BIHUN SUP UTARA, SHELL OUT ANTARA MENU CITARASA NUSANTARA SEMPENA BUFET RAMADAN 2019 ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR






Sempena bulan Ramadan 2019, berpusu-pusu hotel disana sini menganjurkan bufet berbuka puasa namun tidak semua hotel menyediakan juadah enak. Jadi anda kenalah membuat sedikit kajian bufet mana yang berbaloi agar anda tidak pulang hampa. Suka saya untuk berkongsi sebuah lagi hotel kegemaran saya yang turut menyediakan bufet sempena Ramadan 2019 iaitu Royale Chulan Kuala Lumpur. Semua sedia maklum bahawa saya sudah banyak kali bertandang ke hotel ini. Ini kerana saya sukakan hospitaliti dan kualiti rasa makanan disini. Tidak pernah mengecewakan!

PENGALAMAN MAKAN DI RCKL:
https://www.thisisreef.com/2019/03/set-hidangan-citarasa-malaysia-di-bunga.html

Sempena bulan Ramadan 2019, pihak Royale Chulan Kuala Lumpur mengadakan bufet Ramadan bertemakan Citarasa Nusantara. Sebut tentang nusantara sudah pasti sempadan pilihan juadah lebih meluas bukan? Apa yang pasti, pihak Royale Chulan Kuala Lumpur menjanjikan kepuasan dan keenakkan setiap menu yang disajikan sempena Ramadan ini. Itu pasti! 











Antara menu wajib berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur adalah Signature Royale Bubur Lambuk, Kambing Golek, Bihun Sup Utara Mai, Lontong Samudera, Pasembor. Bukan itu sahaja! Buat pertama kali, Royale Chulan Kuala Lumpur mencipta kelainan dengan menyediakan menu Shell Out buat anda semua. 










Selain itu, antara juadah yang mencuri perhatian adalah Nasi Ulam Utara, Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Kurma Telur, Gulai Daging Limau Purut. Anda akan menjadi tak tentu arah tatkala berbuka puasa disini kerana pihak Royale Chulan Kuala Lumpur turut membuka live cooking stalls dengan penyediaan makanan secara langsung. Mereka juga turut menyediakan menu Burger demi memenuhi selera pengunjung yang dambakan makanan barat. Bukan itu sahaja! Anda boleh menikmati menu Nasi Briyani, Apam Balik, Cucur Goreng, Dim Sum, Som Tam disini. 













Senang kata, semua jenis juadah daripada masakan Melayu, Cina, India dan Antarabangsa boleh didapati sepanjang sebulan Ramadan di Royale Chulan Kuala Lumpur. Pencuci mulut seperti Cendol Durian, kuih muih Melayu, Rojak harus dicuba! 









Secara peribadi, saya sukakan rasa menu masakan di Royale Chulan Kuala Lumpur. Saya harus memberi kredit kepada barisan warga dapur Royale Chulan Kuala Lumpur yang dikepalai oleh Chef Sabri Soid dalam memastikan kualiti rasa asli masakan disini terjamin.

Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Taman Mahsuri Royale Chulan Kuala Lumpur tahun ini. Hubungi 03-26889639 untuk membuat tempahan dan layari laman web serta media sosial rasmi Royale Chulan Kuala Lumpur untuk mendapatkan butiran lanjut. 

HARGA BUFET RAMADAN 2019 ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
  • DEWASA: RM150 NET
  • KANAK-KANAK (6-12 TAHUN): RM75 NET 
  • WARGA EMAS: RM100 NET 

EARLY BIRD (2 – 6 RAMADAN SAHAJA)

  • DEWASA: RM100 NET
  • KANAK-KANAK (6-12 TAHUN): RM50 NET 
  • WARGA EMAS: 75 NET 


LAMAN WEB RASMI 


LAMAN FACEBOOK RASMI 



LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CITARASANUSANTARA2019 #RAMADANRCKL #RAMADANBUFFETRCKL #BUFETRAMADAN2019

0 Comments