DUNKIN’ DONUTS KINI BOLEH DIBELI DI SHOPEE!







Rangkaian donat Dunkin’ Donuts baru-baru ini memperluaskan saluran perdagangannya dengan Shopee, platform membeli-belah dalam talian No.1 di Malaysia. Matlamat kerjasama ini adalah untuk memberi pengalaman membeli yang terbaik kepada pelanggannya.

“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami.

“Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,” kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.

JESRINA LIEW, PENGURUS BESAR DUNKIN' DONUTS GROUP





Beliau menambah bahawa pelanggan hari ini melihat operasi dalam dan luar talian melalui satu kanta tunggal dan perkhidmatan dalam talian mesti disediakan dalam perniagaan makan dan minum. 

Liew menambah bahawa walaupun masih ramai pelanggan yang gemar mengunjungi premis-premis perniagaan, terutamanya perniagaan makan dan minum, namun tidak dapat dinafikan bahawa ramai juga pelanggan yang gemar mencari maklumat serta promosi dalam talian sebelum membeli di premis makanan.

“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.

"Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopy berkata, “Urusniaga makan dan minum di bawah kategori Tiket dan Baucer Shopee adalah segmen yang baru diperkenalkan. Pada mulanya, kami memaparkan tawaran boucer hotel dan kafe. Memandangkan sambutan pembelian boucer makanan dan minuman kian meningkat, kami menyedari bahawa tiada apa-apa yang menghalang kami daripada bekerjasama dengan lebih banyak lagi rangkaian makan dan minum seperti Dunkin’ Donuts. "

Sejak melancarkan kedai dalam taliannya di Shopee pada 26 Jun 2019, Dunkin’ Donuts telah mendapat sambutan yang sangat positif dari rakyat Malaysia. Ia telah menjual lebih 5,000 donat dalam talian sepanjang kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang akan berakhir pada 9 September. Di samping itu, tawaran minuman Dunkin’ Chocolate dan Dunkin’ Coffee juga mendapat sambutan yang memberansangkan.

Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Baucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.






Shopee memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan baucar yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.

“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts. Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”


Kini, anda boleh mendapatkan Dunkin' Donuts hanya di hujung jari. Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donuts, sila layari, https://shopee.com.my/dunkindonutsmy.os !


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DUNKINDONUTSMALAYSIA #FOOD

0 Comments