ISTANA BUDAYA PAMER TANJAK TERBESAR DI MALAYSIA DAN DUNIA !






Istana Budaya, pentas seni bertaraf dunia! Antara lokasi pementasan produk seni tempatan dan antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara. Bagi merancakkan lagi kalendar Istana Budaya, telah diadakan satu acara bersejarah dimana penghasilan replika tanjak gergasi telah dilakukakan di perkarangan lobi Galeri Istana Budaya baru-baru ini. Idea garapan bersama Istana Budaya dan Persatuan Bentan Malaysia ini diadakan bagi meraikan sambutan tahun 2020 dalam misi memacu kemodenan bersama tradisi dijunjung. Pada masa sama, ia menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara dan seterusnya menyemarakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020. 













  
Acara dimulakan pada jam 2.30 petang dengan melibatkan kerjasama antara pasukan Istana Budaya dan Persatuan Bentan Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Nazri Kamal. Pelbagai bahan telah digunakan untuk menyiapkan tanjak Pahang Lang Menyonsong Angin versi gergasi ini termasuklah cantuman kain jenis broket bersaiz 34 kaki kali 34 kaki. Tanjak gergasi ini akan dipamerkan kepada umum selama 3 bulan dan selepas tempoh itu, kain broket yang telah digunakan ini akan dibuat tanjak bersaiz biasa dan akan diagihkan kepada badan-badan kebajikan terpilih.

 







Sambutan dari orang awam sewaktu acara pembinaan tanjak terbesar ini diluar jangkaan termasuk kehadiran pengunjung dari Indonesia dan Jepun yang hadir menyaksikan momen bersejarah ini. Acara perasmian tanjak gergasi ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada malam sama berlangsungnya Konsert VM2020.


KONSERTVM2020: https://www.thisisreef.com/2020/01/konsert-vm2020-warnai-kalendar-seni.html

Semoga, usaha yang dilakukan oleh Istana Budaya dan Persatuan Bentan Malaysia ini dapat menyuntik semangat cintakan tradisi negara. Layari laman media sosial rasmi Istana Budaya atau layari laman sesawang rasmi di www.istanabudaya.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti dan acara yang berlangsung sepanjang tahun. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VM2020 #ISTANABUDAYA

0 Comments