KOLEKSI HARTANAH PKNS SIRI 2/2019 TAWAR DISKAUN ISTIMEWA BELI HARTANAH SEMPENA ULANG TAHUN KE-55






Ketidaktentuan ekonomi masakini menjadikan orang ramai begitu teliti dalam membuat pembelanjaan. Itu belum lagi menyentuh bab beli rumah. Harga rumah yang tinggi menyukarkan orang ramai khusus golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri. Iya, beli rumah bukan seperti membeli barangan di pasaraya. Kalau membeli keperluan rumah sudah berkira-kira bajet, inikan pula mahu membeli kediaman yang memakan kos besar.








Atas sebab itu, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan promosi hebat pembelian rumah di Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 yang kini sedang berlangsung di Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam. Menariknya, koleksi hartanah kali ini menawarkan diskaun RM5500 kepada 55 pembeli terawal sepanjang acara ini berlangsung iaitu dari 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019. Promosi istimewa ini ditawarkan bersempena sambutan ulang tahun PKNS yang sudah berusia 55 tahun. Selain itu, pihak PKNS turut menawarkan diskaun 20 peratus serta kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara PERCUMA kepada bakal pembeli. 















Bukan itu sahaja! Pihak PKNS turut menjalinkan kolaborasi bersama Maybank menerusi skim Smart Selangor First Home Buyer dimana skim ilham kerajaan negeri Selangor ini memberi kemudahan kepada bakal pembeli rumah pertama. Skim Smart Selangor First Home Buyer menawarkan kemudahan pinjaman 100 peratus (pihak Maybank 90 peratus, kerajaan negeri 10 peratus) dan kadar faedah rendah untuk lapan tahun pertama. Menarik bukan? 


Skim ini terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan anak syarikatnya untuk hartanah di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak. Permohonan pembiayaan untuk ini hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14 sahaja.








Sepanjang Koleksi Hartanah PKNS siri 2/2019 ini berlangsung, pihak Maybank turut membuka kaunter khas untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan. Anda hanya perlu membawa bersama slip gaji 3 bulan untuk tujuan semakan dan pembelian mana-mana hartanah dibawah projek PKNS. 


Selain itu, acara ini turut membuat pameran khusus projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS dibawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185 ribu. Pihak PKNS menyasarkan nilai jualan RM 60 juta sepanjang Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 ini. 






Jika anda merancang untuk memiliki kediaman sendiri, inilah masanya untuk anda rebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh PKNS ini. Harga rumah bukannya murah, jadi dengan macam-macam insentif seperti diskaun, kos guaman dan duti setem percuma, pastinya ia adalah penawaran yang cukup menarik. Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan akan berlangsung sehingga 4 Ogos 2019 (Ahad) ini sahaja. Jom pakat ramai-ramai ke Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam!


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PKNS #HARTANAH

0 Comments