THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR TAWAR KUIH BULAN PERASA DURIAN MUSANG KING SEMPENA MID AUTUMN FESTIVAL 2019

  





Bicara tentang perayaan Mid-Autumn, perkara yang terlintas di minda adalah kuih bulan. Kuih bulan adalah menu tradisi yang menjadi hidangan pada musim perayaan ini. Juga dikenali dengan festival Kuih Bulan, ia disambut pada hari ke-15 bulan lapan dalam kalendar lunar dimana pada waktu ini bulan akan mengambang penuh menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Mengikut sejarah, adat makan kuih bulan bermula sejak era Dinasti Ming bertujuan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 S.M – 1341 S.M). Tradisi ini diteruskan hingga kini dengan menjadikan festival Mid-Autumn sebagai hari meraikan penyatuan dan perpaduan.

Tahun ini, sambutan festival Mid-Autumn ini bakal disambut pada 13 September 2019 dan bersempena dengan itu, pihak The Saujana Hotel Kuala Lumpur menerusi restoran cina halal Ti Chen menawarkan variasi kuih bulan kepada orang ramai. Hasil sentuhan magis Chef Yau Kim Yew, anda akan terpesona dengan rasa enak kuih bulan disini dan yang penting, ia diperbuat dengan kaedah tradisional agar kualiti rasa asli dipelihara.








Mengambil inspirasi kisah legenda kuih bulan, Chef Yau menghasilkan kuih bulan dengan 3 bentuk simbol unik iaitu jantung, bujur, dan bulat. Kuih Bulan berbentuk jantung mewakili mitos The Old Man of the Moon (Yueh Lao Yeh) yang dikatakan menyimpan buku catatan dengan nama semua bayi yang baru lahir dan rakan masa depan mereka, Bagi Kuih Bulan bentuk bujur, ia diinsprasikan daripada kisah legenda The Lady of the Moon (Chang Oh) yang mencuri dan memakan pil keabadian dari suaminya Jeneral Hou Yi. Manakala Kuih Bulan bentuk bulat pula melambangkan pemberontakan China terhadap pemerintahan Mongolia pada zaman dahulu.




Menariknya, chef Yau bukan sekadar menyediakan 8 pilihan kuih bulan tradisi, beliau turut menyediakan variasi pilihan kuih bulan snow skin antaranya Durian Custard (Musang King) dan Rasberry Chocolate White Lotus.








KUIH BULAN SNOW SKIN:


  • Durian Custard (Musang King) Snow Skin Mooncake
  • Banana Chocolate Snow Skin Mooncake
  • Red Velvet with Mocha and Cheese Snow Skin Mooncake
  • Green Tea with Red Bean Paste Snow Skin Mooncake

PILIHAN KUIH BULAN TRADISI:


  • Pure Lotus Paste Mooncake
  • Low Sugar White Lotus Single Yolk Mooncake 
  • Diced Chicken Ham and Mixed Nut Mooncake
  • Pandan Lotus Paste with Single Yolk Mooncake
  • Sweet Corn Lotus with Single Yolk Mooncake
  • Red Bean Mooncake
  • Creamy Milk Tea Mooncake
  • Black sesame Lotus with Single Egg Yolk Mooncake

Setiap pembelian kuih bulan di restoran Ti Chen, The Saujana Hotel Kuala Lumpur ini turut disertakan dengan kotak pembungkusan istimewa. Kotak khas ini dikemaskan dengan salutan faux leather dan didatangkan dengan dua warna berbeza iaitu merah (untuk isi 4 kuih bulan) dan coklat (isian 8 biji kuih bulan). Istimewanya kotak ini, ia juga boleh dijadikan sebagai bekas botol wain.






Low Sugar White Lotus with Single Yolk dijual pada harga RM 38 sebiji, Diced Supreme Mixed Nuts (RM 42), Pandan Lotus Paste with Single Yolk (RM 38), Pure Lotus Paste (RM 30), Red Bean (RM 28), Black Sesame Lotus with Single Yolk (RM 40), Durian Custard (Musang King) pada harga RM 35 dan Raspberry Chocolate White Lotus (RM 32). Harga yang ditawarkan tidak termasuk cukai. Jika anda ahli LBS dan SGCC, anda boleh menikmati potongan harga 20% bagi setiap pembelian 4 biji kuih bulan ke atas.



Penghantaran adalah PERCUMA bagi setiap pembelian minumum 20 kotak untuk kawasan Lembah Klang (radius 20 km) manakala bayaran RM35 net akan dikenakan bagi penghantaran di kawasan yang melebihi radius 20km. Deposit 50% diperlukan bagi setiap tempahan dan penghantaran akan bermula dari 1 hingga 13 September 2019.

Restoran Ti Chen turut menawarkan beberapa menu baru dalam senarai pilihan juadah di sini. Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba seleksi hidangan terbaru disini ya.














Info lanjut berkenaan kek bulan yang ditawarkan di Ti Chen The Saujana Hotel Kuala Lumpur, anda boleh layari laman sesawang rasmi www.saujanahotels.com atau telefon di talian (603) 7843 1234 samb. 6122 atau emel di dine@thesaujana.com .


LAMAN FACEBOOK RASMI 
https://www.facebook.com/SaujanaHotelsandResorts


LAMAN INSTAGRAM RASMI 
https://www.instagram.com/saujanahotelsandresorts


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THESAUJANAHOTELKUALALUMPUR #TICHEN

0 Comments