REALME MALAYSIA LANCAR DUA PERANTI SERENTAK! HARGA TIDAK MASUK AKAL!






realme Malaysia tidak pernah duduk diam. Sentiasa hadir dengan produk baru. Terbaru, pelancaran bukan satu tapi dua produk serentak telah dibuat iaitu realme Buds Air dan realme 5i. realme Buds Air merupakan sebuah aksesori audio tanpa wayar manakala realme 5i adalah telefon pintar dengan kelebihan quad camera battery hero.





 





Majlis pelancaran kedua-dua produk terbaru realme ini telah dihadiri oleh beberapa tetamu istimewa antaranya adalah Mr. Hunter Wang selaku Ketua Pegawai Eksekutif realme Malaysia, Mr. Mervyn Liew selaku Assistant Category Manager of Shopee Malaysia, Mr. Max Wong selaku Pengurus Jenama Lazada Malaysia, Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, K.C Har selaku Pengurus Produk realme Malaysia dan turut diwarnai dengan kehadiran penyanyi rap Kidd Santhe dan MK (K-Clique) yang menghiburkan tetamu dengan lagu Haa Tepok versi realme.







Jelas Tiffany Teh, tahun 2019 merupakan tahun yang cukup menakjubkan bagi realme dengan penghasilan pelbagai peranti dalam pasaran. Ini sejajar dengan misi dan visi syarikat untuk terus memberi satu lonjakan ke hadapan dalam setiap peranti keluaran mereka. Tahun 2020 dibuka dengan satu lagi kejayaan penting iaitu penawaran aksesori audio tanpa wayar realme Buds Air dan juga peranti pintar realme 5i yang diberi jolokan Quad Kamera Raja Bateri. Apa yang pasti, setiap produk yang ditawarkan oleh realme punya tarikan tersendiri serta memberi fokus rekabentuk dan prestasi terbaik.


realme BUDS AIR 







Setelah lama berteka-teki, akhirnya harga jualan bagi realme Buds Air telah diketahui. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan kuning pada harga cuma RM299. Produk aksesori audio tanpa wayar realme Buds Air ini memiliki ciri audio yang ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang diakui pantas dan lebih stabil apabila dihubung dengan telefon pintar. Selain itu, realme Buds Air mempunyai ketahanan bateri lebih baik sehingga 17 jam dan juga fungsi kawalan pintar. 






Kepada peminat mobile gaming tegar, anda pasti menyukai realme Buds Air kerana ia didatangkan dengan teknologi Super Low Latency. Ini bermaksud ia memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi dengan kelewatan bunyi bagi mod permainan adalah 119.3ms.

Seterusnya, realme Buds Air turut didatangkan dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancelation (ENC) dimana semasa anda membuat panggilan, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam persekitaran yang bising. Aksesori audio tanpa wayar realme Buds Air turut dilengkapi dengan kabel type-C dan juga pengecasan tanpa wayar. 






Selain itu, realme Buds Air menyokong operasi sentuhan pintar untuk mengawal panggilan, menukar muzik dan menggunakan teknologi Google Assistant. 


Buat masa ini hanya model warna putih sahaja yang akan dipasarkan. Sempena dengan pelancaran produk loT pertama realme ini, anda boleh mendapatkan realme Buds Air pada harga RM199.








Penawaran harga diskaun ini pastinya sesuatu yang cukup menarik namun untuk mendapatkan harga ini, anda harus membeli di portal Shopee pada 21 Januari 2020. Penawaran harga ini hanya untuk satu hari sahaja.


realme 5i – QUAD CAMERA BATTERY HERO 



Model terbaru realme siri ke 5 ini hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm yang beroperasi pada kelajuan 2.0 Hz bersama dengan prestasi permainan yang dipertingkat dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Ia semestinya memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Apa yang mengujakan lagi adalah kapasiti bateri sebesar 5000mAh dimana ia memberi prestasi hayat bateri yang lama serta tempoh standby selama 30 hari. 



Tidak sah membeli telefon pintar tanpa melihat kepada kamera. Realme 5i didatangkan dengan empat kamera iaitu sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra mikro (2MP) manakala kamera swafoto(8MP). Menariknya lagi, kamera utamanya menyokong kesan Electronic Image Stabilization (EIS) lebih baik untuk pengalaman merakam video lebih stabil semasa bergerak. 



Info lain mengenai realme 5i adalah skrinnya bersaiz 6.52 inci dengan resolusi 720p, mempunyai pengimbas wajah dan cap jari di bahagian belakang, pembesar suara mono, storan 64GB dan 4GB RAM.

Didatangkan dengan pilihan dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green, anda boleh mendapatkan peranti realme 5i ini di stor fizikal realme bermula 18 Januari 2020 pada harga cuma RM599. Jualan atas talian menerusi Lazada hanya akan bermula pada 28 Januari 2020 jam 12 tengah malam. 



Apa yang pasti, realme sudah mula agresif di awal tahun baru dengan penghasilan produk terbaru. Seiring dengan slogan Dare To Leap, realme nampaknya semakin mara ke depan dalam dunia teknologi khusus peranti pintar dengan menawarkan produk berprestasi tinggi pada tanda harga mampu milik. Sebagai info, realme telah dinobatkan sebagai Global Top 7 Smartphones bagi suku tahun ketiga (Q3) pada tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh setahun. Jenama paling pesat berkembang ini telah memasuki pasaran global ke lebih 20 buah negara. Layari laman media sosial realme Malaysia dan juga laman sesawang www.realme.com/my untuk maklumat lanjut. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REALMEMALAYSIA

0 Comments