PERSEMBAHAN ANIMASI MUZIKAL OCEAN GROOVE WITH MAESTRO NING DI SKYSYMPHONY SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING


Resorts World Genting tidak pernah mengecewakan saya tatkala berada di atas puncak kota keriangan ini. Mereka sentiasa mengotakan janjinya untuk memberi kegembiraan kepada pengunjung. Pelbagai daya tarikan dicipta bagi memastikan setiap yang hadir dan berlibur di disini pulang dengan memori terindah.

Antara tarikan yang menjadi tumpuan kini di Resorts World Genting adalah pertunjukan 1001 bebola kinetik dengan iringan audio visual di SkySymphony, SkyAvenue. Terkini, pihak Resorts World Genting menambah satu lagi slot pertunjukan dengan membawakan OCEAN GROOVE WITH MAESTRO NING.

Menariknya pertunjukan Ocean Groove with Maestro Ning ini adalah ia merupakan hasil syarikat produksi animasi grafik komputer (CG) milik Genting Malaysia, Genting Studio. Pastinya ia adalah buah tangan pertama produksi ini yang turut mendapat kerjasama dari segi kepakaran dengan produksi dari Hollywood.






Menurut Mr. Brian Machamer selaku Senior Vice President of Theme Park Resorts World Genting, pertunjukan Ocean Groove with Maestro Ning ini merupakan contoh terbaik bahawa Resorts World Genting begitu serius dalam meletakkan industri hiburan di aras tertinggi. Kombinasi visual grafik animasi, muzik dan teknologi mampu menghasilkan satu karya hebat.



  
 





Sebagai informasi, pertunjukan Ocean Groove with Maestro Ning ini merupakan sebuah hasil karya baru sepenuhnya. Ia telah memakan masa lebih 4 bulan untuk disiapkan dengan hasil kerjasama warga produksi Genting Studio di Los Angelas dan Kuala Lumpur. Ia telah diterbitkan oleh Guy Vasilovich yang telah menghasilkan karya pecah panggung seperti filem animasi Lego Star Wars dan All I Want for Christmas is You serta penerbit eksekutif Daniel Regis Brown (Dex Hamilton, Pumpkin Reports) dan Steven Lim Tze Siang (Saladin: The Animated Series, Bola Kampung The Movie). Manakala komposisi muzik untuk pertunjukan ini mendapat sentuhan pemenang anugerah Emmy, Gigi Meroni.











Pertunjukan berdurasi 5 minit ini bakal membawa penonton kepada satu dimensi baru hiburan dimana karakter Maestro Ning akan mengetuai orchestra nya di dasar laut dalam dengan alunan komposisi asli berjudul Ocean Groove. Anda bakal melihat paduan haiwan laut sepeti ikan, sotong, kuda laut, penyu menyampaikan karya muzik hebat. Sambil anda mendengar muzik, anda dapat menyaksikan bebola kinetik mencipta pelbagai bentuk rupa haiwan dengan iringan bersama lampu pelbagai warna.




 








Ternyata, kombinasi dua kumpulan pengkarya hebat dari Malaysia dan Hollywood mampu memberi hasilan memukau dengan bajet yang kompetitif. Bagi saya, ia satu tanda aras bahawa bakat anak bangsa kita mampu menongkah ke persada dunia jika diberi peluang dan ruang sewajarnya.

Saksikan Ocean Groove with Maestro Ning bermula 19 Mei 2018 di SkySymphony secara PERCUMA. Anda boleh klik pautan ini https://youtu.be/F3I9C5ieoMY untuk menyaksikan video yang sempat saya rakamkan semasa kunjungan kesana baru-baru ini. Selain itu anda juga boleh menyaksikan pertunjukan lain yang tidak kurang hebatnya di tempat sama seperti Forest, Urban Symphony dan The Goddess.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau media sosial rasmi Resorts World Genting atau boleh sahaja menelefon di talian 03-61011118 .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #OCEANGROOVE #RESORTSWORLDGENTING #GENTINGSTUDIO

0 Comments