CRÈME DE LA CRÈME (CDLC) LANCAR BEAUTY ELIXIR, AISKRIM KECANTIKAN PERTAMA DI DUNIA!






Beauty lover pasti teruja! Biasa kita hanya mendengar produk penjagaan kulit dalam bentuk makanan tambahan dan juga produk sapuan tapi belum pernah sekali saya ketahui bahawa anda juga bisa cantik dengan hanya memakan aiskrim! Inovasi terkini yang ditampilkan oleh kedai aiskrim artisan terkemuka, CRÈME DE LA CRÈME (CDLC) yang terletak di Damansara Utama.

RAMUAN UTAMA DALAM BEAUTY ELIXIR

AISKRIM BEBAS GULA!

TURUT DILANCARKAN MINUMAN THE ESSENCE OF BEAUTY






Sejak beroperasi 6 bulan yang lalu, Crème De La Crème telah mencipta fenomena dalam industri pembuatan aiskrim dengan menawarkan seleksi aiskrim buatan tangan dan kek aiskrim (petit gâteau) yang bermutu tinggi. Pihak CDLC sentiasa memberi kelainan dalam setiap resepi aiskrimnya dengan mencipta variasi rasa unik seperti Cerealicious yang diperbuat daripada bijirin dan Pandan Kaya Toast.











SAYA PERNAH KE SINI SEBELUM INI:
https://www.thisisreef.com/2019/03/creme-de-la-creme-uptown-damansara.html

Terkini, pihak Crème De La Crème sekali lagi mencipta fenomena dengan menghasilkan aiskrim ‘kecantikan’ pertama di dunia. Aiskrim yang diberi nama Beauty Elixir ini adalah satu-satunya aiskrim di dunia yang menggabungan ramuan penting dalam produk kecantikan seperti kolagen, Vitamin C dan glutathione (sejenis bahan antioksidan). Penghasilan Beauty Elixir ini adalah hasil kolaborasi bersama Dr. Steve Chia dari klinik estetik Sliq Clinic.

LIO LIM, PENGARAH URUSAN CDLC

DR STEVE CHIA (KANAN) MEMBERI PENERANGAN





Beauty Elixir adalah aiskrim bebas gula yang turut mengandungi bahan-bahan seperti bunga sakura, air bunga mawar dan buah laici. Hasil kajian telah menunjukan bahawa bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Beauty Elixir ini mampu menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan licin dengan pengambilan secara konsisten.



GLUTATHIONE
Antioksidan paling berkuasa yang dihasilkan dalam sel (hati). Ia dihasilkan daripada 3 asid amino iaitu glutamine, glycine dan cysteine. Seiring dengan peningkatan usia, alam sekitar tercemar, stress dan juga kurang nutrisi, badan kita akan mulai kurang menghasilkan antioksidan ini. Jadi anda memerlukan antioksida ini bagi mencegah kerosakan kepada komponen sel penting yang disebabkan oleh spesies oksigen reaktif seperti radikal bebas, peroksida, peroksida lipid, dan logam berat. Dalam bidang kecantikan, Glutathione membantu mencerah dan melicinkan kulit agar kulit kekal sihat dan berseri.

VITAMIN C
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik dan asid l-askorbik, adalah vitamin yang terdapat dalam pelbagai makanan dan dijual sebagai makanan tambahan. Ia meneutralkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksik badan. Dalam bidang kecantikan, Vitamin C amat penting dalam pencerahan kulit dimana ia menukar melanin menjadi warna lebih cerah dan menghalang pengeluaran enzim tyrosinase yang menghasilkan pigmen melanin. Gabungan glutathione dan Vitamin C akan memberi kesan optimum kepada proses pencerahan kulit.

KOLAGEN
Sejenis protein yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan terutamanya dalam pencegahan penuaan. Kolagen memberikan struktur pada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.

BUNGA SAKURA (CHERRY BLOSSOM)
Kaya dengan antioksidan, anti radang, anti penuaan dan bertindak untuk memutihkan kulit. Ia diperkaya dengan asid lemak penting untuk membaiki kulit secara semulajadi dan menghasilkan kulit yang lebih licin dan lembut.

AIR BUNGA MAWAR (ROSE WATER)
Bahan ini membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak yang berlebihan. Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan kulit yang merengsa, menghilangkan jerawat, dermatitis dan eczema. Disebabkan sifatnya yang anti bakteria, air bunga mawar mampu membantu dalam merawat luka.

LAICI
Kaya dengan sumber antioksidan, Vitamin C, Vitamin B kompleks, serat flavonoid dan phytonutrient yang berkesan dalam mencegah penuaan awal selain memberi perlindungan daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.


Idea penghasilan Beauty Elixir ini tercetus kerana Lio Lim, Pengarah Urusan CDLC berkata sudah tiba masanya untuk merevolusikan industri kecantikan dalam makanan. Manusia pastinya menyukai pencuci mulut seperti aiskrim namun pada masa sama mementingkan penjagaan kulit. Jadi hasil kajian bersama dengan Dr. Steve Chia daripada Sliq Clinic ini bukan sahaja dapat memberi kenikmatan dalam setiap suapan aiskrim, malah ia memberi manfaat kepada kulit anda.

DARI KIRI: DR STEVE CHIA DAN LIO LIM






Saya sempat bertanya, sejauh mana keberkesanan beauty Elixir ini? Pengambilan amaun tertentu aiskrim Beauty Elixir secara konsisten selama 30 hari akan menampakkan kesan positif pada kulit anda. Ia diakui sendiri hasil testimoni mereka yang sudah mencubanya. Jadi, kini anda tidak perlu risau lagi untuk menikmati aiskrim kerana aiskrim Beaty Elixir daripada Crème De la Crème (CDLC) bukan sahaja sedap tetapi ia memberi manfaat kepada kesihatan kulit anda! Cubalah hari ini!



LOKASI CRÈME CE LA CRÈME (CDLC) 
35G, GROUND FLOOR, 
JALAN SS 21/60, DAMANSARA UTAMA, 
47400 PETALING JAYA, SELANGOR. 

-
WAKTU OPERASI: 
12PM - 11PM (AHAD – KHAMIS) 
12PM – 12 AM (JUMAAT – SABTU) 

-

TELEFON: 03-7494 0735 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYCDLC

0 Comments