DAY TRIP TO SINGAPORE WITH JUST RM135


Siapa yang tidak suka travel bukan? Travel memberi peluang kepada minda untuk meneroka perkara baru dalam hidup. Takkan nak menghadap kerja sahaja 24 jam. Boleh jadi gila dibuatnya nanti. Namun saya percaya walaupun ramai yang suka travel tetapi terdapat beberapa masalah yang menghalang anda untuk kembara. Saya senaraikan 3 perkara utama sahaja. Pertama adalah masalah duit. Ada merasakan travel memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk menampung perbelanjaan percutian anda. Kedua adalah masalah cuti kerana ada sebilangan anda yang susah untuk mendapat kelulusan cuti daripada majikan. Ketiga adalah anda pening untuk menyusun sendiri jadual perjalanan percutian anda. Bahagian ini saya juga harus akui ia bukan suatu kerja mudah. Anda perlu sedikit pembacaan untuk belajar dan mengetahui apa yang terdapat di sesuatu destinasi yang dituju. Jangan main redah saja. Nak lagi tips? Dengarkan saya bersama Suzai di segmen Geng Kembara podcast Ais Kacang.

Berbalik kepada isu-isu yang saya senaraikan tadi. Jika ketiga-tiga isu menjadi kekangan kepada anda, apa kata anda lakukan saja percutian satu hari atau Day Trip. Jimat masa, wang dan yang paling penting anda masih boleh bercuti dan lari dari kesibukan kerja. Seperti yang saya lakukan baru-baru ini iaitu Day Trip to Singapore.

Kenapa Day Trip sahaja? Tujuan sebenar adalah untuk lari sekejap dari Kuala Lumpur dan passport saya dah lama tidak bercop. Rindu nak berjalan keluar negara. Cuma masa dan bajet tidak mengizinkan. Nasib baik rakan saya, Sally memperkenalkan saya kepada Raini Travel. Sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pakej ke beberapa buah negara sahaja seperti Jepun, Vietnam, New Zealand dan Singapore. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan trip ini kerana terus terang saya tidak pernah menggunakan agensi pelancongan untuk merencana trip saya. Namun tidak salah untuk mencuba bukan.

Trip ini telah berlangsung pada 4-5 Mei 2018 (hujung minggu) dimana semua peserta rombongan dikehendaki berkumpul di KL Sentral pada Jumaat malam. Dalam jam 10.30 malam, bas terus gerak menuju ke selatan dimana kami akan berhenti di RnR Gelang Patah dalam jam 3.30 pagi Sabtu untuk mandi dan bersarapan sebelum bergerak masuk ke Singapore melalui TUAS Checkpoint.







Jangan risau tentang pengangkutan sepanjang trip di Singapore kerana pihak Raini Travel memang menyediakan pakej ini termasuk pengangkutan di dalam Singapore menggunakan bas persiaran berhawa dingin termasuk pemandu pelancong dari Singapore lagi. Nak tahu kemana saya dan semua ahli rombongan pergi?

✔ Merlion Park







Ini adalah tarikan pertama yang dibawa oleh Raini Travel. Kalau ke Singapore tak sah kunjungan anda kalau tidak ke sini sebab ia adalah mercu tanda Singapura. Ia telah dibina pada April 2002 dan berhampiran dengan Central Business District (CBD). Kalau anda perasan bentuk Merlion ini seperti gabungan Singa dan ikan duyung bukan?


✔ Esplanade

















Selain Merlion Park, ada sebuah pusat persembahan seni bertaraf dunia bernama Esplanade. Ia berkeluasan 60 ribu meter persegi dan uniknya bentuk bangunan Esplanade seperti durian. Selain itu berhampiran dengan Esplanade dan Merlion Park ini, anda boleh menyusuri Singapore River kerana terdapat beberapa patung menunjukkan tentang aktiviti perdagangan zaman dahulu. Malah terdapat beberapa tarikan di kawasan berhampiran seperti Asian Civilisations Museum, Dalhousie Obelisk, Cavenagh Bridge dan juga beberapa bebola cermin yang mengingatkan saya kepada Cloud Gate di Chicago.


✔ Bugis Street











Selesai berfoto di kawasan Merlion Park, kami terus dibawa ke pusat membeli belah terkemuka di Singapore. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan cenderahati yang murah. Disini juga terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai produk kebanyakkan berharga SGD 1. Jangan lupa juga untuk mengambil gambar tangga warna warni di belakang bangunan Bugis Street.


✔ Masjid Sultan/Arab St.



