SUNWAY PALS JALIN KERJASAMA BERSAMA ENRICH MALAYSIA AIRLINES!






Sunway Pals, program kesetiaan bersepadu daripada Kumpulan Sunway bersama Enrich Malaysia Airlines mengumumkan kerjasama strategik menerusi kolaborasi pertukaran mata ganjaran buat kedua-dua pemegang kad ahli.

Inisiatif ini memberi peluang kepada kedua-dua ahli samada Sunway Pals dan juga Enrich Malaysia Airlines untuk mengumpul dan menebus mata ganjaran mereka diantara satu sama lain. Ini bermakna, ahli Sunway Pals boleh menebus mata ganjaran mereka kepada tiket penerbangan Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan semua penerbangan dibawah program Oneworld, rakan penerbangan serta pelbagai ganjaran lain. Manakala bagi pemegang kad Enrich pula boleh menebus mara ganjaran mereka di lebih 1000 rangkaian premis terpilih dalam gedung membeli belah kelolaan Sunway, taman tema, hotel dam pusat perubatan di bawah milik Sunway.

Perasmian kerjasama dua hala ini telah dimeterai pada acara yang diadakan di Sunway Pyramid baru-baru ini.






Menurut Timbalan Presiden Eksekutif Pejabat Presiden Kumpulan Sunway, Evan Cheah berkata menerusi kerjasama ini, pelancong dalam dan luar negeri dapat memanfaatkan ganjaran mata secara lebih meluas memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2020 bakal tiba tidak lama lagi.

Jelas Lau Yin May selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Khidmat Pelanggan Malaysia Airlines Berhad, kerjasama dua hala ini memberi kelebihan kepada ahli kad Enrich untuk mengumpul lebih mata ganjaran menerusi pembelian di gedung membeli belah milik Sunway. Tambah beliau lagi, kerjasama bersama Sunway Pals ini bertepatan dengan kempen Fly Malaysia yang dilancarkan oleh pihaknya dimana menerusi kempen ini diharapkan pemegang kad Enrich dapat merasai pengalaman menarik melancong di dalam Malaysia khususnya. 










Jadi kini, ahli Sunway Pals mahupun Enrich boleh menikmati lebih ganjaran menerusi kerjasama ini. Pastinya, ia memberi kelebihan dan manfaat besar buat ahli kad ganjaran untuk menikmati pengalaman menarik ketika berbelanja. 








Anda boleh muat turun aplikasi Sunway Pals dan juga Enrich di Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna Apple. Layari https://sunwaypals.com.my dan https://www.malaysiaairlines.com/my/en/enrich.html untuk maklumat lanjut.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUNWAYPALS #ENRICHXSUNWAYPALS

0 Comments