SIAPAKAH ARTIS PALING BANYAK DISTRIM DI SPOTIFY SEPANJANG TAHUN 2018?

December 07, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Sungguhpun tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya, namun seperti biasa di Spotify, muzik tetap dimainkan dengan rancak sekali. Sepanjang tahun, para pengguna kami telah meluangkan banyak masa untuk menstrim lagu, artis, playlist serta podcast kegemaran mereka. Kini, tiba masanya untuk kami mengimbau kembali senarai muzik serta audio yang telah mendominasi carta Spotify tahun ini.

Jadi, siapakah yang menjadi pilihan peminat di Malaysia pada tahun 2018?

Artis yang paling banyak distrim di Malaysia termasuklah BTS, Khalid, Ed Sheeran, Jay Chou, dan Ariana Grande. Untuk maklumat lanjut, silalah rujuk kepada infografik dan kenyataan ringkas di bawah:




Di Peringkat Global

Spotify dengan sukacitanya mengumumkan DRAKE sebagai Artis Paling Banyak Distrim pada tahun 2018 di peringkat global. Dengan 8.2 bilion strim pada tahun 2018 sahaja, penyanyi rap yang berasal dari Kanada itu turut dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim Sepanjang Masa oleh Spotify. Selain daripada Drake yang mendahului carta 5 Artis Paling Banyak Distrim di Dunia; Post Malone, XXXTENTACION, J Balvin dan Ed Sheeran (Sheeran pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim 2017) juga turut tersenarai.

ED SHEERAN





Ariana Grande yang mempunyai jumlah pendengar bulanan seramai lebih 48 juta orang telah mengangkat beliau sebagai Artis Wanita Paling Banyak Distrim. Manakala artis wanita lain seperti Dua Lipa, Cardi B, Taylor Swift dan Camila Cabello mengikuti jejak beliau dan turut tersenarai sebagai antara 5 Artis Wanita Paling Banyak Distrim di serata dunia.

ARIANA GRANDE





Hip-hop terus mendominasi carta Spotify pada tahun 2018, namun kebangkitan era muzik Latin pada tahun lalu telah menyaksikan peningkatan jumlah pendengar untuk genre tersebut. Selain daripada itu, EMO Rap dan Lo-Fi Beats merupakan antara dua genre yang mencatatkan perkembangan terbesar pada 2018.

Maklumat Paling Utama

Jangan lupa untuk mengunjungi laman mikro kami, Wrapped pada 6 Disember nanti dan lihatlah sendiri senarai lagu pilihan dan paling banyak distrim oleh anda. Selain itu, anda akan turut mendapat senarai lagu yang disusun khas mengikut citarasa anda. Wrapped kini kembali atas permintaan ramai, membolehkan anda mengimbau semula dan berkongsi muzik pilihan anda pada tahun 2018. #2018Wrapped


Carta Tertinggi Malaysia 2018 oleh Spotify: 

BLACKPINK

BTS

DATO SRI SITI NURHALIZA

FAIZAL TAHIR





Artis Tempatan Paling Banyak Distrim
Dato Siti Nurhaliza
Sufian Suhaimi
Haqiem Rusli
Faizal Tahir
Ismail Izzani

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)
BTS
Khalid
Ed Sheeran
Jay Chou
Ariana Grande

Artis Wanita Paling Banyak Distrim
Ariana Grande
Camila Cabello
Taylor Swift
Dua Lipa
Selena Gomez

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim
Khalid
Ed Sheeran
Jay Chou
Drake
Post Malone

Kumpulan Paling Banyak Distrim
BTS
Maroon 5
BLACKPINK
Coldplay
Imagine Dragons

Lagu Yang Paling Banyak Distrim
You Are The Reason – Calum Scott
Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5
FRIENDS – Anne-Marie, Marshmello
The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris
Havana – Camila Cabello

Album Paling Banyak Distrim
Love Yourself ‘Answer’ – BTS
Dua Lipa - Dua Lipa
I met you when I was 18. (the playlist) – Lauv
÷ - Ed Sheeran
beerbongs & bentleys - Post Malone

Senarai Playlist dengan Jumlah Pengikut Paling Banyak
Today’s Top Hits
Top Hits Malaysia
It’s a Hit!
Carta Malaysia 50
Rock Jiwang



Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi For The Record. Terima kasih kepada Spotify Malaysia!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA

0 comments:

KAFE INDOBOWL BAWA KONSEP INDONESIAN STREET FOOD

December 07, 2018 REEF OMAR 0 Comments

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

Indonesia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian menu masakan. Ramai yang melancong ke negara jiran Malaysia ini sekadar ingin menikmati keaslian rasa masakan semata-mata. Antara yang menjadi kegemaran pastinya Nasi Padang yang meriah dengan lauk pauk yang disusun di atas meja. Tapi awas! Ambil lauk yang anda mahu makan sahaja kerana jika pinggan lauk terusik, anda akan dikenakan bayaran walaupun tidak menjamahnya.

