TEROKA KUALA LUMPUR DENGAN PERKHIDMATAN BAS KL HOP ON HOP OFF CITY TOUR

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

Bandaraya Kuala Lumpur merupakan antara kota metropolitan yang semakin meniti di bibir warga dunia. Kepesatan ekonomi, aneka warna budaya menjadikan Kuala Lumpur pilihan pelancong dalam dan luar negara untuk berlibur. Bagi pelancong luar khususnya, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub transit untuk mengembara, tidak sah jika tidak tinggal beberapa hari di kota ini kerana ia sentiasa menjanjikan seribu satu keseronokan.

Bandar Kuala Lumpur yang dibuka pada 1857 asalnya hanyalah sebuah kawasan perlombongan bijih timah dan kini, dengan populasi 1.7 juta (statistik pada 2016), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya meletakkan namanya di mata dunia. Menurut Economist Intelligent Unit, Kuala Lumpur berada pada tangga 70 daripada 140 bandar didunia yang selesa didiami. Forbes pula telah meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke 6 daripada 10 bandar terbaik dunia untuk tinggal selepas bersara. Kuala Lumpur juga berada di tangga ke 31 bagi bandar yang paling selamat oleh SAFE CITY INDEX 2017.

Kedudukan Kuala Lumpur dalam carta dunia adalah bukti bahawa bandaraya ini cukup menarik untuk dilawati. Bagi anda yang tidak tahu, Kuala Lumpur sendiri mempunyai lebih 70 tempat menarik yang harus dikunjungi. Pastinya anda memerlukan beberapa hari untuk melengkapkan lawatan anda di kota metropolitan ini bukan? Jangan khuatir jika masa menjadi isu. Ini kerana perkhidmatan bas KL HOP ON HOP OFF CITY TOUR adalah pilihan terbaik untuk anda meneroka bandar Kuala Lumpur dalam masa satu hari.

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL


KL Hop On Hop Off menyediakan 23 hentian di sekitar ibu kota dengan setiap satu mempunyai tarikan tersendiri disekitarnya. Perkhidmatan ini disediakan bukan sahaja untuk pelancong asing, malah pelancong tempatan juga boleh menikmati servis KL Hop On Hop Off ini. Saya sendiri berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki bas ini untuk pusing-pusing di bandar KL baru-baru ini. Walaupun saya tinggal dan bekerja di KL, jarang sekali saya berpeluang untuk meneroka hidden gems yang ada disini. Jadi kesempatan cuti hujung minggu diambil untuk berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Memandangkan saya dan rakan-rakan cuba menyampaikan mesej bahawa KL HOP ON HOP OFF boleh dinaiki oleh orang tempatan, jadi kami sepakat memakai baju tradisional bagi menyemarakkan lagi trip kami. Boleh jadi duta kecil pelancongan negara tak agaknya?Hihihi.

Untuk makluman anda semua, perkhidmatan KL Hop On Hop Off ini di selia oleh syarikat hak milik 100% bumiputera.

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL
 
VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL




 
Saya memulakan perjalanan dengan menaiki bas ini di hentian 6 - BUKIT BINTANG yang terletak dihadapan bangunan Sungei Wang Plaza. Bila berada di ruang Open Deck bas ini, terasa diri ini seperti pelancong. Saya boleh melihat panorama kota dan keindahan langit yang terbentang tanpa halangan. Saya sempat singgah di beberapa hentian seperti Tengkat Tong Shin (Hentian 7), Chinatown (Hentian 8), Central Market (Hentian 9), Little India (Hentian 10), KL Sentral (Hentian 11), Muzium Negara (Hentian 12), Istana Negara (Hentian 13), Taman Tasik Perdana (Hentian 14) dan turun di KL Bird Park (Hentian 15) untuk melawat taman yang penuh dengan spesies burung. Untuk pengetahuan semua, KL BIRD PARK merupakan THE WORLD LARGEST FREE-FLIGHT WALK-IN AVIARY. Akan saya ceritakan lanjut pengalaman saya di KL Bird Park pada entri akan datang.

