ISU OBESITI DI MALAYSIA SANGAT MEMBIMBANGKAN! - KATA DOKTOR MUSTAFA MOHAMMED TAHER






Rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi menghadapi kegemukan atau obesiti. Gerun mendengarnya namun itulah fakta sebenar. Menurut sumber daripada WHO Non-Communicable Diseases Country Profiles 2011, Malaysia berada di kedudukan pertama di Asia Tenggara untuk bilangan penduduk (dewasa) yang mengalami obesiti dengan peratusan 44.2%. Satu lagi sumber daripada Global Health Observatory (GHO) Data Repository: Prevalence of overweight, age standardized oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan bahawa kanak-kanak Malaysia berusia berusia diantara 5-19 tahun berada dalam carta nombor dua dengan peratusan 12.7% selepas Brunei (14.1%). Ini pastinya satu perkara yang cukup membimbangkan kerana jika isu obesiti ini tidak ditangani, ia boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.



Saya terpanggil untuk berkongsi informasi ini selepas menghadiri sesi perkongsian ilmu mengenai obesiti oleh Dr. Mustafa Mohammed Taher, pakar Gastroenterologist dan pakar bedah Bariatrik yang cukup berpengalaman dan disegani. 

DOKTOR MUSTAFA MOHAMMED TAHER







APA ITU OBESITI? 

Obesiti merupakan keadaan perubatan dimana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga pada satu tahap boleh menjejaskan kesihatan. Seseorang itu dianggap obes apabila indeks jisim badan (BMI) melebihi 30 ke atas. Kenapa obesiti ini dianggap serius dan perlu dibendung? Ini kerana obesiti boleh mengundang kepada pelbagai penyakit serius termasuk penyakit kardiovaskular, diabetis, kanser, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA) dan boleh mendatangkan risiko kematian.

Bagaimana obesiti boleh terjadi? Jawapannya mudah! Pengambilan makanan secara berlebihan dan kurang menjalani aktiviti jasmani. Senang kata, makan terlampau banyak tetapi kurang bersenam. Ada yang kata gemuk adalah disebabkan faktor keturunan namun kata Dr. Mustafa, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali. 








Banyak info yang saya kutip sepanjang sesi ini seperti nisbah waist-to-hip yang juga digunakan untuk pengukuran berat badan. Ini kerana saiz badan manusia di setiap negara dalam dunia adalah berbeza-beza.

Selain itu, Dr. Mustafa juga menekankan bahawa pengambilan sarapan pagi adalah penting kerana jika anda abaikan sarapan pagi, anda cenderung untuk makan banyak pada waktu tengahari dan malam. Bak kata pepatah, eat breakfast like a king!



PENCEGAHAN

Obesiti dapat dibendung dengan mengubah cara pemakanan anda. Bak kata Tun Mahathir, berhenti makan sebelum kenyang. Makan dengan kuantiti dan pada waktu yang betul. Pengambilan jenis makanan seperti makanan bergula, berlemak tinggi harus dikurangkan. Jadikan aktiviti senaman dan riadah sebagai rutin dalam gaya hidup anda. Aktviti seperti berlari dan berjalan dapat membantu membakar kalori dan seterusnya menjadikan badan bebas obesiti dan kekal sihat. Sebagai contoh, anda boleh membakar sebanyak 90 kalori dengan menaiki tangga sehingga ke aras 6 bangunan.

Teknik senaman yang betul juga penting dalam proses pembakaran lemak. Anda disarankan untuk menjalani senaman minimum 1 jam kerana pada 15 minit pertama, badan akan membakar gula dan karbohidrat dan selepas 30 minit barulah badan mula membakar zon lemak. 








Satu lagi info yang cukup berguna daripada Dr. Mustafa adalah mengawal pengambilan gula terutamanya gula kompleks artificial. Elakkan pengambilan minuman manis ketika dahaga kerana ia boleh memudaratkan organ dalaman badan untuk jangkasama panjang. Jika dahaga, disarankan minum air mineral atau air isotonik kerana selain ia menghilangkan dahaga, ia mudah meresap dan disingkirkan dari badan.

Ramai yang salah tanggapan tentang diet kerana ramai yang cuba mengamalkan diet namun berat badan masih juga sama. Ini sebenarnya disebabkan badan kita masih memerangkap toksik yang dihasilkan daripada makanan. Toksik ini yang harus disingkirkan supaya proses diet anda menampakkan hasil yang diingini.

