MARRYBROWN KONGSI FORTUNE DENGAN FORTUNE BURGER SEMPENA TAHUN BARU CINA!






Pastinya kedatangan musim perayaan dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kira perayaan apa sekalipun, seluruh rakyat Malaysia meraikan bersama-sama dalam suasana harmoni. Antara perayaan yang terdekat adalah sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak berapa lama lagi. Semestinya pada waktu begini adalah momen ideal untuk bersama keluarga dan sahabat handai bukan! Kalau sudah berhimpun tu, tidak lengkap tanpa hidangan lazat di depan meja bukan?

Jika tiada idea mahu menjamu selera dimana, barangkali anda boleh mencuba hidangan istimewa Fortune Burger di Marrybrown. Menu edisi khas sempena Tahun Baru Cina ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu burger ayam bersama keju dan juga burger ayam bersama sos lada hitam (BLACK PEPPER). Menariknya tentang kedua-dua menu Fortune Burger ini adalah isi daging ayam yang tebal, juicy dan rasa sedikit pedas membangkit selera dan rasa. Ia diapit oleh bun bijan yang cukup lembut dab gebu. Bagi Fortune Burger Cheese, ia juga dimeriahkan dengan salad segar bagi melengkapi rasa enak burger ini. Manakala bagi Fortune Burger Black Pepper pula, rasa sos lada hitam nya cukup mengancam ditambah pula dengan hirisan cendawan dan bawang segar, memang enak tidak terkata!

FORTUNE BURGER CHEESE

FORTUNE BURGER BLACK PEPPER





Setiap set hidangan Fortune Burger Marrybrown ini, ia didatangkan bersama kentang goreng istimewa iaitu Golden Fortune Fries dan juga minuman Minute Maid®️ Refresh Orange. Sudah pasti set Fortune Burger cukup berbaloi untuk dinikmati dengan hidangan yang cukup lengkap! Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan iaitu dari RM14.60 sahaja. 






Jadi apa ditunggu lagi! Bawa seisi keluarga dan sahabat handai waktu cuti perayaan nanti untuk mencuba sendiri menu khas Fortune Burger Marrybrown. Tawaran ini berlangsung untuk masa terhad! Layari laman sesawang dan media sosial rasmi Marrybrown Malaysia untuk mendapatkan informasi lanjut.


LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MBFORTUNEBURGER #KONGSIFORTUNE #SOMETHINGDIFFERENT #MARRYBROWN

2 Comments

  1. Sedapnya burger Marrybrown ni.. Nak cubalah nanti! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni menu Marrybrown dah banyak yang sedap-sedap!

    ReplyDelete