TOURISM MALAYSIA TRAVEL MART @ NEGERI SEMBILAN 2019 TINGKAT INDUSTRI PELANCONGAN DOMESTIK MENJELANG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020






Jangan memandang sebelah mata kepada Industri pelancongan Malaysia. Sebagai rekod, Port Dickson sahaja telah menerima kunjungan hampur 5 juta pelancong dalam dan luar negeri daripada Januari hingga November 2018. Ini menunjukkan bahawa produk pelancongan dalam negara mampu menarik minat orang ramai dan seterusnya merancakkan sektor ini.

Bagi menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama satu hari ini diadakan sebagai medium diantara pengendali agensi dan pemilik produk pelancongan dalam mencari potensi peniagaan dalam meningkatkan industri pelancongan domestik khusus di Negeri Sembilan. Seramai 120 pembeli dan 50 penjual produk pelancongan telah mengambil bahagian dalam program yang berformatkan B2B (Business to Business). Sesi dialog juga telah diadakan bagi berkongsi isu berkaitan industri pelancongan dalam negara.







Majlis pelancaran program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik. Dalam ucapan beliau, program ini diharap dapat menjalinkan hubungan lebih akrab dalam rangkaian perniagaan diantara mereka yang terlibat dalam industri pelancongan domestik. Peranan pemain industri amat penting bagi memastikan visi dan misi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berharap rogram ini diharap dapat menyuntik perkembangan sektor pelancongan Malaysia.

YB TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR WAN CHIK, TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA





YB Tuan Muhammad Bakhtiar turut menggesa semua yang terlibat dalam industri pelancongan domestik agar memanfaatkan teknologi digital seperti media sosial dalam pemasaran produk pelancongan kerana trend ini terbukti mampu meluaskan pasaran produk mereka. Malah pelancong sekarang lebih mempercayai rebiu yang diletakkan di laman media sosial dan aplikasi digital oleh mereka yang pernah merasai pengalaman sebelum ini. Contohnya seperti pakej pelancongan, jika rebiu yang diberikan adalah markah penuh, jadi ia akan memberi impak kepada pengendali agensi pelancongan terbabit.

Program Tourism Malaysia Travel Mart ini akan diperluaskan di negeri-negeri lain dalam Malaysia dan pihak kementerian juga bercadang membawa Travel Mart ini di peringkat global di masa akan datang.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #CUTICUTIMALAYSIA #VISITMALAYSIA2020

0 Comments