JOOX LANCAR LAGU TEMA DAN SENARAI LAGU EKSKLUSIF “MOBILE LEGENDS : BANG BANG” SEMPENA “515 E-PARTY”

JOOX LANCAR LAGU TEMA DAN SENARAI LAGU EKSKLUSIF “MOBILE LEGENDS : BANG BANG” SEMPENA “515 E-PARTY”



JOOX Lancar Lagu Tema dan Senarai Lagu Eksklusif “Mobile Legends: Bang Bang” sempena “515 e-Party” |
Mobile Legends Bang Bang (MLBB), permainan MOBA paling popular di dunia yang dikeluarkan oleh Moonton, telah melancarkan lagu berjudul 'Together' yang merupakan lagu tema “515 e-Party” tahun ini. Sebagai rakan muzik rasmi, JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia, mempersembahkan lagu tema asli dan senarai lagu eksklusif dari program “515 e-Party”. Lagu tema ini berjudul ‘Together’ juga akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Malaysia, secara khusus untuk semua pengguna MLBB di Malaysia.



“MLBB 515 e-Party” adalah salah satu acara tahunan terbesar MLBB di mana banyak aktifiti dan kejutan yang ditawarkan untuk semua penggunanya, termasuklah pelancaran lagu "Together" yang akan menambah keseronokan acara ini.



Lagu ini dipersembahkan oleh S.T.U.N., kumpulan muzik maya pertama di Lawn of Dawn, yang terdiri daripada 3 pahlawan ikonik MLBB, iaitu Chou, Brody, dan Selena. Debut S.T.U.N. sendiri diumumkan buat pertama kalinya pada 27 April 2021 yang lalu.



JOOX LANCAR LAGU TEMA DAN SENARAI LAGU EKSKLUSIF “MOBILE LEGENDS : BANG BANG” SEMPENA “515 E-PARTY”



Pemilihan konsep lagu ini berdasarkan tema 515 e-Party tahun ini, iaitu gaya futuristik dengan tema warna neon terang yang membawa nuansa bergaya dan moden. Ini dapat dirasakan dengan pemilihan rentak muzik yang mudah, menarik, ringan untuk dinikmati pendengar.



"515 e-Party” adalah salah satu acara tahunan terbesar kami dan setiap tahun kami selalu membawakan sesuatu yang unik dan berbeza. Tahun ini kami membawa tema "Together We Achieve More" dan lagu "Together" adalah lagu tema untuk menunjukkan semangat kami “515 e-Party” tahun ini," kata Lillian Gao, Pengarah Pemasaran Wilayah - Moonton Games. "Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan JOOX tahun ini, sebuah platform striming muzik yang komited untuk menjadi tuan rumah muzik di Malaysia. Senarai lagu “515 eParty” dapat didengar secara eksklusif di JOOX, yang tentunya akan menambah kemeriahan perayaan 515 ini. "



Melalui kerjasama strategik ini, JOOX sentiasa berusaha untuk menjadi platform striming muzik tidak sahaja untuk peminat muzik di Malaysia tetapi juga untuk pemain MLBB juga. “Kami sangat teruja kerana di beri kepercayaan oleh MLBB, MOBA paling popular di Malaysia, untuk melancarkan muzik yang dapat menemani para pemain MLBB. Sebagai salah satu platform striming yang paling popular di Malaysia, kami berkomitmen untuk sentiasa membawakan muzik dan hiburan yang relevan yang memenuhi keperluan pengguna termasuklah para pemain MLBB. Bagi para pemain MLBB, kami percaya bahawa muzik adalah salah satu elemen yang dapat mewujudkan getaran dan meningkatkan keseronokan yang membolehkan mereka serasa berada di medan permainan yang sebenar. Melalui kolaborasi ini, kami berharap MLBB dan JOOX dapat menjadi kombinasi sempurna yang dapat menemani dan menghiburkan pengguna kami bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.




MLBB dan JOOX menghadirkan 3 senarai lagu eksklusif yang dicipta mengikut watak pahlawan ikonik MLBB, iaitu Chou, Brody, dan Selena. Lagu dari pelbagai genre seperti Pop, Rock, dan Elektronik disusun berdasarkan watak setiap pahlawan yang gigih, kuat, dan mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang berbeza. Ketiga-tiga senarai lagu, yang tersedia di JOOX mulai hari ini (3 Mei 2021), sangatlah sesuai untuk dimainkan sambil bermain MLBB dengan pemain lain. Lebih-lebih lagi, pengguna akan disambut oleh suara setiap watak setiap kali mereka memainkan senarai lagu ini.


Selain dapat menikmati Senarai Lagu “515 e-Party” di JOOX, terdapat banyak aktiviti lain yang terdapat di platform ini. Salah satunya adalah halaman misi di mana pengguna JOOX dan MLBB berpeluang mendapatkan pelbagai barangan dalam permainan MLBB. Pengguna hanya perlu memasukkan halaman “Tasks & Rewards” untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk barangan dalam permainan MLBB. Laman Misi ini sendiri akan tersedia bermula 17 Mei 2021 yang akan datang. Tidak hanya itu sahaja, pada 1-31 Mei 2021, pengguna MLBB dan JOOX boleh memasukkan kod "MLBBJOOXMY" pada aplikasi JOOX di sini untuk mendapatkan VIP JOOX percuma selama 3 hari! Layari aplikasi JOOX sekarang!


Jangan lupa untuk mengikuti kemeriahan acara “515 e-Party” dan dengarkan senarai lagu secara eksklusif di JOOX. Diiringi dengan lagu-lagu khas untuk semua pemain MLBB, anda pasti akan mendapat pengalaman yang lebih mendalam semasa bermain permainan MLBB.


#JOOX #MLBB #GAYAHIDUP #MUZIK #TEKNOLOGI

0 Comments