SELAMAT ULANG TAHUN KE-12 FIREFLY AIRLINES!






Diam tak diam, sudah 12 tahun syarikat penerbangan Firefly menabur jasa kepada industri penerbangan Malaysia. Sepanjang temph itu, pelbagai onak duri, pahit manis ditempuhi. Bukan mudah untuk mengekalkan momentum dalam tempoh masa itu. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan syarikat ini terus releven dan memberi daya saing kepada syarikat penerbangan lain. Antara inisiatif yang telah diwujudkan adalah menerusi kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It bertujuan untuk merancakkan sektor pelancongan domestik.

Sempena dengan ulangtahun penerbangan Firelfly, telah diadakan satu majlis khas meraikan ulangtahun ke-12 Firefly di Skypark Regional Aviation Centre baru-baru ini. Majlis yang diberi nama 12 Discovered Years ini turut mengumumkan dua ‘hadiah’ yang cukup bermakna buat Firefly iaitu pembukaan semula laluan penerbangan dari Subang ke Lapangan Terbang Seletar, Singapura dan juga pelancaran ruang pesawat yang telah diberi nafas baru. 








Majlis bertemakan Futuristik ini telah menerima kehadiran lebih 600 tetamu yang terdiri daripada tenaga kerja Firelfly, rakan perniagaan, agensi pelancongan, pelanggan setia dan rakan media. Hadir sama pada majlis ini adalah tetamu kehormat iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Dato’ Eddy Leong dan Ignatius Ong serta Ketua Pegawai Eksekutif terkini, Philip See. Pada acara sama, pihak Firefly turut menyampaikan anugerah buat pekerja yang telah lama berkhidmat dalam syarikat serta pihak agensi pelancongan yang setia bekerjasama dalam memacu perniagaan.









Philip See berkata, penangguhan laluan ke Singapura sebelum ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Firefly dan pembukaan semula laluan ini merupakan satu kejayaan buat syarikat serta seluruh warga kerja Firelfly.


Majlis 12 Discovered Years ini turut diserikan dengan pelancaran Discovery Troopers, satu kumpulan khas berperanan meneroka tempat menarik di Malaysia dan berkongsi informasi kepada umum bertepatan dengan kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It. Selain itu, tetamu juga dipertontonkan dengan ruang pesawat dengan penggunaan tempat duduk serba baru dan suasana kabin yang lebih menarik.




Kepada Firefly, Selamat Ulang Tahun ke-12 dan teruskan usaha dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia!


LAMAN WEB RASMI FIREFLY 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FY12DISCOVEREDYEARS #FLYFIREFLY #FIREFLYAIRLINES

0 Comments