DATO’ DR NAJMIL FAIZ PENCETUS KEPADA KONVENSYEN PERDANA WADIRA FELCRA BERHAD 2018

DATO' DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

Baru-baru ini telah berlangsung Konvensyen Perdana Wadira Felcra Berhad 2018 selama 2 hari di PWTC dan saya sempat menyaksikan pelancaran majlis gilang gemilang ini yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pasti ramai yang tertanya-tanya akan maksud WADIRA. Ia merupakan singkatan kepada Wanita Dinamis Felcra dimana organisasi ini pastinya tertumpu kepada pembangunan wanita khususnya dalam komuniti Felcra.

Sedikit informasi berkenaan WADIRA. Ia ditubuhkan sejak tahun 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak dan sehingga kini pertubuhan ini mempunyai 83 cawangan dengan bilangan ahli mencecah hampir 17,562 orang. Penubuhan WADIRA bertujuan mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Menurut Ketua Pengarah Seranta FELCRA BERHAD, Dato' Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, konvensyen yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada wanita dalam komuniti Felcra untuk terus memajukan diri dan bidang keusahawanan agar seiring dengan arus pembangunan negara. Kata beliau, konvensyen ini amat penting kerana sejak penubuhannya, WADIRA memerlukan perubahan dan pendekatan baru bagi meneruskan legasi pembangunan wanita FELCRA di Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang konvensyen ini adalah sesi dialog dimana ia adalah platform terbaik bagi para peserta bertukar idea dan pendapat bagi memperkasakan WADIRA.



 











Sepanjang organisasi WADIRA ditubuhkan, banyak produk dan perkhidmatan berjaya dihasilkan antaranya madu kelulut asli, kopi tumbuk, dodol, roti, barangan kraftangan, salon kecantikan dan lain-lain lagi. Ia menjadi tanda aras bahawa WADIRA FELCRA BERHAD mampu merubah kehidupan yang lebih selesa kepada ahli WADIRA.

Pada majlis ini juga pihak FELCRA BERHAD turut menyumbangkan dana sebanyak RM 830 ribu bagi pertubuhan WADIRA bagi melaksanakan program kemasyarakatan dan ekonomi dimana dana berbentuk geran berjumlah RM 10 ribu akan diberikan kepada setiap ahli WADIRA. Peruntukan ini selaras dengan pelancaran Pelan Transformasi WADIRA bagi memantapkan pengurusan institusi ini menjelang tahun 2022. Ia menggariskan 10 pelan transformasi yang mengandungi 20 teras pelaksanaan meliputi aspek antaranya di sektor pengurusan, kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan keusahawanan. Pada majlis ini juga Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menerusi program PERMATA menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pihak FELCRA dan WADIRA untuk menubuhkan taska di setiap pejabat FELCRA seluruh negara.

Pada majlis sama, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah dipilih sebagai Ikon Inspirasi WADIRA FELCRA. Turut hadir ke majlis ini adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Siapakah Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang menjadi tulang belakang kepada konvensyen Perdana WADIRA Felcra Berhad 2018 ini? Suami kepada usahawan dan pengasas jenama BIANCO MIMOSA, Dato' Ida Suraya ini merupakan Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad. Berusia 36 tahun, beliau yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di Universiti Metropolitan, Leeds juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
 
DATO, DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
DATO' DR NAJMIL BERSAMA ISTERI, DATO' IDA SURAYA

Dato’ Dr Najmil merupakan satu contoh intelek muda negara yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Beliau menjadi pelajar Malaysia pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya berkenaan Nano and Micro-Machine Process dihadapan anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac 2005. Kajian beliau juga berjaya menarik minat Menteri Perindustrian Britain ketika itu, Brian Edden dengan menawarkan beliau membuat pembentangan di House of Common, Westminster. Malah kajian beliau berkenaan teknologi pengurangan geseran dalam industri pembuatan pernah dianugerahkan THE BEST RESEARCH OF GOOD PROSPECT.

DATO' DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
SUCH AN HONOR DAPAT BERJUMPA DAN BERBUAL DENGAN DATO' DR NAJMIL






Dato’ Dr. Najmil yang berasal dari Ipoh, Perak ini berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu berjaya di peringkat global. Kepimpinan beliau dalam organisasi Felcra Berhad boleh menjadi contoh terbaik kepada anak muda masakini untuk terus memacu kejayaan.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FELCRABANTURAKYATTOLONGRAKYAT #WADIRA

0 Comments