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL





HENTIAN 1- MATIC

HENTIAN 2- KL TOWER

HENTIAN 3- P.RAMLEE

HENTIAN 4- AQUARIA

HENTIAN 5- KARYANEKA

HENTIAN 6- BUKIT BINTANG

HENTIAN 7- TENGKAT TONG SHIN

HENTIAN 8- CHINATOWN

HENTIAN 9- CENTRAL MARKET

HENTIAN 10- LITTLE INDIA

HENTIAN 11- KL SENTRAL

HENTIAN 12- MUZIUM NEGARA

HENTIAN 13- ISTANA NEGARA

HENTIAN 14- TAMAN TASIK PERDANA (LAKE GARDEN)

HENTIAN 15- KL BIRD PARK

HENTIAN 16- MASJID NEGARA

HENTIAN 17- DATARAN MERDEKA

HENTIAN 18- MEDAN MARA

HENTIAN 19- PWTC

HENTIAN 20- TITIWANGSA

HENTIAN 21- ISTANA BUDAYA

HENTIAN 22- CITIBANK

HENTIAN 23- KLCC

Perkhidmatan bas ini bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 8 malam setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum. Kekerapan bas tiba di setiap hentian dalam 20-30 minit begantung kepada trafik. Jadi anda punya masa untuk meninjau tarikan yang terdapat disekitar hentian yang anda turun sebelum menaiki bas seterusnya. Satu perkara yang saya suka dengan perkhidmatan bas KL HOP ON HOP OFF adalah saya boleh menjimatkan masa, duit, dan tenaga kerana dengan hanya satu bas, saya boleh pusing satu KL dalam masa yang singkat.

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL

Bagi warga tempatan, saya tahu pasti dikalangan anda bertanggapan bahawa bas KL HOP ON HOP OFF hanya untuk pelancong luar dan harganya pasti mahal. Anda silap sebenarnya kerana pihak KL HOP ON HOP OFF menyediakan harga istimewa kepada pemegang MyKad. Boleh saya katakan dengan tawaran tiket untuk 24 jam berharga RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak 5 tahun keatas, warga emas dan pelajar adalah sangat berbaloi dan mampu milik kepada warga lokal. Kanak-kanak dibawah 5 tahun adalah PERCUMA!

Jika anda rasakan 24 jam tidak puas untuk pusing satu Kuala Lumpur, pihak KL HOP ON HOP OFF turut menyediakan tiket untuk 48 jam.

VISIT KL, KUALA LUMPUR, TRAVEL





Tidak tahu hendak beli tiket dimana? Usah risau! Anda boleh dapatkan tiket samada di hentian pertama, MATIC, hentian keenam (BUKIT BINTANG), kaunter informasi Visit KL di Jalan Sultan Ismail dan ejen tiket yang sah. Tiket juga boleh dibeli di atas bas jadi anda boleh naik dimana-mana hentian dan bayar bila wakil KL HOP ON HOP OFF datang memeriksa tiket. Pembelian tiket secara atas talian juga boleh dilakukan menerusi laman web www.myhoponhopoff.com .

TELEFON: 03-92822713







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLHOPONHOPOFF #TRAVEL #CUTICUTIMALAYSIA

1 Comments

  1. Info ini berguna juga kpd pelancong tempatan yg jarang-jarang ke KL.

    Bagi pelancong luar perkhidmatan ini amat berbaloi kerana menjimatkan masa dan wang. Saya pernah menggunakan bas begini semasa di Shanghai, Dubai, Christchurch dan Melbourne. Amat berbaloi bg saya kerana masa saya terhad.

    Perkhidmatan begini juga ada di Penang.

    Bergaya sungguh Reef dgn baju Melayu keliling KL.

    ReplyDelete