SIAPAKAH ARTIS PALING BANYAK DISTRIM DI SPOTIFY SEPANJANG TAHUN 2018?


Sungguhpun tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya, namun seperti biasa di Spotify, muzik tetap dimainkan dengan rancak sekali. Sepanjang tahun, para pengguna kami telah meluangkan banyak masa untuk menstrim lagu, artis, playlist serta podcast kegemaran mereka. Kini, tiba masanya untuk kami mengimbau kembali senarai muzik serta audio yang telah mendominasi carta Spotify tahun ini.

Jadi, siapakah yang menjadi pilihan peminat di Malaysia pada tahun 2018?

Artis yang paling banyak distrim di Malaysia termasuklah BTS, Khalid, Ed Sheeran, Jay Chou, dan Ariana Grande. Untuk maklumat lanjut, silalah rujuk kepada infografik dan kenyataan ringkas di bawah:




Di Peringkat Global

Spotify dengan sukacitanya mengumumkan DRAKE sebagai Artis Paling Banyak Distrim pada tahun 2018 di peringkat global. Dengan 8.2 bilion strim pada tahun 2018 sahaja, penyanyi rap yang berasal dari Kanada itu turut dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim Sepanjang Masa oleh Spotify. Selain daripada Drake yang mendahului carta 5 Artis Paling Banyak Distrim di Dunia; Post Malone, XXXTENTACION, J Balvin dan Ed Sheeran (Sheeran pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim 2017) juga turut tersenarai.

ED SHEERAN





Ariana Grande yang mempunyai jumlah pendengar bulanan seramai lebih 48 juta orang telah mengangkat beliau sebagai Artis Wanita Paling Banyak Distrim. Manakala artis wanita lain seperti Dua Lipa, Cardi B, Taylor Swift dan Camila Cabello mengikuti jejak beliau dan turut tersenarai sebagai antara 5 Artis Wanita Paling Banyak Distrim di serata dunia.

ARIANA GRANDE





Hip-hop terus mendominasi carta Spotify pada tahun 2018, namun kebangkitan era muzik Latin pada tahun lalu telah menyaksikan peningkatan jumlah pendengar untuk genre tersebut. Selain daripada itu, EMO Rap dan Lo-Fi Beats merupakan antara dua genre yang mencatatkan perkembangan terbesar pada 2018.

Maklumat Paling Utama

Jangan lupa untuk mengunjungi laman mikro kami, Wrapped pada 6 Disember nanti dan lihatlah sendiri senarai lagu pilihan dan paling banyak distrim oleh anda. Selain itu, anda akan turut mendapat senarai lagu yang disusun khas mengikut citarasa anda. Wrapped kini kembali atas permintaan ramai, membolehkan anda mengimbau semula dan berkongsi muzik pilihan anda pada tahun 2018. #2018Wrapped


Carta Tertinggi Malaysia 2018 oleh Spotify: 

BLACKPINK

BTS

DATO SRI SITI NURHALIZA

FAIZAL TAHIR





Artis Tempatan Paling Banyak Distrim
Dato Siti Nurhaliza
Sufian Suhaimi
Haqiem Rusli
Faizal Tahir
Ismail Izzani

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)
BTS
Khalid
Ed Sheeran
Jay Chou
Ariana Grande

Artis Wanita Paling Banyak Distrim
Ariana Grande
Camila Cabello
Taylor Swift
Dua Lipa
Selena Gomez

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim
Khalid
Ed Sheeran
Jay Chou
Drake
Post Malone

Kumpulan Paling Banyak Distrim
BTS
Maroon 5
BLACKPINK
Coldplay
Imagine Dragons

Lagu Yang Paling Banyak Distrim
You Are The Reason – Calum Scott
Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5
FRIENDS – Anne-Marie, Marshmello
The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris
Havana – Camila Cabello

Album Paling Banyak Distrim
Love Yourself ‘Answer’ – BTS
Dua Lipa - Dua Lipa
I met you when I was 18. (the playlist) – Lauv
÷ - Ed Sheeran
beerbongs & bentleys - Post Malone

Senarai Playlist dengan Jumlah Pengikut Paling Banyak
Today’s Top Hits
Top Hits Malaysia
It’s a Hit!
Carta Malaysia 50
Rock Jiwang



Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi For The Record. Terima kasih kepada Spotify Malaysia!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA

0 Comments