BERBALOI KE BELI PAKAIAN PEJABAT DI JALAN JALAN JAPAN?






Sebagai seorang pekerja ofis, saya pasti ada dikalangan anda yang mempunyai dilema tentang pakaian kerja. Nak mix and match baju kerja satu hal, nak beli satu hal lagi. Baju kerja bukannya murah. Sehelai kemeja kerja lelaki sahaja boleh mencecah RM 100. Belum lagi seluar, kasut, tali pinggang, tali leher. Mahu kempis dompet dibuatnya! Bayangkan anda bekerja 20 hari dalam sebulan, jadi anda memerlukan sekurangnya 10 set pakaian kerja dalam gerobok anda. Selepas 3 bulan, pakaian sudah mulai lusuh kerana kerap kali pakai dan basuh. Mau atau tidak, pakaian baru harus dibeli bagi menggantikan pakaian sedia ada. Stress bukan!

Saya pernah disaran oleh rakan untuk membeli pakaian kerja di kedai menjual pakaian terpakai atau preloved kerana kondisi pakaian masih elok dan harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Saya pernah terjah beberapa kedai pakaian terpakai sebelum ini namun saya pulang hampa kerana kondisi pakaian sangat teruk. Teman saya ada mencadangkan saya membeli di Jalan Jalan Japan kerana kualiti produk yang dijual bagus dan semua produk diambil dari Jepun. Saya pernah ke Jepun dan membeli di kedai barangan terpakai disana, memang tidak dinafikan kualiti masih bagus. Ini menyakinkan saya untuk berkunjung ke Jalan Jalan Japan cawangan 1 Shamelin Mall Cheras baru-baru ini.

Setibanya saya di Jalan Jalan Japan, saya agak terkejut melihat ruang kedai ini yang sangat luas dan ramai pengunjung. Saya agak kagum dengan keadan kedai yang bersih dan tersusun. Ia terbahagi kepada bahagian wanita, lelaki, kanak-kanak dan setiap bahagian ini pula di bahagi kan lagi kepada sudut baju, seluar, beg, kasut, alat mainan. Siap ada bahagian stroller, peralatan, peralatan muzik dan barangan RM 1 lagi.Senang kata, ruang kedai disini disusun rapi dan teratur bagi memudahkan urusan pengunjung. Sistematik seperti budaya orang Jepun.












Sewaktu saya membelek pakaian yang ingin dicuba, saya agak impress dengan kualiti pakaian yang dijual di Jalan Jalan Japan ini. Kondisi sangat bagus dan ada yang seperti pakaian baru. Kalau anda bernasib baik, anda boleh dapat barangan dari jenama mewah tau!

SAYA CUBA DULU!






Saya mencuba beberapa persalinan sebelum membeli kerana saya sudah menetapkan sasaran RM 100 sahaja untuk membeli. Bukan apa, takut bila tengok barang murah ni, mata dan nafsu membuak-buak nak beli. Jadi kenalah kawal nafsu supaya hanya membeli mengikut kemampuan. Hihihi.

















Hasilnya, saya dapat membeli beberapa helai baju dan seluar kerja bersama 2 tali pinggang dengan kos hanya RM 100 di Jalan Jalan Japan. Memang seronok bergandalah saya kerana saya dapat membeli sambil berjimat. Pada masa sama, saya masih boleh kelihatan kemas ke pejabat dengan pakaian yang dibeli di Jalan Jalan Japan ini. Jadi memang saya memang menyarankan kepada anda diluar sana terutamanya warga belia yang mahu membeli pakaian ke pejabat untuk membeli sahaja di Jalan Jalan Japan. Anda bukan sahaja dapat membeli pakaian yang berkualiti, pada masa sama anda boleh berjimat. Jadi bolehlah menabung untuk majlis perkahwinan nanti.







Jalan Jalan Japan mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang antaranya adalah di One City USJ, 1 Shamelin Mall Cheras, M3 Mall Taman Melati dan satu cawangan di Centerpoint Seremban. Apa tunggu lagi! Jom ramai-ramai serbu Jalan Jalan Japan sebab disini harga giler!



LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JALANJALANJAPAN #HARGAGILER

0 Comments