LEBIH 200 JUADAH BERBUKA PUASA ‘DESTINASI RASA’ SELURUH MALAYSIA SEMPENA BUFET RAMADAN 2019 PULLMAN KLCC






Masih mencari-cari lokasi bufet Ramadan tahun 2019? Jangan risau! Ada banyak pilihan bufet yang boleh anda boleh pertimbangkan untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan pejabat atau sahabat handai. Antara bufet Ramadan 2019 yang menjadi pilihan saya adalah Sedap Restaurant di hotel Pullman KLCC. Kunjungan saya pertama kali ke sini tempoh hari memberi reaksi positif.










Bufet Ramadan 2019 di Pullman KLCC hadir dengan penawaran lebih 200 pilihan juadah berbuka puasa dan apa yang mencuri tumpuan saya adalah seleksi menu menggabungkan kesemua hidangan popular bagi setiap negeri dalam Malaysia. Bukan itu sahaja, pihak Pullman KLCC turut menawarkan promosi sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Antara menu yang menjadi pilihan bufet Ramadan di Pullman KLCC tahun ini adalah Asam Pedas dari Melaka, Gulai Kawah Tulang Kambing dari Kedah, Nasi Kerabu dari Terengganu, Gulai Tempoyak Ikan Patin dari Pahang, Paru Goreng Berlada dan Aneka Masak Lemak dari Negeri Sembilan, Ayam Percik Kelantan, Sup Ayam Bersantan dan Sup Gearbox dari Kedah dan banyak lagi. Pihak Pullman KLCC turut membuka beberapa warung seperti warung Pasembur, Ikan Bakar, Aneka Mee, Murtabak, Roti John serta warung yang bakal menjadi serbuan ramai iaitu Durian Kampung. Tak sah bufet Ramadan tanpa Kambing Golek bukan? Jangan khuatir kerana di Pullman KLCC tetap ada menu kegemaran ramai ini!























Selain itu, anda wajib mencuba seleksi pencuci mulut seperti kuih muih Melayu. ABC, dan yang mencuri tumpuan saya adalah Aiskrim Malaysia yang cukup nostalgik. Selain itu, anda patut mencuba air Nescafe Tarik disini kerana rasanya cukup mengancam! Sambil menjamu selera, anda akan dihiburkan dengan persembahan Caklempong bermula jam 6.30 petang khas daripada Pullman KLCC.








Harga yang ditawarkan sempena bufet Ramadan Destinasi Rasa di Sedap Restauraunt Pullman KLCC adalah RM138 net untuk dewasa manakala bagi kanak-kanak (4-12 tahun) adalah RM69 net. Bufet Ramadan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam. Hubungi +03-21708888 (sambungan 8119) atau emel ke restaurants@pullman-klcc.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.




















Pihak Pullman KLCC turut mengadakan peraduan menerusi laman Facebook dan Instagram dimana hadiah yang ditawarkan berupa bufet makan mala untuk 4 orang dan penginapan satu malam di bilik Deluxe untuk 2 orang menanti pemenang bertuah. Caranya cukup mudah! Anda hanya perlu kongsikan foto menu Syawal kegemaran yang dimasak oleh ibunda anda di laman media sosial berserta tanda pagar #SEDAPRASAIBUNDA #RAMADHANXSEDAP #BUKAPUASAATPULLMANKLCC #PULLMANKLCC. Jangan lupa ikuti Pullman KLCC di Facebook dan Instagram juga!


HARGA BUFET RAMADAN 2019 PULLMAN KLCC

  • DEWASA: RM138 NET
  • KANAK-KANAK (4-12 TAHUN): RM69 NET
*Deposit diperlukan bagi tempahan 6 orang ke atas. 



LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEDAPRASAIBUNDA #RAMADHANXSEDAP #BUKAPUASAATPULLMANKLCC #BUFETRAMADAN2019

0 Comments