STARVILION MELANCARKAN KOLEKSI RAYA 2018 DARIPADA SELEBRITI TERKENAL MALAYSIA


Selain meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, Aidifitri sememangnya dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat. Keenakan juadah raya, kuih-muih beraneka, kunjungan saudara-mara serta sahabat handai ke rumah terbuka menjadikan bulan Syawal penuh warna-warni. Pada masa sama, anda boleh menyaksikan pelbagai persalinan indah membaluti tubuh si pemakai untuk tampil segak dan bergaya. Berbicara soal fesyen raya, para selebriti pastinya menjadi tumpuan mata kerana setiap busana yang disarung menjadi bualan dan ikutan. Malah ada peminat yang menjadikan selebriti pujaan sebagai rujukan stail sempena lebaran.

Sempena Aidilfitri 2018, anda boleh merealisasikan impian untuk bergaya seperti selebriti kegemaran dengan berkunjung ke butik STARVILION yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Butik Starvilion merupakan hub fesyen jenama daripada selebriti terkenal tanahair dengan menawarkan harga yang cukup berpatutan.

ENCIK MOHAMAD FARID OMARDIN, PENGASAS BERSAMA STARVILION


  




 
Baru-baru ini, Starvilion telah menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen khas sempena Aidilfitri yang diberi nama STARVILION LEBARAN 2018. Acara yang bertemakan Be Your Own Star ini telah berlangsung dengan suasana meriah di Royale Palace Shah Alam. Seluruh dewan terpukau dengan dekorasi dewan hasil sentuhan magis Reka Teemor. Pada majlis ini, pihak Starvilion telah memperkenalkan 13 artis dan selebriti Malaysia bersama koleksi masing-masing sempena Syawal 2018. Setiap koleksi raya 2018 oleh selebriti ini boleh didapati di butik Starvilion sejak 21 April 2018.


IGAU BY IMPIAN (NELYDIA SENROSE) 
















































































Butik Starvilion ini diasaskan oleh sepasang suami isteri, Mohamad Farid Omardin dan Zeileen Yusnita Abd Jalil. Mereka juga merupakan pengasas kepada jenama Altelia Amani. Layari laman media sosial rasmi STARVILION untuk mendapatkan informasi lanjut.


LOKASI STARVILION 

37, JALAN PLUMBUM P7/P, 
SEKSYEN 7, 
40000 SHAH ALAM, 
SELANGOR. 

TELEFON: 03-55236430 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STARVILION #BEYOUROWNSTAR #STARVILIONLEBARAN2018


0 Comments