SEGI FRESH TAWAR BARANGAN DAPUR HARGA BORONG, LEBIH MURAH DAN BERKUALITI






Zaman sekarang disana-sini saya mendengar rungutan tentang harga barangan dapur yang semakin meningkat harga. Ini menjadi satu keresahan kepada orang ramai khusus keluarga yang ramai serta peniaga kedai makanan. Mahu atau tidak, keperluan dapur harus dibeli demi kelangsungan hidup. Walaupun saya seorang bujang, kesan kenaikan harga barang turut memberi kesan kepada diri. Apa yang boleh saya lakukan sekarang adalah mencari pasaraya atau kedai runcit yang menawarkan harga barangan lebih murah dan membeli nilai kepada wang.

Mujur ada pasaraya Segi Fresh! Sebuah rangkaian pasaraya yang kini mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia. Saya diberitahu bahawa syarikat yang mengendalikan pasaraya Segi Fresh ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bisnes jualan gudang, jualan runcit, perdagangan, logistik dan pelaburan hartanah. Tempoh masa yang lama bagi saya dan pastinya mereka pakar dalam bisnes.

Saya sering berkunjung ke pasaraya Segi Fresh cawangan Puchong Denai memandangkan ianya berdekatan dengan kediaman saya. Boleh saya katakan setiap bulan saya pasti akan berkunjung ke Segi Fresh untuk membeli keperluan dapur. Kenapa anda perlu beli barang dapur yang sama kualiti dengan harga mahal di pasaraya lain sedangkan anda boleh membeli barangan sama sambil berjimat di pasaraya Segi Fresh?

Saya diberitahu bahawa barangan seperti sayur diambil terus dari pengusaha kebun. Begitu juga dengan stok bahan basah seperti ikan, ayam, daging lembu yang diambil terus dari ladang. Jadi terjawab sudah persoalan saya kenapa Segi Fresh mampu menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasaraya lain tetapi masih mampu menawarkan produk yang segar dan berkualiti. Malah, pihak Segi Fresh juga turut mempunyai beberapa jenama produk sendiri seperti Trader’s Choice, Crown’s Choice, Sedaap, Berkat, Ikan Brand dan jenama Segi Fresh.

JENAMA TRADER'S CHOICE

JENAMA CROWN'S CHOICE

JENAMA SEDAAP

JENAMA IKAN BRAND

JENAMA SEGI FRESH

JENAMA BERKAT





Suka saya kongsikan dengan anda pembelian barangan keperluan dapur saya di Segi Fresh baru-baru ini. Kali ini saya banyak membeli barangan dalam tin seperti susu pekat, sardin, minuman laici serta beberapa produk dapur lain. Dengan adanya stok di dapur, memudahkan saya memasak untuk berbuka puasa dan sahur di rumah.



Antara produk kegemaran saya adalah minuman kopi pracampuran jenama Segi Fresh dan rangkaian jem jenama Crown’s Choice. Sejujurnya, saya suka masak namun kadangkala datang juga mood malas! Jadi untuk memudahkan saya, saya hanya makan roti dengan sapuan jem sahaja. Janji perut kenyang dan makanan yang masuk dalam perut saya adalah berkualiti. Saya adalah seorang penggemar kopi, jadi produk kopi pracampuran Segi Fresh memang harus ada dalam stok di dapur. Tak perlu pening-pening nak bancuh, sekadar koyakkan sachet, tuangkan ke dalam cawan air panas, kacau dan siap untuk diminum! Rasa kopi nya juga setanding dengan jenama kopi terkenal di pasaran.











Senangkan hidup! Sekarang anda tak perlu risau lagi tentang belanja dapur kerana Segi Fresh adalah solusi anda! Kepada peniaga bisnes makanan seperti bisnes katering dan peniaga gerai, anda boleh menarik nafas lega sekarang kerana pasaraya Segi Fresh menawarkan barangan mentah lebih murah buat anda.

Jika anda punya kekangan waktu untuk ke pasaraya Segi Fresh, anda boleh membeli barangan dapur secara atas lain menerusi laman sesawang rasmi https://www.segifresh2u.com . Mudah bukan!



LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEGIFRESH #SEGIFRESHMARKET



0 Comments