TAWARAN HARGA RM0.62++ DI PHO STREET MALAYSIA SEMPENA MERDEKA!






Semua rakyat Malaysia sedia maklum bulan Ogos dan September merupakan bulan sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia. Pada tahun ini, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan sambutan ulang tahun negara yang ke-62. Sejujurnya, mudah untuk Malaysia membangun dengan megah seperti sekarang. Kita patut berbangga dan menyemai rasa cinta kepada negara yang banyak berjasa kepada kita. Kita cukup bertuah kerana dengan masyarakat yang berbilang kaum, kita masih hidup selesa dan harmoni dibumi Malaysia. Saya suka peribahasa Melayu yang satu ini iaitu hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Sememang benar, Malaysia tetap di hati walau dimana sahaja saya berada. Selamat Hari Merdeka!

MS. SOW KENG FOO, PENOLONG PENGURUS PEMASARAN PHO STREET





Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan, pihak Pho Street Malaysia, rangkaian restoran yang menyajikan makanan asli dari Vietnam menawarkan harga istimewa bagi menu signature mereka iaitu Pho Beef Combination. Kempen yang diberi nama We Are Pho Everyone ini adalah bagi meraikan hari istimewa bagi rakyat Malaysia dengan memberikan perkara yang paling rakyat Malaysia suka iaitu MAKANAN!



  





Pada 8 September 2019, anda hanya perlu membayar RM0.62++ sahaja untuk semangkuk Pho Beef Combination dan tawaran ini hanya sah dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Manakala bermula dari 9 hingga 16 September 2019, anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM6.20 bagi menu Pho Beef Combination. Harga asal bagi semangkuk Pho Beef Combination adalah RM19.90. Jadi anda hanya bayar RM13.70 sahaja. Pastinya ini adalah satu penawaran cukup menarik yang tidak harus dilepaskan! Tawaran ini sah di kesemua cawangan Pho Street Malaysia seluruh Malaysia.

PHO BEEF COMBINATION

Pho Beef Combination atau juga dikenali dengan nama Beef Noodle adalah menu yang cukup popular di Vietnam. Gabungan rice noodle yang diimport dari Vietnam, dengan campuran bebola daging yang dibuat sendiri, hirisan daging, perut lembu, tendon, shank lembu dimakan dengan sup panas. Istimewa menu ini adalah daging lembu yang digunakan direnek selama 8 jam bagi memastikan dagingnya cukup lembut. 

PORTION MENU INI CUKUP BESAR!

Sebagai info, Pho Street Malaysia adalah rangkaian restoran makanan Vietnam yang mesra muslim. Walaupun restoran belum mendapatkan sijil halal sah dari Jakim, tetapi premis ini telah menjalani proses Sertu. Malah bahan-bahan yang digunakan dalam masakan disini adalah halal termasuk daging lembu.

PELANGGAN BERAGAMA ISLAM BOLEH MAKAN DISINI TANPA WAS-WAS





Selain Pho Beef Combination, ada beberapa menu menarik yang anda patut cuba di Pho Street Malaysia adalah Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs, Crispy Spring Roll, Vietnamese Coffee, Passionfruit & Basil Mojito, Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice dan juga pencuci mulut Vietnamese Three Colour. 

FRESH SUMMER ROLL WITH PRAWN & FRESH HERBS

CRISPY SPRING ROLL

ROASTED LEMONGRASS CHICKEN WITH FRAGRANT RICE

DARI KIRI: PASSIONFRUIT & BASIL MOJITO, VIETNAMESE THREE COLOUR DAN VIETNAMESE COFFEE





Jangan lepaskan peluang untuk menyambar promosi hebat di Pho Street Malaysia bermula 8 September 2019 sehingga 16 September 2019 kerana ianya adalah deal yang cukup berbaloi! Pangkah kalendar, tetapkan penggera di telefon anda pada tarikh diatas supaya anda tidak melepas! Untuk informasi lanjut, sila layari laman media sosial Pho Street Malaysia. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PHOSTREETMY #WEAREPHOEVERYONE


0 Comments