SPOTIFY PREMIUM TAWAR PELAN 3 BULAN PERCUMA!






Istimewa buat mereka yang bercadang untuk melanggan Spotify Premium, anda sememangnya sangat bertuah! Spotify Premium kini menawarkan para pelanggan baru Premium* lebih banyak masa untuk menikmati kesemua ciri-cirinya yang unik secara percuma untuk 3 bulan pertama. Tawaran ini membolehkan para pengguna menikmati servis Premium selama dua bulan lebih lama berbanding dahulu (sebelum ini, pengguna hanya mendapat 30 hari percuma).

Buat pertama kalinya, tawaran ini boleh didapati menerusi Spotify di Spotify.com/Premium. Pihak Spotify ingin memberikan pendengar muzik serta podcast lebih banyak masa dan cara untuk mengakses perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular, tanpa kos untuk 3 bulan pertama. Dengan Spotify, pengguna boleh menikmati 50 juta lagu yang boleh didapati atas permintaan dan tanpa iklan, serta akses kepada 450,000 judul podcast.






Tawaran 3 bulan pertama secara percuma ini tidak mempunyai had masa, dan akan dilancarkan merentasi kesemua pelan Spotify Premium di seluruh dunia untuk pelan Individual serta Family dan Duo (belum lagi terdapat di Malaysia). Spotify Premium turut mengumumkan pelancaran pelan Family yang dikembangkan ke seluruh dunia.

“Muzik dan podcast memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, kami mahu memberikan 3 bulan pertama secara percuma kepada para pelanggan agar mereka dapat menikmati sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh Spotify Premium. Kami tahu anda memerlukan masa untuk mencuba semua ciri-ciri yang disediakan melalui pelan Premium, jadi kami memberikan anda lebih banyak masa untuk ‘jatuh cinta’ dengan pengalaman Premium yang lancar dan akses atas permintaan pada lebih 50 juta lagu, berbilion senarai lagu, serta 450,000 judul podcast secara percuma,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Premium Spotify, Alex Norström.

Kini, pengguna Spotify yang baru dan layak boleh menyertai lebih 100 juta pelanggan Premium yang lain dengan mendaftar Premium untuk 3 bulan pertama secara percuma Premium melalui spotify.com/premium. Muat turun aplikasi Spotify sekarang dan selamat mendengar!

*Terbuka hanya kepada pengguna yang tidak pernah melanggan atau mencuba Premium. Langganan 3 bulan pertama percuma ini tidak boleh ditawarkan di Headspace, produk-produk tidak berulang, dan kebanyakan perkhidmatan telekomunikasi (kecuali untuk pelan Individual di Jepun, Australia, Jerman, Switzerland dan Student di Jepun).



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY


0 Comments