LEBIH 180 PILIHAN JUADAH BUFET RAMADAN 2019 THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR






Salam Ramadan! Sedang menyusun jadual bufet Ramadan mana mahu diterjah? Barangkali lokasi yang satu ini boleh dimasukkan dalam senarai anda.Terletak berhampiran Lapangan Terbang Subang Skypark, The Saujana Hotel Kuala Lumpur menerusi restoran Charcoal menawarkan lebih 180 pilihan juadah berbuka puasa Tarikan Juadah dari Sentuhan Sanubari yang pasti menggetar rasa. Bermula daripada 6 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019, rasai kelainan dengan variasi sajian bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seluruh dunia.






Saat anda melangkah masuk ke ruang restoran, saya jamin anda pasti teruja dengan ambiance restoran Charcoal yang berciri mewah. Tahun ini, anda pasti terpesona dengan senarai juadah yang telah disusun oleh warga kerja dibawah pimpinan Chef Alex Chin yang memiliki pengalaman lebih 18 tahun dalam bidang kulinari.











Antara menu wajib cuba di bufet Ramadan 2019 The Saujana Hotel Kuala Lumpur adalah Sup Gearbox, Kambing Golek, Ayam Kampung Masak Merah Saujana, Gulai Ikan Yu dengan Daun Kesom, Ketam Masak Lada Hitam, Daging Masak Merah Nenas, Sotong Goreng Rangup Masak Pedas, Kai Lan Goreng Ikan Masin Cili Padi, Udang Laut Goreng Butter Basah, Roasted Duck with Spicy Sauce, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Masak Hitam Charcoal dan banyak lagi.



LEBIH 180 PILIHAN JUADAH BUFET RAMADAN 2019 THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR


















The Saujana Hotel Kuala Lumpur tidak ketinggalan membuka beberapa buah gerai di perkarangan luar restoran Charcoal seperti gerai goreng-gorengan, gerai makanan Jepun, gerai aiskrim Turki dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya adalah gerai yang menyediakan Piza Rendang. Ianya rasa seperti rendang sebenar! Selain itu, menu Nasi Lemak Telur Bungkus juga mencuri tumpuan saya. Sesuatu yang berbeza! Satu lagi menu yang wajib cuba adalah sajian Peranakan oleh Chef Christbelle Savage atau mesra dengan panggilan Auntie Belle! Popia Gulung Aunty Belle ternyata memukau rasa! 










Restoran Charcoal The Saujana Hotel Kuala Lumpur tidak ketinggalan menawarkan menu berasaskan hidupan laut seperti Baked Fresh Oyster with Orange Cheddar Cheese and Creamed Spinach, Seafood on Ice with Poached Tiger Prawns, Flower Crabs dan New Zealand Mussels.



Tidak lengkap santapan tanpa pencucu mulut bukan? Jangan khuatir kerana The Saujana Hotel Kuala Lumpur menyediakan variasi kuih-muih Melayu asli, Tapai, Pulut, Tapai Ubi, Bubur Pulut Durian, Bubur Lambuk, Ais Kacang, kek dan juga beberapa jenis buah-buahan.










Secara peribadi, menu yang disajikan sempena bufet Ramadan 2019 The Saujana Hotel Kuala Lumpur melangkaui jangkaan saya. Pertama kali mencuba masakan disini benar-benar membuat saya jatuh cinta! Banyak menu menjadi my favourite antaranya Kari Kepala Ikan dan beberapa menu lauk lain. Berbaloi untuk anda menjamu selera disini kerana jaminan kualiti rasa adalah pasti!








Harga yang ditawarkan adalah RM162++ bagi dewasa dan RM81++ bagi kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun. Kepada pemegang kad Maybank* dan CIMB*, nikmati potongan harga sebanyak 20%. Turut ditawarkan baucar hadiah dan pakej korporat untuk berbuka puasa.

Hubungi 03-7843 1234 samb. 6122 atau emel ke dine@thesaujana.com untuk sebarang tempahan dan pertanyaan. Layari laman sesawang dan media sosial rasmi The Saujana Hotel Kuala Lumpur untuk informasi lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


LAMAN WEB RASMI 
http://www.saujanahotels.com/the-saujana-hotel

LAMAN FACEBOOK RASMI 
https://www.facebook.com/SaujanaHotelsandResorts

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
https://www.instagram.com/saujanahotelsandresorts


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THESAUJANAHOTELKUALALUMPUR #BUFETRAMADAN2019

0 Comments