FATTAH AMIN DAN FAZURA ‘PALING SEMPURNA’ DALAM THE SINGING PIZZA BERSAMA PIZZA HUT MALAYSIA

THE SINGING PIZZA





Siapa yang tidak kenal pasangan selebriti paling sensasi Malaysia ini. Dua figura berjaya meletakkan nama nya di persada industri hiburan Malaysia dengan pencapaian cemerlang. Rupa paras elok, berbakat besar, multi-talented, usahawan, you name it! Kejayaan demi kejayaan dirangkul menjadikan Fattah Amin dan Fazura menjadi buruan ramai pihak untuk tujuan kolaborasi. Antara yang terkini adalah menerusi The Singing Pizza cetusan idea Pizza Hut Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Pizza Hut Malaysia, rangkaian piza nombor satu di Malaysia terus mengorak langkah dalam dunia digital dengan melancarkan platform penstriman muzik The Singing Pizza. Platform ini diwujudkan bagi memberi pengalaman baru dan unik kepada pelanggan setia Pizza Hut menikmati piza kegemaran mereka.

Menurut Merril Peryra selaku Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Sdn. Bhd., pihaknya mahu pelanggan merasai pengalaman lebih bermakna ketika menjamu pizza dengan suntikan inovasi digital. Beliau turut berkata, kerjasama julung kali bersama Universal Music Malaysia bertepatan memandangkan dua jenama terkemuka ini mempunyai arah tuju sama dalam inovasi digital.

THE SINGING PIZZA


Bagi Kenny Ong selaku Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, pihaknya cukup berbangga dan berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Pizza Hut Malaysia yang sentiasa tampil dengan idea baru dan inovatif seperti The Singing Pizza.

THE SINGING PIZZA

The Singing Pizza hadir dengan 200 lagu terkini dan karya yang belum pernah dilancarkan secara rasmi termasuk trek terbaru daripada pasangan Fattzura, Paling Sempurna. Malah, senarai trek ini akan dikemaskini setiap 2 minggu bagi memberi kepuasan kepada pendengar khususnya pelanggan Pizza Hut. Selain Fattah Amin dan Fazura, terdapat beberapa artis dibawah naungan Universal Music Malaysia turut terlibat didalam projek khas ini antaranya Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

THE SINGING PIZZA
 





Bagaimana The Singing Pizza ini berfungsi? Anda hanya perlu memesan pizza menerusi pautan https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza atau telefon di talian 1-300-88-2525 untuk penghantaran. Anda juga boleh terus ke mana-mana restoran Pizza Hut berdekatan untuk membuat pesanan pizza. The Singing Pizza boleh didapati dalam bentuk:

KOTAK MUZIK: Kotak piza anda akan disertakan dengan satu kod QR istimewa dimana kod tersebut perlu diimbas bagi membolehkan anda menikmati seleksi muzik yang disediakan.

THE SINGING PIZZA
KOTAK PIZZA HUT AKAN DISERTAKAN DENGAN KOD QR
  
IMBAS KOD QR TERSEBUT

THE SINGING PIZZA
MESEJ ISTIMEWA DARIPADA SELEBRITI

THE SINGING PIZZA
ANDA BOLEH TERUS MENDENGAR MUZIK

THE SINGING PIZZA
HALAMAN UTAMA THE SINGING PIZZA

ATAU

MENU MUZIK: Satu kod QR akan dipamerkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan menikmati muzik sambil menjamu pizza yang telah dipesan.

ATAU

Anda boleh muat turun aplikasi The Singing Pizza di Google Play atau App Store.


Sempena dengan kempen The Singing Pizza, pihak Pizza Hut Malaysia turut menawarkan hadiah berupa sepasang tiket untuk menyaksikan persembahan penyanyi sensasi antarabangsa Shawn Mendes di Australia kepada seorang pemenang. 


Caranya cukup mudah dimana anda hanya membeli sebarang produk Pizza Hut berjumlah RM30, dengar seleksi lagu di The Singing Pizza, imbas kod pada resit pembelian, jawab 3 soalan mudah. Itu sahaja!Peraduan ini berlangsung dari 1 April hingga 31 Ogos 2019.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #THESINGINGPIZZA


0 Comments