ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR ANJUR BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI






Bersempena dengan bulan Ramadan, pihak Hotel AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tidak mahu ketinggalan menyemarakkan bulan mulia ini dengan meraikan sambutan berbuka puasa bersama kanak-kanak istimewa daripada Pusat Jagaan Kasih Murni baru-baru ini. Kumpulan kanak-kanak ini diraikan melalui program ‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’ yang merupakan acara tahunan pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

BUFET RAMADAN 2019 ANCASA HOTEL:
https://www.thisisreef.com/2019/04/mee-kari-gearbox-pais-ikan-patin-masak.html

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur memanjatkan kesyukuran kerana program ini turut mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada beberapa badan korporat antaranya Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan dan Kumpulan Media Karangkraf untuk tajaan bahan bacaan kanak-kanak.








Selain itu, pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut berasa bertuah kerana pihak ADABI Consumers Berhad sudi bekerjasama untuk tahun ke-2 dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam yang melalui jalan Tun Tan Cheng Lock dan beberapa keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni.

KREDIT FOTO: SALLYSAMSAIMAN.COM




 
AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut membawa 30 anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur dan menghulurkan sumbangan duit raya dan sedikit wang tunai buat pusat ini sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial.

Kepada anda yang masih mencari-cari bufet Ramadan 2019, anda boleh singgah di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang menawarkan seleksi juadah bertemakan Aroma D’AnCasa. Harga yang ditawarkan cukup murah jika dibandingkan dengan hotel lain di sekitar Lembah Klang. Untuk tempahan, sila hubungi 03-20266060 samb. 7703.

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANCASAHOTELSANDRESORTS #BUFETRAMADAN2019

0 Comments