Saya sendiri antara pencinta masakan asli negara Indonesia. Masakan saya boleh melupai kelazatan dan kepedasan sambal ijo dan sambal balado yang sering dihidang bersama nasi panas. Satu lagi makanan Indonesia yang menjadi kegilaan saya dan pastinya rakyat Malaysia adalah mee segera Indomie. Bagi saya keunikan rasa mee Indomie berbeza jika dibandingkan dengan jenama mee segera di pasaran. Lain macam sedapnya!

Baru-baru ini, saya berjaya menjumpai sebuah kafe yang menyediakan masakan selera Indonesia yang dipanggil kafe Indobowl yang terletak di Sungai Besi. Kisah mengenai kewujudan kafe Indobowl ini pernah tular di media sosial tidak lama dahulu kerana variasi menu berasaskan mee segera Indomie menarik perhatian netizen. Jadi saya mengambil kesempatan berkunjung ke kafe Indobowl ini bagi merasai pengalaman menjamu selera disini.

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,





Berada di kawasan pusat perniagaan di Lake fields Sungai Besi, kedai ini berada betul-betul disebelah restoran Padi House. Sejak dibuka kepada umum dari September 2017, kafe Indobowl sebenarnya bukanlah kafe yang hanya menyediakan menu berasaskan mee segera Indomie sahaja. Banyak lagi menu menarik yang boleh didapati disini. Menurut pemilik kafe ini, idea membuka kafe Indobowl ini timbul selepas melihat tidak ada restoran yang berkonsepkan Indonesian street food di kawasan ini.

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,






Memandangkan saya datang berkumpulan jadi kita sepakat untuk memesan beberapa menu untuk dicuba. Antaranya adalah Nasi Goreng Ayam Balado, Nasi Ayam Madura, Indomie Jumbo Soto Seafood, Indomie Salted Egg Chicken, Indomie Ayam Balado, Soda Gembira Giant dan Es Cendol Giant.

NASI GORENG AYAM BALADO

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,





Terus terang, rasa nasi goreng ini tidak berubah sama sekali dengan nasi goreng yang saya pernah makan di Indonesia. Walaupun ia sedikit pedas, tapi tidak mengapa kerapa pedas itu nikmat bukan! Nasi goreng Ayam Balado ini lengkap dihidang bersama ayam, telur mata, sayur dan keropok dan pastinya sambal balado!


NASI AYAM MADURA

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

Nasi putih dimakan bersama ayam yang dimasak ala orang Madura. Tidak lengkap rasa tanpa sambal balado, keropok dan telur mata.


INDOMIE JUMBO SOTO SEAFOOD

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

Kenapa ia dipanggil Jumbo? Ianya adalah kerana kuantiti yang besar dan dihidang dengan menggunakan periuk besi besar. Ada udang, ayam, sotong dan dimasak berkuah pastinya ia menjadi pilihan jika anda datang dalam kumpulan 3-4 orang.


INDOMIE SALTED EGG CHICKEN

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

Jangan keliru dengan Indomie perasa terbaru tau! Ini adalah menu berasaskan mee segera Indomie biasa dan dihidang bersama ayam yang dimasak dengan telur asin. Sedap!


INDOMIE AYAM BALADO

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,

Ayam Balado nya sama seperti yang digunakan pada Nasi Goreng Ayam Balado dan Indomie Jumbo Soto Seafood. Menu ini lengkap dihidangkan bersama telur mata dan hirisan timun.


SODA GEMBIRA GIANT

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,





Mahu gembira? Minumlah Soda Gembira. Minuman ini adalah air soda sirap Bandung dan diletakkan biji selasih sebagai pelengkap rasa. Jika anda merasakan saiz gergasi agak besar, anda boleh memesan Soda Gembira bersaiz biasa.


ES CENDOL GIANT

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,


I should say that this is my personal favourite drink in Indobowl. Rasa seperti cendol yang biasa kita minum cuba tiada gula Melaka. Jagung manis ditambah dalam minuman ini menjadikan ia bertambah enak.

Secara peribadi, saya suka masakan di kafe Indobowl ini. Walaupun semua sedia maklum akan rasa Indomie, tapi apa yang menjadikan ia unik bila makan di kafe Indobowl adalah idea kreatif dalam setiap hidangan disini menambah keenakkan rasanya. Walaupun kafe ini tidak besar tapi ia sudah cukup untuk memberi kepuasan tatkala menjamu selera disini. Jika sukakan udara luar, tempat duduk di bahagian luar turut disediakan.

