kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL

kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL


kEATchen – Memartabatkan Nostalgia Sajian Culinary Champions Di Era Digital | Eatvolution Sdn Bhd mengumumkan pelancaran lunak kEATchen – konsep dapur awan (cloud kitchen) yang mengumpulkan makanan jalanan atau culinary champions yang ikonik kepada para penggemar makanan. Dengan menggabungkan konsep baharu bersama teknologi, Eatvolution melalui kEATchen merealisasikan keupayaan industri F&B tempatan untuk kekal relevan. Selain itu, kerjasama dengan kEATchen juga dapat membantu para peniaga makanan jalanan atau culinary champions sedia ada untuk melangkaui sempadan mereka ke pengguna yang kian lama mengidamkan makanan jalanan melalui aplikasi penghantaran makanan menggunakan telefon pintar.

Makanan adalah cara yang terbaik untuk mengenali sesebuah budaya dan ianya memberi nostalgia tertentu dengan cara dan rasa yang berbeza. Menyedari itu, kEATchen bercita-cita untuk mendigitalkan dan memartabatkan perniagaan culinary champions tanpa mengganggu warisan dan kisah mereka. Berbeza dengan pengusaha makanan jauh lebih besar, rata-rata peniaga makanan jalanan menjalankan perniagaan mereka secara kecil.


APA YANG MENARIK DENGAN kEATchen

kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL


kEATchen berbeza dari platform dapur awan (cloud kitchen) lain di pasaran ketika ini; selain menyediakan culinary champions peluang untuk meluaskan perniagaan mereka kepada pengguna serta kemudahan dapur berteknologi tinggi untuk mereka beroperasi, kEATchen membantu culinary champions dari segala aspek perniagaan F&B dan menjadikan mereka operator yang sesuai dengan zaman kini. Antara bimbingan yang akan diberikan adalah kempen pemasaran, portal & sokongan teknologi dalam talian, pengurusan penjualan, iklan & promosi, pematuhan lesen, pembungkusan, dan pengurusan pesanan.


kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL

kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL



Untuk memudahkan penapakan culinary champions di era digital, kEATchen dengan teknologi dan sokongan yang menyeluruh merancang untuk beroperasi di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan bantu para pengusaha makanan dalam merancang menu yang enak berdasarkan data yang dikumpulkan dari kawasan yang disasarkan. Berbanding dengan cara konvensional yang kompleks.


IDEA DISEBALIK PENUBUHAN kEATchen

kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL


Menurut Encik Martin Kim, Ketua Pegawai Eksekutif, Eatvolution Sdn Bhd, idea untuk kEATchen berasal daripada empat orang sahabat dari latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu, makanan. Pihaknya percaya cara terbaik untuk mengenali sesebuah budaya bermula dengan makanan tempatan dan kEATchen oleh Eatvolution diasaskan dengan objektif untuk membantu melestarikan warisan makanan dan memperkasakan para peniaga dengan konsep perniagaan yang terkini. Pihaknya ingin menjadi pendorong kepada peniaga makanan yang kecil ini untuk bersaing maju dengan rangkaian makanan yang lain. Pihak kEATchen akan membantu mereka dengan menggunakan kemudahan premis yang mereka sediakan serta membuka peluang untuk mereka berada di pasaran digital.


kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL
ENCIK MARTIN KIM, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EATVOLUTION SDN BHD


kEATchen juga merancang untuk berkembang ke lokasi lain dalam tempoh 6 bulan dan secara aktif mencari culinary champions tempatan untuk menjadi sebahagian daripada evolusi baharu perniagaan makanan ini. Oleh itu, kEATchen ingin menjemput semua culinary champions untuk berkolaborasi dan memperluaskan operasi mereka melalui kEATchen.

Cawangan pertama kEATchen telah dibuka di Ara Damansara selang beberapa hari bermulanya Ramadan. Pembukaan pertama ini akan menyajikan makanan yang halal, sesuai untuk juadah berbuka puasa dan penghantaran makanan akan meliputi jarak 30km. Selain itu, KEATchen juga akan membuat promosi sempena pembukaan cawangan yang pertama. Pengguna boleh memesan makanan pilihan mereka seawal jam 3 petang dan akan dihantar tepat waktunya untuk berbuka puasa.


kEATchen MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL
NASI TIGA BUDAK GEMOK AYAM BIASA DAN TELUR



Untuk maklumat lanjut mengenai kEATchen dan Eatvolution, sila layari www.keatchen.my dan kEATchen akan didapati melalui aplikasi mudah alih penghantaran makanan tidak lama lagi.


IKUTI kEATchen di FACEBOOK | INSTAGRAM




#BERITA #BISNES #EKONOMI

0 Comments