyen Perdana WADIRA Felcra Berhad 2018 ini? Suami kepada usahawan dan pengasas jenama BIANCO MIMOSA, Dato' Ida Suraya ini merupakan Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad. Berusia 36 tahun, beliau yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di Universiti Metropolitan, Leeds juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
 
DATO, DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
DATO' DR NAJMIL BERSAMA ISTERI, DATO' IDA SURAYA

Dato’ Dr Najmil merupakan satu contoh intelek muda negara yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Beliau menjadi pelajar Malaysia pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya berkenaan Nano and Micro-Machine Process dihadapan anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac 2005. Kajian beliau juga berjaya menarik minat Menteri Perindustrian Britain ketika itu, Brian Edden dengan menawarkan beliau membuat pembentangan di House of Common, Westminster. Malah kajian beliau berkenaan teknologi pengurangan geseran dalam industri pembuatan pernah dianugerahkan THE BEST RESEARCH OF GOOD PROSPECT.

DATO' DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
SUCH AN HONOR DAPAT BERJUMPA DAN BERBUAL DENGAN DATO' DR NAJMIL






Dato’ Dr. Najmil yang berasal dari Ipoh, Perak ini berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu berjaya di peringkat global. Kepimpinan beliau dalam organisasi Felcra Berhad boleh menjadi contoh terbaik kepada anak muda masakini untuk terus memacu kejayaan.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FELCRABANTURAKYATTOLONGRAKYAT #WADIRA

0 comments:

CHEESE-SANG CHEESY BITES MENU SEMPENA TAHUN BARU CINA OLEH PIZZA HUT MALAYSIA

February 20, 2018 REEF OMAR 1 Comments


Pizza Hut Malaysia, rangkaian pizza terulung tanahair tidak pernah gagal dalam menyajikan menu pizza baru yang enak. Boleh dikatakan setiap perayaan utama dalam Malaysia pasti akan ada menu khas bagi menyemarakkan sambutan. Terkini Pizza Hut Malaysia memperkenalkan menu yang diinspirasikan daripada Yee Sang yang diberi nama Cheese-Sang Cheesy Bites. Saya berkesempatan untuk hadir di majlis memperkenalkan menu Cheese-Sang Cheesy Bites baru-baru ini. Turut memeriahkan majlis adalah selebriti tanahair seperti Sharifah Sakinah dan Nik Qistina.



 








Seperti yang anda sedia maklum, tradisi Yee Sang cukup sinonim tatkala tiba Tahun Baru Cina. Ia melambangkan kemakmuran serta penyatuan harmoni sesama ahli keluarga serta sahabat handai. Pizza Hut Malaysia meggabungkan konsep Yee Sang dan pizza sebagai satu cara memberi kegembiraan kepada pelanggan setia tidak mengira bangsa atau agama. Secara tidak langsung, semangat perpaduan dapat dipupuk sesama rakyat Malaysia menerusi juadah khas Cheese-Sang Cheesy Bites ini.

Pizza Cheese-Sang Cheesy Bites dilengkapi dengan lapan belas kerak pizza penuh dengan keju cedar dan mozzarella, ditambah dengan kelazatan udang tempura yang rangup bersama nenas dihidangkan diatas sos telur masin keemasan.

Pembelian boleh dibuat samada secara ala-carte pada harga RM 38 untuk saiz biasa atau boleh dibeli menerusi pakej kombo, Cheese-Sang Cheesy Bites merupakan hidangan terbaik semarak perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Pizza Hut Malaysia menawarkan 3 set kombo hebat iaitu GOLDEN PROSPERITY MEAL (RM78.80), DOUBLE HAPPINESS MEAL (RM45.80) DAN DOUBLE FORTUNE MEAL (RM42.80).

 





Kombo GOLDEN PROSPERITY MEAL sesuai dinikmati empat atau lima orang mengandungi satu pizza Cheese-Sang Cheesy Bites saiz biasa dengan tambahan satu pizza pan/hand-stretched Favourite saiz biasa, satu pinggan udang tempura dimasak bersama telur masin, hidangan pembuka selera, empat minuman dan empat aiskrim.

