MAKANAN ARAB SEDAP DI SHAWARMA RESTAURANT TAMAN CONNAUGHT CHERAS

10:33 am REEF OMAR 2 Comments


Siapa suka makanan Arab? Angkat tangan! Saya akui makanan Arab seperti Kebab dan Nasi Mandy merupakan antara menu yang cukup terkenal di serata dunia termasuklah di Malaysia. Malah, anda boleh lihat kebanjiran restoran yang menyajikan juadah selera Timur Tengah di merata ceruk membuktikan bahawa ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Ingin saya kongsikan sebuah restoran yang menyajikan makanan Arab yang sedap dan menawarkan harga yang cukup berpatutan. Kunjungan saya ke Shawarma Restaurant yang terletak di Taman Connaugt, Cheras baru-baru ini bertujuan untuk berbuka puasa. Sesekali tekak ini ingin juga menukar selera dengan selera makanan dari luar.

Lokasi Shawarma Restaurant ini tidaklah sukar untuk dicari kerana terletak berhampiran dengan UCSI University. Kalau sesat juga, gunakan saja Waze atau Google Maps. Kalau cakap pasal makanan Arab, perkara yang terlintas di kepala adalah portion dalam setiap hidangan adalah besar. Memandangkan saya bukanlah seorang big eater, jadi saya mengajak beberapa teman untuk berbuka puasa bersama.











Memandangkan jumlah kami agak ramai, jadi kami sepakat untuk mengambil set untuk famili yang boleh dipilih samada untuk 4-5 orang, 6-7 orang dan 8-9 orang. Kami memesan set Famili untuk 4-5 orang makan. Jadi saya ingin kongsikan apa yang kami dapat dengan Set Famili ini.








HUMUS



Salah satu menu pembuka selera yang diperbuat daripada kacang kuda yang dikisar bersama Tahini, minyak zaitun, bawang putih, perahan limau dan garam.


FATOUSH SALAD



Satu lagi menu pembuka selera yang diperbuat daripada kepingan roti yang digoreng, tomato dan timun dan pilihan hirisan limau jika anda sukakan rasa masam limau.


VEGE/LAMB SOUP



Untuk set Famili ini, kami turut diberikan 4 jenis sup untuk dimakan bersama Nasi Mandy/Madghout. Nak hirup sahaja pun boleh. Sedap juga!


BBQ PLATE



Daging ayam dan daging lembu yang dicucuk seperti sate serta dihidangkan bersama kentang goreng, kepingan roti nipis dan tomato.


BIG RICE PLATE (MANDY/MADGHOUT)



Ini adalah menu utama bagi set Famili ini. Anda akan menerima sedulang nasi yang terdiri daripada separuh Nasi Mandy dan separuh lagi Nasi Madhout. Terus terang, makan nasi ini sahaja tanpa lauk pun sudah cukup enak. Saya suka menu ini kerana nasinya tidak terlalu berlemak. Just nice!


MANDY LAMB/HANITH LAMB



Ini adalah lauk kepada Nasi Mandy/Nasi Madghout tadi. Daging nya cukup lembut, tidak berbau dan cukup rempah ratus.


FAHSA LAMB



Menu ini jika dilihat seperti kari. Namun apabila rasa, ada sedikit rasa rendang. The best part, pada awalnya saya sangkakan ia adalah Kari Ayam namun rupanya ia adalah daging kambing. Pandai masak seba tidak berbau hamis langsung.


MULLAWAH (YEMENI BREAD)



Menu ini boleh saya katakan roti Naan versi XXXXXXL. Memang besar. 4 orang Asia makan belum tentu boleh habis. Pencicahnya adalah Fahsa Lamb tadi.


TEA POT


Suprisingly, rasa dan warnanya tak ubah seperti Teh Tarik Halia. Siapa penggemar Teh Tarik Halia, boleh mencuba sebab rasanya sedikit ringan berbanding Teh Tarik Halia yang biasa diminum di kedai mamak.

Selain itu, anda akan diberikan pilihan satu jug air jus sebenar. Pilihan jus samada oren, epal hijau atau tembikai. Sepatutnya set famili didatangkan sekali dengan half bird Roasted Chicken. Tapi masa kami makan stok habis pula. Jadi diorg gantikan dengan beberapa menu tambahan la. Berbaloi juga. Hahaha.

ANTARA MENU DI SHAWARMA RESTAURANT (BUKAN DALAM SET FAMILI)

Harga yang ditawarkan iaitu RM119 bagi saya cukup berpatutan dan berbaloi untuk bilangan 4-5 orang makan. Kalau rasa tidak cukup, boleh sahaja pesan set famili yang lebih besar. Saya dan rakan-rakan tak boleh habiskan kesemua hidangan kerana portionnya yang terlalu besar. Jadi kami bungkus lebihan untuk dibawa pulang.

Jadi jika anda mencari restoran makanan Arab yang sedap di sekitar Lembah Klang, Shawarma Restaurant adalah pilihan tepat. Malah semasa kehadiran ke sini, ruang restoran penuh dengan pelanggan yang rata-rata adalah pelajar universiti. Jadi jika restoran penuh maksudnya makanan disini memang sedap dan menjadi kegemaran ramai!







LOKASI SHAWARMA RESTAURANT
NO.8, JALAN MENARA GADING 1,
TAMAN CONNAUGHT,
5600 KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI:
11 PAGI – 11 MALAM




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHAWARMARESTAURANT #FOODIE

2 comments:

Powered by Blogger.