TEMPAT MAKAN HALAL DI MELBOURNE AUSTRALIA 2019 #REEFINMELBOURNE






Mengembara ke negara asing adalah impian bagi semua insan. Selain dapat lari dari kesibukan kerja hakiki, kita dapat meneroka keindahan dan belajar perkara baru di destinasi percutian tersebut. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan. Bila bercuti di negara asing terutamanya di negara yang peratusan komuniti Islam adalah kecil, isu yang sering diutarakan adalah mendapatkan makanan halal. Bagi pengembara yang beragama Islam, isu makanan halal menjadi penekanan utama bila berada di negara asing. Iya, memang kebanyakan dari kita akan membawa bekalan makanan segera dari Malaysia namun biasanya bekalan ini akan dimasak untuk sarapan pagi dan makan malam sesudah sampai di tempat penginapan. Itu pun kalau rajin sebab sudah seharian berjalan sana sini. Hihihi!

Saya sempat menerjah beberapa tempat makan halal di kota Melbourne Australia baru-baru ini. Jika anda terlepas kisah percutian saya di kota Melbourne, anda boleh klik pautan dibawah ini.


BAHAGIAN PERTAMA: https://www.thisisreef.com/2019/04/trip-to-melbourne-australia-2019.html


Walaupun kota Melbourne yang majoriti penduduknya adalah warga bukan Islam, tapi sebenarnya ia mempunyai banyak tempat makan halal. Boleh saya katakan lebih daripada 10 buah kedai makanan halal yang rata-ratanya adalah masakan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jadi jika anda malas atau tiada masa untuk masak atau menyediakan bekalan makanan, sekurang-kurangnya anda punya pilihan untuk makan tengahari atau makan malam di luar tanpa rasa was-was. Saya kongsikan beberapa tempat makan halal (punya logo halal) yang sempat saya terjah dan cuba.



NASI LEMAK HOUSE









Kedai makan berkonsepkan Malaysian hawker food ini adalah kedai makan halal pertama yang saya terjah di Melbourne. Dibuka sejak tahun 2008, apa yang menarik tentang kedai ini adalah ia merupakan pemenang anugerah bagi perkhidmatan bawa-pulang dan penghantaran makanan terbaik di Melbourne. Antara menu yang terdapat disini adalah seperti Nasi Lemak, Kuetiau Goreng dan Teh Tarik. Komen peribadi? Sedap dan harga yang ditawarkan berpatutan. Malah portion makanan agak besar.




LOKASI NASI LEMAK HOUSE 

115 GRATTAN ST CARLTON 3053 VICTORIA 

TELEFON: +61 3 9348 4900 

WAKTU OPERASI: 
12PM - 10PM (SETIAP HARI) 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 





KILLINEY KOPITIAM BOURKE STREET









Kedai kopitiam yang berasal dari Singapura ini memang banyak cawangan di Malaysia. Saya ketemu kedai ini sewaktu berjalan pulang ke hotel dan kebetulan lokasi kedai ini berdekatan dengan hotel saya. Menu yang saya dan rakan cuba disini adalah Mee Pok dan Mee Goreng bersama minuman Teh Tarik panas dan sejuk. Komen peribadi? Puas hati sebab sedap dan teh ais dia terbaik! Killiney Kopitiam juga mempunyai cawangan di Lygon St, Carlton.





LOKASI KILLINEY KOPITIAM BOURKE STREET 

11/108 BOURKE ST, MELBOURNE 

TELEFON: 03 9663 5818 

WAKTU OPERASI: 
11 AM – 10 PM (SETIAP HARI) 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 




NORSIAH’S KITCHEN








Terletak berhampiran dengan kawasan universiti dan berhadapan dengan stesen tram, kedai Norsiah’s Kitchen menjadi kegemaran bagi mereka yang mencari makanan berlauk masakan Nusantara. Dengan harga AUD 9, anda dapat menikmati nasi putih bersama 3 pilihan lauk. Kedai ini menjadi kunjungan saya dan rakan sebanyak 2 kali sepanjang trip di sana. Agak memeranjatkan saya kerana waktu makan tengahari disini, crowd yang datang makan disini agak ramai sehingga beratur panjang untuk membeli makanan. Komen peribadi? Sedap dan harga yang ditawarkan cukup berbaloi. Malangnya kedai ini tidak aktif dalam media sosial. Jadi kita anda mahu mencari info, gunakan saja enjin carian Google.



LOKASI NORSIAH’S KITCHEN 

604 SWANSTON ST, CARLTON VIC 3053, AUSTRALIA 

TELEFON: +61 3 9347 7079 

WAKTU OPERASI: 

ISNIN – JUMAAT: 11 AM – 9 PM 

SABTU: 11 AM – 7 PM. 

AHAD CUTI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #REEFINMELBOURNE

0 Comments