3 MENU BARU DALAM RANGKAIAN READY-TO-EAT (RTE) AYAMAS KITCHEN

AYAMAS KITCHEN RTE

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Kedai Ayamas. Ia merupakan syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan penjualan daging ayam serta produk berasaskan ayam secara rangkaian premis yang berhawa dingin. Jenama Kedai Ayamas sudah bertapak dalam pasaran Malaysia sejak 1988 lagi. Kepakaran dalam penyendalian produk berasaskan ayam menjadi pemangkin kepada syarikat QSR Brands selaku pelopor Kedai Ayamas menyembangkan sayap dalam industri makanan segera dengan tertubuhnya Ayamas Kitchen.

Sejak Ayamas Kitchen dibawah kendalian anak syarikat QSR Brands, KARA Holdings Sdn Bhd melancarkan produk Sedia Di Makan (Ready-To-Eat) iaitu Nasi Pilaf Ayam Mentega, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Kandar Ayam Masala beberapa bulan lepas, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. Bertitik tolak daripada sambutan keatas ketiga-tiga produk Ayamas Kitchen RTE ini, pihak Ayamas Kitchen cuba mencari formula baru dalam mempelbagaikan rangkaian produk di bawah jenama Ayamas Kitchen RTE.

KLIK SINI: http://www.thisisreef.com/2017/10/ayamas-kitchen-melancarkan-3-produk.html

Hasilnya, 3 menu terbaru rangkaian Ready-To-Eat (RTE) yang pastinya lazat, berkualiti dan mudah untuk dimasak. Penambahan senarai ahli keluarga Ayamas Kitchen RTE adalah Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai.


AYAMAS KITCHEN RTE






Ayamas Kitchen RTE sentiasa menjanjikan kualiti rasa seperti masakan asli serta memastikan setiap produk mempunyai kadar nutrisi yang tepat selaras dengan visi dan misi syarikat dalam menghasilkan makanan sihat dan bermutu.

AYAMAS KITCHEN RTE
ENCIK RAFIQ MOOSA
Pada majlis pelancaran ketiga-tiga produk terbaru AYAMAS KITCHEN RTE, Encik Rafiq Moosa selaku Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd berkata bahawa Ayamas Kitchen sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi resepi untuk menghasilkan lebih banyak pilihan hidangan kepada pelanggan terutamanya dari golongan muda dan generasi millenium.

Bertepatan dengan slogan Easy and Delicious, Ayamas Kitchen RTE dicipta bagi memudahkan pengguna untuk memasak hidangan mereka. Hanya perlu menebuk bungkusan plastic pada bekas dengan garpu dan panaskan selama 4 – 5 minit di dalam ketuhar gelombang mikro. Jika anda tiada ketuhar dirumah usah khuatir! Gunakan sahaja teknik kukus untuk menikmati rangkaian produk Ayamas Kitchen RTE ini.

AYAMAS KITCHEN RTE
LAUK NASI KARI HIJAU AYAM THAI

AYAMAS KITCHEN RTE

AYAMAS KITCHEN RTE
LAUK NASI BIJAN AYAM BULGOGI

AYAMAS KITCHEN RTE

AYAMAS KITCHEN RTE
BIHUN GORENG ISTIMEWA MENYEDIAKAN TELUR DADAR DAN SAMBAL

AYAMAS KITCHEN RTE





Saya sendiri sudah mencuba ketiga-tiga produk baru Ayamas Kitchen RTE dan ternyata kualiti rasa sama seperti menu yang dimasak secara asli. Bihun Goreng Istimewa menyediakan lauk sampingan berupa telur dadar bersama sambal, Nasi Kari Hijau Ayam Thai terdiri daripada nasi putih, kari hijau ayam thai dan sayur terung berkuah manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi yang diinspirasi daripada menu Korea terdiri daripada nasi bijan, ayam bulgogi dan sayur campur.

AYAMAS KITCHEN RTE
PARA TETAMU YANG HADIR

AYAMAS KITCHEN RTE
EASY AND DELICIOUS!





Produk Ayamas Kitchen RTE ini cukup sesuai kepada para pengembara terutama yang mengembara ke negara yang sukar mendapatkan makanan halal.

AYAMAS KITCHEN RTE


Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 sepaket manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Rangkaian produk Ayamas Kitchen RTE ini boleh didapati di Kedai Ayamas seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau media sosial rasmi Kedai Ayamas.

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AYAMASKITCHEN #QSRBRANDS #EASYANDDELICIOUSRTE #AYAMASREADYTOEAT

0 Comments