Satu perkara yang benar-benar menarik perhatian saya adalah apabila Dr. Mustafa ada menyentuh mengenai pembedahan bariatik atau dalam bahasa mudah, pembedahan mengecilkan perut.



APA ITU PEMBEDAHAN BARIATRIK?

Rawatan bedah obesiti (pembedahan bariatrik) adalah cara mengurangkan berat badan yang paling pesat berkembang dalam amalan pembedahan hari ini. Ini mencerminkan kedua-dua keupayaan prosedur pembedahan bariatrik untuk memberikan penyelesaian kepada masalah yang tidak larut dan evolusi prosedur yang lebih selamat dan kurang invasif. Hari ini terdapat tiga prosedur yang digunakan iaitu Laparoscopic Sleeve Gastrectomy (LSG), Gastric Bypass dan Adjustable Gastric Band (Band Gastrik Boleh Laras) dimana ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.






Namun pemilihan jenis prosedur pembedahan ini bergantung kepada kondisi tubuh badan individu. Sebagai contoh, Rahim Sepahtu melakukan pembedahan Laparoscopic Sleeve Gastrectomy yang melibatkan pembuangan 70 ke 80 peratus perut beliau. Ia bersesuaian dengannya kerana beberapa faktor kesihatan dialaminya selain Rahim juga mengalami masalah Obstructive sleep apnea (OSA) yang agak teruk sebelum ini. Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik kronik, anda boleh memilih pembedahan Gastric Bypass seperti yang dilakukan oleh penyanyi Aishah. Sesi perkongsian ilmu mengenai obesiti ini turut dihadiri oleh Rahim Sepahtu dan Alif Johan, anak kepada penyanyi Nora Ariffin yang turut berkongsi pengalaman melakukan pembedahan bariatrik ini.

RAHIM SEPAHTU

ALIF JOHAN





Ditanya mengenai golongan sesuai untuk pembedahan ini, Dr. Mustafa berkata, pesakit berusia 18 hingga 65 tahun yang mempunyai BMI lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit layak melakukan pembedahan. Manakala calon yang mempunyai sejarah penyakit seperti dibincangkan dengan BMI>27.5 layak untuk menjalani pembedahan. 



Jadi jika anda sudah melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk kuruskan badan namun hasilnya mengecewakan, jangan khuatir. Barangkali anda boleh mencuba rawatan menerusi pembedahan bariatik ini. Anda boleh menghubungi Dr. Mustafa Mohammed Taher sendiri di talian 016-2330678 untuk mendapatkan konsultasi daripada beliau. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 




INFO RINGKAS DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER 

Dr Mustafa Mohammed Taher adalah Pakar Bedah Bariatric di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri. Beliau berkelulusan dari Universiti Baghdad pada tahun 2000, menerima latihan awal di Iraq sehingga tahun 2007 di mana mendapat pengalaman yang luas dalam menguruskan kecederaan mangsa perang.

Beliau turut menjalani latihan pembedahan di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk latihan pembedahan Upper GI & Bariatric dengan minat khusus dalam Minimal Invasive Surgery. Beliau turut menyertai bengkel Malaysia Nutrition Society di seluruh negara dengan minat khas dan telah menerbit banyak naskah jurnal. Pelbagai anugerah telah diraih beliau antaranya pingat emas untuk inovasi untuk Creative Method of Managing Buried Bumper Syndrome yang diterbitkan dalam RCS sebagai teknik baru. Beliau juga menjalankan kajian untuk ekspresi gen CD dalam kanser perut National University of Malaysia yang diterbitkan di Gut dan kajian antarabangsa EXPEL.

Ahli MUGIS (Malaysia Upper GI Society), anggota MyMBSS (Malaysia Metabolic and Bariatric Surgery Society), anggota PENSMA (Parentral & Entral Nutrition Society of Malaysia), ahli IFSO (International Federation for the Surgery of Obesity and Metabolic Disorders), ahli SELSMA (Society of Endoscopic and Laparoscopic Surgery Malaysia). Berminat khusus dalam program penyelidikan dan latihan untuk pelajar GI Upper dan Master of Surgery.



#KESIHATAN #OBESITI #BARIATRIK

0 Comments