CHAKRI PALACE BUKA CAWANGAN DI DORSETT HOTEL HARTAMAS, BUFET RAMADAN 2019 CHAKRI PALACE TAWAR SAJIAN ASLI THAILAND DAN MALAYSIA

BUFET RAMADAN 2019





Bulan Ramadan kembali lagi! Pastinya bulan penuh keberkatan ini amat dinantikan oleh penganut agama Islam khususnya kerana selain sebulan menahan lapar dan dahaga, bulan Ramadan memberi ganjaran pahala berlipat ganda atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh setiap umat-NYA. Cakap tentang bulan puasa, tidak sah jika kita tidak membicarakan soal makanan dan juadah berbuka puasa bukan? Iyalah, bulan inilah kita akan terfikirkan keenakkan bufet Ramadan dengan seleksi juadah yang jarang kita temui di bulan lain. Masih tercari-cari bufet Ramadan untuk berbuka pada tahun 2019?

Apa kata anda menjengah bufet Ramadan 2019 di restoran Chakri Palace kerana istimewanya, restoran ini menyajikan seleksi juadah berorientasikan masakan Thailand dan Malaysia. Meneruskan tradisi tema Tantalizing Tastes of Thailand, bufet Ramadan kali ini ditawarkan di 3 lokasi iaitu di cawangan Imperial Chakri Palace KLCC, Chakri Palace Pavilion KL dan cawangan baru di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas.

BUFET RAMADAN 2019

BUFET RAMADAN 2019

BUFET RAMADAN 2019

BUFET RAMADAN 2019







Pihak Chakri Palace menawarkan lebih 50 jenis menu berbuka puasa dengan variasi hidangan masakan asli dan moden dari Thailand. Pasti anda terbayangkan kelazatan ulam-ulaman Thai seperti Mango Thai Salad, Papaya Thai Salad dan menu pembuka selera paling terkenal, Mieng Kam. Selain itu, jangan lupa untuk merasai menu utama antaranya Ikan Masak Masam Manis, Sotong Goreng Telur Asin, Udang Masak Butter, Tomyam Seafood, Daging Masak Lada Hitam, Kari Hijau Thai.

BUFET RAMADAN 2019

BUFET RAMADAN 2019







Tidak dilupakan masakan Malaysia seperti Nasi Briyani, Rendang Daging Tok, Gulai Daging Masak Lemak, Ayam Kapitan. Menariknya, bufet Ramadan 2019 Chakri Palace turut menawarkan gerai masak secara langsung seperti Sate, Ikan Bakar.

BUFET RAMADAN 2019



















Tidak sah juadah anda tanpa pencuci mulut bukan? Nikmati Thapthim krop (Red Ruby Chestnut), Pulut Mangga Thai, Bubur Jagung & Pisang serta seleksi kuih-muih Melayu yang pasti tidak mengecewakan anda dari segi kualiti rasa. 









Jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet Ramadan 2019 di Chakri Palace bermula 9 Mei 2019 jam 7 malam sepanjang bulan Ramadan 2019 ini. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi iaitu:

CHAKRI PALACE DORSETT HOTEL HARTAMAS
  • · RM128++ (DEWASA)
  • · RM64++ (KANAK-KANAK 6-10 TAHUN/WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS)

IMPERIAL CHAKRI PALACE KLCC
  • · RM108.80++ (DEWASA)
  • · RM54.40++ (KANAK-KANAK 6-10 TAHUN/WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS)

CHAKRI PALACE PAVILION
  • · RM98.80++ (DEWASA)
  • · RM49.40++ (KANAK-KANAK 6-10 TAHUN/WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS)

*Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah PERCUMA!


Berita baik! Jika anda membuat tempahan sebelum 9 Mei 2019, anda akan menerima diskaun sebanyak 20% (tempahan minimum 4 orang). Selain itu, jika anda membuat tempahan untuk 5 orang, anda akan diberi tambahan 1 orang PERCUMA. Ini bermakna, anda makan 6 orang tapi hanya bayar untuk 5 orang sahaja. Menarik bukan!






Anda boleh berhubung terus di talian 03-26021031 (Dorsett Hotel Hartamas), 03-23827788 (KLCC), 03-21431141 (Pavilion) atau 016-2277182 atau emel ke marketing@chakri.com.my untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Layari www.chakri.com.my/shop atau laman media sosial rasmi Chakri Palace bagi mendapatkan informasi lanjut.  


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CHAKRIPALACE #CHAKRIRAMADHANBUFFET

0 Comments