PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR JALAN CONLAY






Siapa yang tidak suka bercuti bukan? Badan dan minda juga memerlukan rehat dari perihal kerja. Namun saya faham, kadangkala masa dan bajet menjadi isu dalam perihal bercuti ke destinasi impian. Mahu ke luar negara pastinya memakan belanja besar. Namun, ia bukan penghalang kepada anda untuk menikmati momen untuk diri sendiri. Sebagai ganti, anda boleh memilih percutian hujung minggu dengan menginap di hotel-hotel yang berada disekitar seperti yang sering saya lakukan.

Edisi #HotelHunting kali ini saya memilih untuk menginap di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Royale Chulan Kuala Lumpur sebagai pengisian cuti hujung minggu. Kenapa memilih Royale Chulan Kuala Lumpur? Perancangan untuk menginap di hotel ini sudah lama. Melihat kepada sturktur bangunan yang bercirikan tradisional Melayu menjadikan hati ini tertanya-tanya untuk melihat dan rasai sendiri apa yang bisa ditawarkan oleh hotel ini. Menjadikan keinginan untuk menginap disini berkobar-kobar adalah lokasi hotel ini yang berada di kawasan elit Bukit Bintang dan dikelilingi oleh beberapa hotel bertaraf mewah.







Sebagi info ringkas, hotel Royale Chulan Kuala Lumpur yang bertaraf 5 bintang ini telah mula beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan pengalaman penginapan gaya mewah dan pada masa sama menerapkan elemen tradisi warisan Melayu. Selain Royale Chulan Kuala Lumpur, hotel Royale Chulan juga mempunyai 7 buah rangkaian hotel iaitu di Damansara, Bukit Bintang, The Curve, Seremban, Penang, Cherating dan Hyde Park London.

Saat melangkah masuk ke ruang lobi sahaja sudah mengujakan saya. I can feel the luxury dan classicness. Ditambah pula dengan terdapatnya dua tangga utama, terasa seperti berada di istana. Urusan daftar masuk cukup lancar. Saya memilih untuk menginap di bilik Premier dengan katil bersaiz King. Kenapa memilih bilik Premier? Bilik berkeluasan 40 kaki persegi ini berada di aras 2, sama aras dengan kolam renang dan menariknya, anda boleh terus akses ke kolam renang menerusi balkoni bilik. Aras ini juga turut menempatkan gimnasium dan spa.






Saat pintu kamar dibuka, saya terpukau. Seriously terpukau! Kamar ini menerapkan hiasan dalaman dan perabot berciri klasik mewah. Katil dengan tilam empuk bersama 4 biji bantal serta sebuah kerusi malas dengan meja kopi di sudut kamar menjadikan ambiance bilik ini cukup WOW! Bilik air nya pula mempunyai tab mandi dan menariknya terdapat tingkap kayu boleh lungsur ditepi dinding. Bayangkan sambil berendam, anda melihat pasangan anda sedang baring di katil. Romantis bukan? Bilik Premier ini turut menyediakan fasiliti seperti pengering rambut, seterika, Wi-Fi, TV Satelit, Mini Bar, peti keselamatan.























Seperti yang saya nyatakan, saya menginap di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur adalah kerana lokasinya. Jarak hotel ini dengan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur hanya 2 minit dengan berjalan kaki dan ia juga mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti MRT dan Monorel. Menariknya lagi, hotel ini hanya bersebelahan dengan Kompleks Kraf yang menyediakan pelbagai produk cenderamata. Memandangkan saya benar-benar mahu memanfaat kan kualiti masa libur disini, saya tidak keluar dari bangunan hotel ini.

Malam hari, saya memilih untuk menikmati hidangan bufet di Warisan Cafe yang terletak sama aras dengan lobi hotel. Apa yang saya suka dengan kafe ini adalah ruang dalam cuba menampilkan konsep alam semulajadi dengan menempatkan air terjun buatan serta sungai kecil di bahagian luar. Terasa nyaman dan tenang. Warisan Cafe menawarkan seleksi juadah antarabangsa dan tambahan bufet makanan laut setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6:30 malam hingga 11:00 malam. Selain itu, pihak kafe Warisan turut menyediakan sudut live cooking stall untuk pengunjung. Anda kena cuba Kuey Teow Goreng disini kerana it tastes so nice! Secara peribadi, kualiti rasa yang disajikan oleh Warisan Cafe adalah antara bufet hotel terbaik pernah saya cuba. Boleh saya katakan hampir semua menu yang dihidangkan cukup enak.





















 





Selain Warisan Cafe, hotel Royale Chulan Kuala Lumpur turut mempunyai beberapa pilihan tempat makan dibawah satu bumbung iaitu The Lanai Lounge, Bunga Emas Restaurant yang menyajikan sajian masakan Melayu secara fine-dining, Tai Ping Chinese Cuisine, L'Heritage Steak House, Royale Café dan Heritage Club.

THE LANAI LOUNGE

L'HERITAGE STEAK HOUSE

BUNGA EMAS RESTAURANT

TAI PING CHINESE CUISINE

ROYALE CAFE






Esoknya, saya kembali ke kafe Warisan untuk menikmati sarapan pagi. Seperti biasa, seleksi hidangan dan kualiti rasa tidak mengecewakan! Sarapan pagi di Warisan Café bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi (Isnin- Jumaat) dan 6.30 pagi hingga 11 pagi (Sabtu, Ahad dan cuti umum).
























Jadi adakah saya berpuas hati dengan percutian hujung minggu di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur? Sudah pasti jawapannya ya! Berbaloi dengan harga yang saya bayar untuk merasai nikmat cuti di hotel ini. Walaupun saya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, namun menginap di hotel ini membuatkan saya terasa seperti pelancong luar. Saya sukakan ambiance dan pastinya hospitaliti di hotel ini. Saya dapatkan rasakan kemewahan dan pada masa sama suasana klasik Melayu sepanjang menginap disini. Senang kata, memang terasa mood cuti menginap disini. Kepada pihak hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, tahniah dan keep it up! Saya pasti kembali untuk menginap disini!



LOKASI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR 
NO 5, JALAN CONLAY, 
KUALA LUMPUR CITY CENTRE, 
50450 KUALA LUMPUR. 




TELEFON: +603 2688 9688 




EMAIL: 






LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ROYALECHULANKUALALUMPUR #ROYALECHULAN

0 Comments