3 TEMPAT MAKAN BEST DAN SEDAP DI CAMERON HIGHLANDS!






Percaya atau tidak bahawa ini adalah kunjungan saya kali ke 3 atau 4 (yang pasti less than 5 times) ke Cameron Highlands sejak saya lahir ke dunia ini 37 tahun yang lalu. Kedengaran agak tragis di situ. Duduk Malaysia tapi punya payah nak teroka isi dalam nya. Maafkan saya bumi Malaysia! Saya berjanji akan lebih kan masa meneroka keindahan bumimu selepas ini. Sebenarnya, saya sudah lama menyimpan hasrat bercuti ke Cameron Highlands namun banyak halangan yang membantutkan keinginan.

Akhirnya, saya nekad kan diri membeli tiket bas menuju ke Cameron Highlands. Memandangkan sekarang semua urusan hanya dihujung jari, jadi pembelian tiket bas menjadi sangat mudah. Terima kasih kepada aplikasi Redbus kerana memudahkan urusan serta menjimatkan wang saya. Percutian hujung minggu ke Cameron Highlands sudah dirancang 2 minggu sebelum hari kejadian lagi.

Alhamdulillah, perjalanan saya bersama dua teman dipermudahkan-Nya. Setibanya di stesen bas Tanah Rata, kami terus menuju ke hostel Hikers Sleep Port yang berjarak hanya 5 minit berjalan kaki sahaja dari stesen bus. Highly recommended buat backpackers kerana hostel ini cukup selesa dan ambiance disini berkonsepkan famili. Sarapan pagi juga disediakan secara PERCUMA!

Memandangkan trip kali ini lebih kepada weekend getaway, jadi saya dan teman-teman sepakat untuk menjadikan tema jalan-jalan cari makan sebagai fokus utama. Pada kami, setiap destinasi pasti punya tempat makan sedap dan best. Begitu juga dengan Cameron Highlands. Jadi saya senaraikan tiga lokasi tempat makan sedap yang wajib anda cuba di berkunjung ke Cameron Highlands. Ikuti tandapagar #CHWeekendEscape di media sosial untuk mengetahui pengalaman kembara kami bertiga di sini.



CUBA NASI LEMAK BURGER DI THE MOSSY FOREST CAFÉ









Sudah beroperasi sejak Februari 2018, kafe ini tampil berbeza dengan menyajikan menu barat menggunakan bahan berkualiti dengan sedikit sentuhan rasa tempatan kepada pengunjung. Antara menu wajib cuba adalah Nasi Lemak Burger dan Berembum Beef Burger manakala minuman kegemaran saya adalah Nutella Milkshake. Layan habis! The Mossy Forest Cafe ini turut menawarkan aneka pasti dan kek sesuai untuk anda yang mahu menyambut hari istimewa bersama yang tersayang di Cameron Highlands. Sweet memories!








ALAMAT: 
C-G-03, CAMERON FAIR, 
39000 TANAH RATA, 
CAMERON HIGHLANDS.

TELEFON: 05-485 1208

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



MAKAN PIZZA DAPUR KAYU API DI TINY BOUTIQUE HABITAT










Terletak di Kampung Taman Sedia, Tiny Boutique Habibat merupakan kafe pertama di Cameron Highlands yang menjual pizza masak menggunakan dapur kayu api pertama di Cameron Highlands. Pizza disini memang tidak kedekut isi dan dough nya cukup lembut dan tebal. Pilihan pizza ayam, udang, Pepproni, Meat Lovers dan banyak lagi. Menu lain yang boleh dicuba adalah Mango Milkshake dan Strawberry Milkshake. Selain itu, Tiny Boutique Habibat juga merupakan sebuah inap desa (homestay) berkonsepkan Inggeris yang berdaftar dengan program Homestay Malaysia.






ALAMAT: 
24, KAMPUNG TANAH SEDIA, 
39000 TANAH RATA, 
CAMERON HIGHLANDS.

WAKTU OPERASI: 10 PAGI - 10 MALAM

TELEFON: 012-497 3244

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



NIKMATI SKON PALING SEDAP DI KHM STRAWBERRIES & JAM








Tidak sah kunjungan anda kalau tidak menikmati skon di Cameron Highlands. Menu yang cukup sinonim dengan cuaca dingin. Dalam banyak-banyak kafe disini, ramai yang menyatakan skon di KHM Strawberries & Jam adalah yang terbaik. Iya, tidak dinafikan skon disini cukup lembut dan gebu. Sapukan dengan krim atau jem strawberri asli sambil minum teh panas memang nikmat habis!





ALAMAT: 
NO. 9, KAMPUNG TANAH SEDIA, 
39000 TANAH RATA, 
CAMERON HIGHLANDS.

WAKTU OPERASI: 9 PAGI - 6 PETANG

TELEFON: 05-4911836 

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



Jadi, Cameron Highlands bukan sekadar ladang teh sahaja, malah banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda teroka disini. Tempat makan menarik, aktiviti dengan alam, membeli belah produk tanaman segar dan macam-macam lagi. Jadi apa ditunggu lagi! Kita sokong Tahun Melawat Malaysia 2020, pack your bag and go Cameron Highlands!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #CAMERONHIGHLANDS

0 Comments