PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL THE PINES MELAKA






Bagi anda yang mengikuti aktiviti libur saya pasti sudah sedia maklum akan edisi #HotelHunting yang saya sering lakukan. Untuk edisi kali ini, saya akan membawa anda ke sebuah hotel yang agak terkenal di Melaka iaitu The Pines Melaka. Jadi bagi anda yang mempunyai rancangan untuk bercuti ke Melaka, sila teruskan membaca bingkisan ini.

Kunjungan saya ke Melaka tempoh hari bukan sekadar bercuti. Kebetulan saya mempunyai jemputan acara di Hard Rock Café Melaka, jadi saya mengambil peluang untuk menikmati percutian hujung minggu pada masa sama. Mengikut perancangan awal, saya dan rakan sekadar mahu melakukan day trip sahaja memandangkan jarak Kuala Lumpur dan Melaka hanya memakan masa 2 jam sahaja. Namun bila difikirkan semula, sudah alang-alang berada disini, lebih baik kita layan weekend disini sahaja.

KLIK SINI UNTUK ARTIKEL HARD ROCK CAFE MELAKA:
https://www.thisisreef.com/2019/05/hard-rock-cafe-melaka-lancar-menu.html

Seperti biasa, tugas mencari hotel diberikan kepada saya. Selepas meneliti beberapa pilihan hotel berdasarkan jarak, bajet dan review maka kami sepakat memilih The Pines Melaka yang bertaraf 4 bintang. Kisah menarik untuk dikongsi. Pada awalnya, saya sekadar menempah bilik jenis Superior Room King pada harga RM151.75 sahaja menerusi laman carian Agoda. Sewaktu urusan daftar masuk, saya sempat bertanya samada saya boleh menaiktaraf jenis bilik kerana saya ada menerima emel berkenaan penawaran naiktaraf bilik pada harga istimewa. Jawapan yang saya terima adalah boleh! Saya diberi beberapa pilihan bilik beserta harga dan akhirnya saya memilih Executive Premier King Room di aras 27 dengan hanya membayar tambahan RM72 sahaja. Oh ya! Satu lagi sebab kenapa saya memilih The Pines Melaka adalah kerana mereka menyediakan ruang parkir bertingkat dan berbumbung secara percuma kepada tetamu.









Kenapa saya pilih bilik Executive Premier King Room? Antaranya adalah bilik menawarkan tab mandi dan kedudukan bilik ini yang terletak di aras 27 membolehkan saya melihat panorama bandar Melaka. Melangkah masuk ke dalam bilik, saya dapati bilik ini turut mempunyai sudut pantri dengan kemudahan cabinet, sinki membasuh, kettle dan mini bar. Bilik yang berkeluasan 31 meter persegi ini menyediakan sebuah katil bersaiz king dengan 4 bantal, TV dengan siaran tv satelit, Wi-Fi, alat pengering rambut. Selain itu, bilik ini turut menyediakan meja kerja untuk anda yang ingin melakukan tugasan.















Satu perkara yang menarik perhatian saya tentan hotel The Pines Melaka ini adalah mereka mempunyai kemudahan kolam renang termasuk untuk kanak-kanak yang menggunakan salt water di aras 7 tapi anda perlu melalui aras 8 untuk akses ke kolam renang. Bilik suite yang berada di aras 7 ini juga mempunyai akses kolam renang di setiap bilik. Selain itu, aras 8 turut mempunyai taman permainan kanak-kanak, gimnasium dan surau untuk lelaki dan wanita.















Kemudahan lain yang ditawarkan adalah seperti Shuttle Service untuk ke Jonker Street dan Dataran Pahlawan dan juga perkhidmatan sewa basikal. Sepanjang di Melaka, kami hanya menggunakan perkhidmatan Grab sahaja untuk bergerak memandangkan parkir di Melaka agak terhad terutamanya di tengah kota.








Penginapan kami di The Pines Melaka untuk disediakan sarapan pagi di restoran The Oak yang terletak sama aras dengan lobi hotel. Mereka turut mempunyai sebuah kafe bernama Grea8 yang terletak di aras 8.












Secara peribadi, hotel The Pines Melaka sememangnya berbaloi jika anda mementingkan nilai pada wang, keselesaan bilik dan lokasi. Cuma, barangkali pihak hotel boleh menambahbaik dari segi mutu perkhidmatan dan kualiti rasa masakan di restoran The Oak. Kebetulan waktu kami menginapan disini, bilangan tetamu agak ramai sehingga restoran ini sesak dan masih ramai tetamu yang terpaksa beratur untuk masuk ke dalam restoran sehingga saya terdengar beberapa rungutan daripada tetamu. Selain daripada itu, semua komen saya adalah positif tentang hotel ini. Paling saya suka adalah keempukkan katil dan bantal hotel ini. Memang saya tidur lena menginap di disini. Harga yang ditawarkan cukup murah berbanding dengan mutu perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. Bab makan tu, kalau bosan makan di hotel, boleh sahaja panjangkan langkah anda makan di luar kerana Melaka juga terkenal dengan variasi tempat makan sedap terutamanya Asam Pedas. Jadi sudah ada idea nak menginap di mana bila ke Melaka nanti?



LOKASI THE PINES MELAKA 
33, JALAN TUN SRI LANANG 
75100 MELAKA. 

-

TEL: 06 - 240 2323 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEPINESMELAKA #HOTELHUNTING


2 Comments

  1. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Nice la hotel ni. Banyak kali nak try book tapi tgk kolam cam kureng maklumlah anak² kecik takut ramai lak. Tapi view lelain sume menarik.

    ReplyDelete