Jika anda penggemar makanan, kafe indobowl harus berada dalam senarai anda. Mereka juga mempunyai cawangan di SS15 Subang Jaya. Layari laman media sosial kafe Indobowl bagi mendapatkan informasi terkini.

MAKANAN, INDOBOWL CAFE, INDONESIAN FOOD, MAKANAN INDONESIA SEDAP DI KL, INDOMIE, FOOD, FOODIE, INDONESIAN FOOD IN KL,


LOKASI INDOBOWL
NO 72, JALAN TASIK UTAMA 7,
LAKE FIELDS, SUNGAI BESI,
57000 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 019-5426869

WAKTU OPERASI: 11 PAGI – 11 MALAM

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #INDOBOWL #INDOBOWLCAFE #SEDAPGILER

0 comments:

JOM KE KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP)

December 01, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Ramai di kalangan kita khusus umat Islam yang masih tidak memahami konsep sebenar berzakat. Walaupun zakat berada dalam salah satu diantara 5 Rukun Islam, namun masih banyak persoalan yang timbul di minda terutamanya signifikan dalam berzakat. Secara asasnya, zakat adalah satu kaedah penyucian harta dalam agama Islam. Bagi golongan yang berkemampuan, sudah menjadi tanggungjawab sebagai hamba Yang Esa untuk membantu sesama saudara seagama yang kurang bernasib baik. Maka dengan wujudnya zakat ini, maka jurang kemiskinan dapat dibendung dan seterusnya membantu ekonomi Islam. Secara tidak langsung ia menjadi manifestasi kesyukuran kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. 







Atas kesedaran dan tanggungjawab, pihak Pusat Pengurusan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ_MAIWP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan KGM Event (Karnival Geng Masjid) menganjurkan acara KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 pada 1 dan 2 Disember 2018. Karnival YEZ 2018 yang berlangsung di pekarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju ini dianjurkan sebagai usaha mempromosikan dakwah zakat secara meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan seterusnya dapat meningkatkan kutipan.


















Selain itu, penganjuran Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini dapat memberi pendedahan kepada umum tentang kepentingan dan kewajipan berzakat.

Terdapat lebih 90 reruai jualan dan pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung sepanjang karnival yang berlangsung selama dua hari ini. Terdapat reruai PPZ sendiri yang dibuka bagi memudahkan para pengunjung memahami lebih lanjut akan zakat dan banyak gerai jualan dibuka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna, pertandingan azan, pertandingan Gusti Lengan, Liga Quran, Grand Dhuha, memanah, pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir, dan banyak lagi. Selain itu, maskot Didi & Friends serta Omar & Hana turut hadir bagi menyemarakkan kemeriahan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini.

 


 















Bukan itu sahaja, beberapa selebriti tempatan turut diundang bagi memeriahkan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini antaranya kumpulan Hijjaz, kumpulan Raihan, Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris, PU Rahmat, Heliza Helmi, Man Raja Lawak, Hafiz Hamidun dan ramai lagi. Malam Sabtu anda akan dihiburkan oleh barisan penyanyi tanahair menerusi Konsert YEZ dan pada malam Ahad pula pihak penganjur mengadakan slot Grand Forum Super Star yang akan di acara oleh pelakon Bell Ngasri dan membariskan tetamu jemputan iaitu Ustaz Dato’ Dr. Izhar Ariff, Ustaz Sharizan Daud At-Turabi, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang .

Para pengunjung yang hadir akan menerima cenderhati berupa calendar PPZ 2019 (selagi stok masih ada) juga berpeluang memenangi cabutan bertuah UTAMA bernilai RM2500 dan 37 cabutan bertuah bernilai RM7500.

Majlis perasmian Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 telah disempurnakan oleh Pengerusi PPZ - MAIWP, Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali. Pada majlis sama, penyampaian hadiah kepada pemegang kempen Jom Berzakat dan Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 telah diadakan. 



ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,
PENGERUSI PPZ , DATO' HAJI CHE MAT CHE ALI

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,





Jadi kepada anda yang mempunyai kelapangan waktu, sudilah untuk hadir ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 yang diadakan pada 1 dan 2 Disember 2018 bermula 9 pagi hingga 9 malam di Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju. Bawa seisi keluarga untuk memeriahkan acara ini disamping dapat menimba ilmu tentang dakwah zakat ini. Layari laman sesawang rasmi atau laman media sosial rasmi Pusat Pungutan Zakat untuk info lanjut.

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

LAMAN TWITTER RASMI 

TALIAN ZAKAT: 1 300 88 5757 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PUSATPUNGUTANZAKAT #PPZMAIWP #ZAKATAKHIRTAHUN #YEARENDZAKAT


0 comments:

Powered by Blogger.