Selesai bershopping, kami terus dibawa ke masjid yang tertua di Singapore. Masjid Sultan terletak kawasan Kampung Glam. Ia telah dibina pada 1824 untuk sultan pertama di Singapore, Sultan Hussein Shah. Anda juga akan dibawa ke Malay Heritage Centre untuk mempelajari susur galur sejarah Melayu di Singapura.


✔ Kampong Glam



Namanya kampung ini sudah cukup membuat ramai yang tertarik. Sebenarnya nama tempat ini diambil daripada pokok gelam yang dahulunya digunakan dalam pembuatan bot, ubatan malah perasa makanan. Kampung Glam kini merupakan pusat warisan Melayu dan anda boleh dapati pelbagai juadah menarik seperti Nasi Padang, kuih Melayu sehingga ke menu Antarabangsa. Jika anda gila shopping, terdapat pelbagai kedai kain serta butik menjual baju kebaya dan minyak wangi dari Arab Street hingga ke Bussorah Street.


✔ Singapore Zam-Zam Restaurant





Berhampiran dengan Masjid Sultan, anda wajib mencuba murtabak paling sedap di Singapura sejak 1908. Restoran Zam-Zam sememangnya terletak dengan murtabak dan Nasi Briyani. Menariknya, anda boleh membeli secara Drive-Through di restoran ini.


✔ Pulau Sentosa




















Kalau ke Singapore memang wajib datang ke pulau ini sebab ia adalah pulau yang penuh dengan aktiviti keseronokan.Di sini ada Universal Studio Singapore, Hard Rock Cafe, Resorts World Sentosa, Madame Tussauds, dan banyak lagi. Panjangkan langkah anda ke Palawan Beach dan Siloso Beach kerana terdapat terdapat macam-macam aktiviti menarik boleh dilakukan seperti di Luge & Skyride, MegaZip Adventure Park, KidZania Singapore, malah menyaksikan pertunjukan gabungan air, muzik, laser dan api di Wings Of Time. Oh ya! Jangan lupa juga disini terdapat sebuah lagi patung Merlion!


✔ Gardens by The Bay





Destinasi terakhir kami dibawa ke sebuah taman semulajadi seluas 101 hektar. Taman ini sungguh besar, berwarna-warni dan futuristik namun penuh dengan tumbuh-tumbuhan sebenar. Di sini juga anda akan dibawa melihat pertunjukan yg diberi nama Garden Rhapsody Light Show. Show yang sangat unik dan cantik dengan pergerakan lampunya mengikut rentak muzik yang dipasang. Pertunjukan ini berlangsung setiap hari selama 15 minit pada jam 7.45 malam dan 8.45 malam.. Menariknya, pertunjukan ini mempunyai tema tertentu dan saya sempat melihat pertunjukan bertemakan Star Wars.

Secara total, kami melawat 8 tempat menarik dan boleh saya katakan MUST VISIT attractions jika anda ke Singapore. Pakej yang ditawarkan oleh Raini Travel sememangnya berbaloi dari segi harga dan servis. Malah dengan RM135, saya bukan sahaja dapat ke luar negara dan meneroka hampir satu Singapore, malah percutian ini menjimatkan masa dan wang saya. Saya tidak perlu pening untuk susun jadual dan tidak perlu bersusah payah turun naik MRT atau pengangkutan awam kerana semuanya disediakan oleh pihak Raini Travel. Hanya bawa duit untuk shopping dan makan sahaja. Jika anda yang sibuk sangat dengan kerja dan susah ambil cuti atau pelajar yang teringin nak travel tapi kekurangan bajet, ini adalah trip yang paling sesuai untuk anda. Malah trip ini sesuai untuk satu famili. Dengan RM135, anda akan mendapat pengangkutan pergi balik KL-Singapore (bas persiaran berhawa dingin, insurans dalam bas, light breakfast (roti dan air mineral), pemandu pelancong. Kalau anda dari Johor, anda boleh juga trip ini dengan cuma membayar RM99 tau!

Terima kasih Raini Travel kerana menjadikan percutian hujung minggu saya awesome! Layari laman media sosial rasmi Raini Travel bagi mendapatkan maklumat lanjut!







LAMAN WEB RASMI
https://www.rainitravel.com

LAMAN FACEBOOK RASMI
https://www.facebook.com/rainitravel

LAMAN INSTAGRAM RASMI
https://www.instagram.com/rainitravel

WHATSAPP
https://bit.ly/2EJbu3s

TELEFON
016-7744594 
(Ainyy Zain)


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VISITSINGAPORE 

2 Comments

  1. eh...ade org mention nama kita padan la nak masuk komen..hahaha

    Jom repeat? ke Hat Yai kita? hahaha..tp hujung bulan ahhh..duit tak masuk lg :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jom! best travel ngan geng masuk air..

      Delete