THE MILL CAFE HOTEL GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR HIDANG BUFET BERTEMAKAN MALAYSIAN MARKET

December 10, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Hotel di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur ini sentiasa meriah dengan penawaran hidangan bufet yang menarik. Pelbagai jenis menu diketengahkan baik menu tempatan mahupun antarabangsa demi memenuhi selera orang ramai. Saya adalah antara mereka diluar sana yang sering menantikan promosi istimewa bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel kerana saya menyukai suasana menjamu selera di dalam hotel dan variasi hidangan bufet memberi saya lebih banyak pilihan mengikut selera saya. Namun jika ditanya saya samada makanan tempatan atau antarabangsa yang menjadi pilihan, saya memilih masakan tempatan kerana pada pendapat saya, hotel dan masakan barat sudah terlalu sinonim. Jadi sebagai anak tempatan, saya ingin merasai sendiri sejauh mana kualiti rasa yang ditampilkan oleh hotel selaku duta kecil pelancongan negara dalam memperkenalkan menu tempatan kepada pengunjung khusus pelancong asing yang menginap di hotel tersebut.

Saya berkesempatan berkunjung ke salah sebuah hotel terkemuka di ibukota iaitu Grand Millennium Kuala Lumpur untuk merasai sendiri seleksi juadah bufet bertemakan Malaysian Market. Sebagai informasi, hotel Grand Millennium Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah nadi Bukit Bintang. Ia mempunyai 468 buah bilik termasuk 16 buat suites dan menjadi antara hotel pilihan ramai kerana kualiti perkhidmatan dan lokasi yang strategik.






 






The Mill Café menyediakan lebih 60 juadah masakan asli dari setiap pelusuk negeri di Malaysia. Semua sedia maklum Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan secara tidak langsung mewujudkan variasi masakan yang berbeza. Antara menu yang disajikan adalah Ikan Siakap Masak Sambal, Ayam Percik, Nasi Lemak, Ayam Goreng Berempah, Tandoori Udang, Mee Goreng Mamak, Rendang Ayam & Daging, Ketam Masak Cili, Ikan Masak Assam Nyonya, Sotong Masak Kunyit, Nangka Muda Masak Lemak, pilihan hidupan segar dan banyak lagi. 


























Bagi pencuci mulut pula anda harus mencuba Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Rojak Buah, ABC, pelbagai seleksi kuih muih dan sebagainya yang pastinya menepati selera pencinta masakan Asia khususnya Malaysia. Tidak lengkap tanpa menikmati Air Teh Tarik, Air Kelapa Segar yang turut disediakan sepanjang Malaysian Market di The Mill Café ini.

 









Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakkan dan kelazatan masakan bertemakan Malaysian Market di The Mill Café, hotel Grand Millennium Kuala Lumpur yang berlangsung setiap hari Sabtu dari jam 7 malam hingga 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM 168 net seorang.


LOKASI THE MILL CAFÉ, GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR 
160, BUKIT BINTANG STREET, 
BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR. 

TELEFON: 03-2117 4163 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GRANDMILLENNIUMKL #THEMILLCAFE


0 comments:

Powered by Blogger.