SET HIDANGAN CITARASA MALAYSIA DI BUNGA EMAS RESTAURANT ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR, RESTORAN FINE DINING MASAKAN MELAYU PERTAMA DI MALAYSIA

ROYALE CHULAN KL, ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR, ROYALE CHULAN, HOTEL HUNTING, FOOD, restaurant, BUNGA EMAS RESTAURANT,





Saya sering berkunjung ke restoran berkonsepkan fine dining menyajikan masakan barat. Namun ini adalah pertama kali saya mendengar kewujudan restoran konsep sama yang menghidangkan masakan Melayu. Kunjungan saya ke Royale Chulan Kuala Lumpur sempena percutian hujung minggu baru-baru ini berjaya menemui sebuah restoran sajian masakan Melayu di dalam hotel ini.

KLIK SINI: https://www.thisisreef.com/2019/03/pengalaman-menginap-di-hotel-royale.html

Restoran yang saya maksudkan adalah Bunga Emas Restaurant yang terletak di Aras 1 dalam bangunan hotel ini. Saya diberitahu bahawa Bunga Emas Restaurant merupakan restoran fine dining sajian Melayu pertama di Malaysia dan ia telah dibuka serentak dengan pembukaan hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Saat saya berada di hadapan restoran ini membuat saya terpaku! Ia tampak ekslusif dan mewah namun penggunaan kayu yang memenuhi hampir setiap ruang restoran mengekalkan aura klasik. Sesuai dengan konsep hotel ini yang menerapkan elemen moden dan klasik dalam senibinanya. Sebagai info, majalah berprestij Malaysia Tatler pernah menganugerahkan Bunga Emas Restaurant sebagai Restoran Terbaik pada tahun 2013, 2015 dan 2016. Restoran ini juga pernah terlibat di dalam acara MALAYSIA INTERNATIONAL GOURMET FESTIVAL pada tahun 2013.

ROYALE CHULAN KL, ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR, ROYALE CHULAN, HOTEL HUNTING, FOOD, restaurant, BUNGA EMAS RESTAURANT,

ROYALE CHULAN KL, ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR, ROYALE CHULAN, HOTEL HUNTING, FOOD, restaurant, BUNGA EMAS RESTAURANT,





Berdasarkan pemerhatian saya, Bunga Emas Restaurant cuba memberi mood kontemporari dalam susun atur ruang restoran. Penggunan kerusi makan, cahaya lampu malap serta sebuah piano diletakkan di satu sudut memberi stail moden dalam hiasan restoran ini. Anda ingin makan cara Melayu, disediakan dua ruang khas makan bersila yang dicipta seperti serambi. Tidak dilupa hiasan berupa juraian bunga emas di siling sebagai simbol khas kepada restoran ini. Saya kira nama Bunga Emas dipilih bagi menggambarkan suasana makan gaya mewah seperti santapan dalam istana.



 





Barangkali ada diantara anda yang menganggap restoran konsep begini pastinya mahal. Pada saya, harga yang ditawarkan di Bunga Emas Restaurant tidak lah terlalu mahal dan tidak juga murah. Sesuai dan berbaloi dengan kualiti rasa, ambiance dan perkhidmatan kelas pertama yang diberikan. Terus terang saya katakan bahawa menu yang dihidang di sini cukup autentik.

Anda boleh memilih samada untuk memesan menu secara ala-carte atau pun memilih set hidangan. Memandangkan pihak Bunga Emas Restaurant sering mengadakan promosi set hidangan disini, saya mencuba set hidangan untuk 2 orang yang bertemakan Citarasa Malaysia. Apa yang menarik tentang set ini adalah ia menyuntik elemen Malaysia menerusi gaya masakan lauk pauk. Kali ini, pihak Bunga Emas Restaurant bersama restoran Cina Tai Ping yang terletak bersebelahan berkolaborasi dengan menawarkan menu Citarasa Malaysia.

Antara menu yang disajikan dalam set Citarasa Malaysia adalah Keropok Ikan (Kudapan), Sup Double Boiled Abalone (Pembuka Selera), Hidangan Utama berupa Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah, Ikan Kod Masak Thai, Udang Masak Rempah Ketumbar, Terung Kacang Berlada dan Pisang Bakar bersama Aiskrim sebagai pemanis mulut.










SUP DOUBLE BOILED ABALONE 


Antara menu wajib dalam sajian masakan Cina. Saya sukakan tekstur dan rasa sup ini. Tidak terlalu berbau rempah dan sedap dihirup panas-panas. Rasa abalone juga enak!


DAGING MASAK HITAM 
Saya sukakan rasa lauk ini! Daging dimasak lembut dan mudah dikunyah dan cukup rasa rempah! 


AYAM GORENG BEREMPAH 

Bila makan menu ini, teringat keenakkan ayam goreng berempah yang saya selalu makan. Isi ayam lembut dan juicy dimasak bersama rempah ratus menjadikan menu ini cukup enak! 


IKAN KOD MASAK THAI 

Isi ikan kod cukup segar dan tidak mudah berderai. Ikan kod salut tepung dan digoreng lalu dicurah sos masak ala Thai dan dihias dengan kerabu mangga. 


UDANG MASAK REMPAH KETUMBAR 


Rasa seperti masakan kari. Saiz udang yang digunakan agak besar dan dimasak bersama baby kentang, cili merah dan hijau. 


TERUNG KACANG BERLADA 

Sayur terung dimasak bersama kacang panjang menjadi pelengkap gizi kepada set ini. 


PISANG BAKAR BERSAMA AISKRIM 


Pisang dibakar dan dimakan bersama aiskrim Vanilla. Lemak dan manis pisang bersama aiskrim dan buah beri merah memang terangkat habis! Saya lupa nama taburan di atas menu ini tapi ia melengkapi rasa menu ini. Must try!



Secara peribadi, kualiti rasa bagi setiap menu yang disajikan dalam set Citarasa Malaysia ini menepati selera saya. Setiap menu dimasak dengan mengekalkan rasa asli masakan asli. My personal favourite adalah Daging Masak Hitam, Terung Kacang Berlada dan Ayam Goreng Berempah. Memang layan habis! Berbaloi makan disini? Sudah pasti! Portion setiap menu juga agak banyak. Jika anda sedang mencari tempat makan untuk seisi keluarga atau barangkali ingin meraikan hari istimewa bersama pasangan tersayang, Bunga Emas Restaurant patut berada dalam senarai anda! 


LOKASI BUNGA EMAS RESTAURANT 
TINGKAT 1, ROYALE CHULAN HOTEL KUALA LUMPUR, 
5, JALAN CONLAY, 
KUALA LUMPUR.


WAKTU OPERASI: 

12:00 PM – 14:30 PM (MAKAN TENGAHARI) 


6:00 PM – 10:30 PM (MAKAN MALAM)



TELEFON: +603-2688 9688 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ROYALECHULANKUALALUMPUR #ROYALECHULAN

0 Comments