BEKAM MUKA @ SERI WAJAH DI SPA BEKAM AR RAYYAN DAMANSARA



Siapa yang tidak mahu memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat! Lebih mengujakan jika wajah kita mendapat jolokon persis kaca. Pasti bangga dan senyum hingga ke telinga. Namun bukan mudah untuk mendapatkan kulit wajah idaman ramai tanpa usaha yang konsisten. Tambahan pula faktor gaya hidup, persekitaran dan pemakanan boleh menjadi antara penyebab kepada masalah kulit muka.

Selain mengamalkan rutin asas penjagaan wajah dan mengunjungi klinik estetik, rawatan aternatif seperti bekam wajah menjadi pilihan ramai. Ini kerana bekam seri wajah atau bekam muka dapat membuang toksin dengan menyingkirkan darah kotor yang terdapat disebalik kulit wajah kita. Anda punya resdung dan masalah jerawat? Rawatan seri wajah adalah rawatan yang sesuai untuk anda!

Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif.

Pada awalnya, saya agak skeptikal tentang rawatan bekam di wajah ini. Namun setelah membaca dan melihat beberapa testimoni positif, hati ini tergerak untuk mencuba. Hasrat untuk mencuba rawatan bekam seri wajah sudah lama dipendamkan namun kekangan masa menjadi batasan. Akhirnya, setelah beberapa kali tertangguh maka saya berjaya menjalani rawatan bekam seri wajah.

Saya memilih menjalani rawatan seri wajah di Spa Bekam Ar Rayyan kerana keselesaan dan saya sukakan servis di disini. Saya sudah beberapa kali melakukan rawatan bekam badan sebelum ini di beberapa cawangan Ar Rayyan dan kali ini saya memilih untuk membuat di cawangan Damansara kerana lebih dekat dengan tempat tinggal saya. Saranan saya, sebelum anda ingin membuat rawatan bekam, pastikan kondisi tubuh anda sesuai untuk rawatan dahulu, dapatkan nasihat pakar sebelum rawatan dan pastikan pusat rawatan yang anda kunjungi bersih dan sistematik.







Sebelum sesi bekam dijalankan, pihak Spa Bekam Ar Rayyan akan mengambil bacaan tekanan darah dahulu. Ini penting bagi memastikan anda selamat atau tidak untuk rawatan ini kerana ia melibatkan pembuangan darah kotor dalam badan.



Kemudian anda akan dibawa ke bilik rawatan. Sebelum masuk pastikan muka anda bebas dari sebarang bahan kosmetik. Boleh bersihkan di tandas dahulu. Proses bekam seri wajah ini mengambil masa 1 jam dan proses pertama yang dilakukan adalah pihak Spa Bekam Ar Rayyan akan melumurkan wajah anda dengan minyak zaitun sambil melakukan sedikit urutan.




Kemudian, muka akan terus dibekam secara peringkat sehingga lengkap lapan cawan bekam. Terus terang, proses ini amat menyakitkan pada saya kerana bayangkan muka anda disedut dan ditarik dari setiap penjuru wajah. Tuhan sahaja yang tahu seksanya masa itu! Selepas beberapa ketika, bekam akan dibuka berperingkat dan sesi bekam darah bermula. Saya agak terkejut kerana cucuk jarum di muka tidak sesakit bekam ditarik dimuka.











Selesai sesi bekam darah pada wajah, wajah anda akan disapu lagi dengan minyak zaitun. Bila lihat wajah di cermin, saya terkesima! Wajah saya terus kembang seperti baru selesai pembedahan. Seperti baru lepas kena tumbuk pun ada! Hihihi. Sebelum beredar, pihak spa akan mengambil lagi bacaan tekanan darah sebagai rekod. Sebelum beredar, saya sempat diberitahu untuk tidak menggunakan sebarang produk pada muka selama 1-2 hari bagi mengelakkan sebarang kesan tindakbalas pada wajah saya dan disarankan untuk meminum air mineral secukupnya.

Hari pertama dan hari kedua saya terpaksa menggunakan topeng muka bagi mengelakkan wajah dilihat umum. Masuk hari ketiga, saya lihat lebam pada pipi sudah mula surut jadi saya tidak menggunakan topeng lagi. Bahagian yang paling lambat surut lebam adalah bahagian dahi.

BEBERAPA JAM SELEPAS RAWATAN

BEBERAPA JAM SELEPAS RAWATAN

Selepas seminggu menantikan hasilnya, apa yang boleh saya katakan adalah WOW! Saya dapati kondisi wajah saya lebih bersih serta bebas jerawat. Tona warna juga sedikit cerah. Sebelum rawatan dibuat, terdapat beberapa jerawat kecil di bahagian pipi kiri namun selepas seminggu rawatan, tiada bekas jerawat tersebut.

HARI KETIGA

HARI KETIGA

HARI KETIGA

HARI KETIGA

HARI KEEMPAT

HARI KELIMA

HARI KETUJUH

HARI KETUJUH

HARI KETUJUH

HARI KETUJUH

SELEPAS BEBERAPA MINGGU

Ternyata rawatan bekam seri wajah memberi kesan positif kepada wajah saya. Wajah lebih berseri, bermaya dan tiada jerawat. Jadi kepada anda diluar sana, saya sememangnya menyarankan anda khususnya yang mengalami masalah kulit muka yang teruk untuk mencuba rawatan seri wajah ini. Takut sakit? Beauty is pain bukan!


LOKASI SPA BEKAM AR RAYYAN DAMANSARA 

58-1, THE STRAND, 
JALAN PJU 5/20, 
PUSAT PERDAGANGAN PELANGI, 
47810 PETALING JAYA.

-  


WAKTU OPERASI 

SETIAP HARI (10 PAGI – 10 MALAM)


-  


TELEFON: 016-6981950 





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPABEKAMARRAYYAN

1 Comments

  1. Selepas berbekam memang tak boleh pakai any skincare eh ? Walaupun pencuci muka ?

    ReplyDelete