Kombo DOUBLE HAPPINESS MEAL pula boleh dinikmati 2 atau 3 orang menghidangkan pilihan antara satu pizza saiz biasa Cheese-Sang Cheesy Bites atau pizza pan/hand-stretched Supreme atau Favourite, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman.

Kombo DOUBLE FORTUNE MEAL pula mengandungi satu pizza Cheese-Sang Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, satu hidangan pembuka selera bersama dua minuman.






Jadi, inilah masanya anda untuk mencuba menu edisi terhad daripada Pizza Hut Malaysia sambil mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga dan sahabat handai sempena Tahun Baru Cina. Pizza edisi terhad ini boleh didapati diseluruh negara sehingga bulan Februari.

Dapatkan informasi terkini berkenaan Pizza Hut Malaysia menerusi www.pizzahut.com.my atau media sosial Pizza Hut Malaysia.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #CHEESESANGCHEESYBITES

1 comments:

RAIKAN KEMERIAHAN TAHUN BARU CINA 2018 BERSAMA MEISAN RESTAURANT LEO PACIFIC CITY CENTRE

February 12, 2018 REEF OMAR 1 Comments

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjengah kalendar 2018 ini, saya pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikannya bukan? Saya juga cukup teruja kerana inilah hari istimewa saya dapat berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Cina. Manalah tahu kalau ada rezeki saya dapat ang pow besar tahun ini. Hihihihi

Bagi anda yang mencari lokasi untuk gathering sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, saya suka untuk mensyorkan kepada anda sebuah restoran yang terletak di sebuah hotel yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Meisan Restaurant yang terletak di aras 1 Leo Pacific City Centre menyediakan bufet steamboat terbaik untuk makan malam anda bersama seisi keluarga. Leo Pacific City Centre dahulunya dikenali dengan nama Quality Hotel. Terletak di Jalan Raja Laut, hotel ini cukup strategik dari segi lokasi kerana berada di tengah-tengah ibu kota.

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner




Terdapat bermacam-macam pilihan steamboat anda boleh dapati disini. Dari makanan laut segar, sayur-sayuran hingga ke pencuci mulut. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa menu makanan berat seperti Nasi Goreng dan Koay Teow Goreng mampu menaikkan selera makan anda. Bagi steamboat, terdapat dua pilihan sup iaitu sup ayam dan Tom Yam. Kalau dah kata bufet, makan sampai kenyang lah! Hihihi. Restoran ini mendapat status sijil halal daripada pihak JAKIM.

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner










Sempena dengan perayaan istimewa ini, pihak Meisan restaurant menyediakan menu Yee Sang yang menjadi tradisi setiap kali makan malam tahun baru. Ia menjadi simbolik kepada kemakmuran. Semakin tinggi anda menarik Yee Sang ini ke udara semakin murah rezeki anda. Selain itu ia dapat menambahkan kemeriahan sambutan dengan berhimpun beramai-ramai sambil bergembira meraikan hari istimewa ini.

Set Yee Sang di Meisan Restaurant Leo Pacific City Centre terbahagi kepada dua jenis iaitu Yee Sang biasa atau Yee Sang dengan ikan salmon.

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Bagi menyemarakan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, pihak Meisan Restaurant untuk menyediakan promosi khas dimana jika anda mengambil pakej stemboat untuk 10 orang, anda akan mendapat Yee Sang dengan isi ikan salmon PERCUMA! Kemeriahan berganda-ganda.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati bukan satu tapi dua hidangan enak daripada Meisan Restaurant Leo Pacific City Centre iaitu bufet steamboat untuk makan malam dan Yee Sang yang pasti menepati selera anda. Secara peribadi saya suka Yee Sang di sini kerana gabungan rasa dan sosnya cukup enak. Yummy!

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner

Yee Sang Promo, Steamboat Buffet Dinner







LOKASI LEO PACIFIC CITY CENTRE
NO. 12, JALAN RAJA LAUT, 
50350 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-2614 8000/8051


LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LEOPACIFICCITYCENTRE

1 comments:

Powered by Blogger.