PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?

PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?



Pilihan Riang Raya Yoodo Pilih Tart Nenas Atau Sam-Perit? |
Diam tak diam kita bakal meraikan Aidilfitri. Walaupun kita masih lagi berperang dengan pandemik yang belum pasti bila akan berakhir, ia bukanlah penghalang untuk kita meraikan Syawal, bulan kemenangan dan kejayaan mengharungi pancaroba Ramadan. Bagaimana persiapan raya nanti? Biasa kalau hari-hari akhir Ramadan sudah mula sibuk menjalankan operasi dirumah seperti bersih rumah, tukar langsir, anyam ketupat, kacau dodol, susun kuih raya dalam balang dan macam-macam lagi. Meriahnya!


Setiap kali tiba hari raya, antara hidangan wajib ada selain ketupat, lemang dan rendang adalah kuih raya atau biskut raya. Waktu ini lah kita akan lihat macam-macam jenis kuih raya terhidang di atas meja. Ada Almond London, Conflakes Madu, Mazola, Makmor, Biskut Sarang Semut, Biskut Arab, Kuih Siput, Kuih Goyang, Semperit, Tart Nenas dan banyak lagi. Apa kuih raya kegemaran anda? Boleh kongsi di ruangan komen ya! Sebut pasal kuih raya, tahukah anda siapa yang patut ditabalkan sebagai ketua kuih raya? Teruskan membaca.



KEMPEN RIANG RAYA YOODO

Sempena Aidilfitri 2021 Yoodo membawakan dua jenis kuih raya paling popular iaitu SAM-perit dan Tart Nenas sebagai kempen raya tahun ini. Menariknya, anda dipertanggungjawab untuk memilih kuih raya mana yang patut dinobatkan sebagai Ketua Kuih Raya menerusi undian dalam talian di www.yoodo.com.my/riangraya . Undian berakhir pada 11 Mei 2021 jam 9 malam.

Jom kita lihat manifesto kedua-dua kuih raya ini.


TART NENAS @tartnenasofficial
Calon Ketua Kuih Raya Parti Nenas

PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?


  • SLOGAN: PANTAS PANAS NENAS
  • Tradisi buat kuih tart nenas untuk setiap perayaan dikekalkan.
  • Hanya lagu raya berkumandang di semua tempat sepanjang bulan perayaan.
  • Tidur selepas makan diwajibkan bagi setiap isi rumah sepanjang bulan perayaan.
  • Hanya filem raya ditayangkan di televisyen dan panggung wayang.
  • Jurugambar tak perlu jerit “FREESTYLE” semasa bergambar di hari raya.


SAM-PERIT @samperitofficial
Calon Ketua Kuih Raya Parti Mentega

PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?


  • SLOGAN: HIDUP PERIT TANPA SAM-PERIT
  • Setiap lelaki dewasa yang tak reti memakai sampin diberikan tali pinggang.
  • Setiap rumah mempunyai tempat khas tudung yang telah diseterika.
  • Kedai tomyam dibuka semula selepas hari raya keempat.
  • Lagu raya hanya dimainkan di radio sehingga hari raya kelima sahaja. Tak ada lebih, tak ada kurang.
  • Kuih raya boleh dibeli sepanjang tahun dan bukan hanya semasa musim Aidilfitri sahaja.

Anda boleh saksikan video ini untuk maklumat lanjut:




Sebagai info, Yoodo adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan servis mudah alih 100 peratus digital menawarkan pelan data internet bersama panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh diubahsuai mengikut keperluan setiap bulan. Malah Yoodo turut memperkenalkan eSIM, kad sim secara digital yang lebih mudah!


YOODO TAWAR HADIAH RAYA MENARIK!

PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?



Bagi pengguna sedia ada Yoodo, bermula 12 April sehingga 13 Jun 2021, anda berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya iPhone 12 dan Noblechairs Epic Gaming Chair. Caranya mudah sahaja! Belanja RM50 ke atas untuk 2 bulan berturut-turut dan anda berpeluang menjadi salah seorang pemenang.


PROMOSI LAIN DI YOODO

Tidak dinafikan, Yoodo yang dikuasakan oleh Celcom ini punya banyak kelebihan dan antara yang menarik perhatian sudah semestinya pakej yang boleh diubahsuai mengikut keperluan anda. Menerusi aplikasi Yoodo, anda boleh ubah kelajuan data, panggilan suara, SMS bila-bila masa tanpa risau caj bulanan. Banyak lah kelebihan menggunakan Yoodo dan paling penting anda boleh berjimat dan hanya guna mengikut keperluan sahaja. Selain itu, Yoodo sentiasa tampil dengan promosi menarik buat pengguna Yoodo. Antara promosi yang sedang berjalan adalah:


REFER 2 EARN

Jemput rakan sertai Yoodo dengan menggunakan kod unik anda untuk mendapatkan kredit Yoodo bernial RM20 secara PERCUMA. Rakan anda yang telah menyertai Yoodo akan menerima data sebanyak 7GB PERCUMA.


PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?



FLASH WOWCHERS

Tebus e-kad hadiah gaya hidup PERCUMA dengan promo Flash Wowcher dari Yoodo. Lebih daripada RM10 ribu jumlah wowcher untuk anda rebut dan wowchers baru akan diumumkan setaip minggu sehingga 13 Jun 2021.

PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?



DOUBLE SPECIAL EXTRA

Langgani data berkelajuan tinggi Yoodo dan anda akan menerima 10GB data ekstra PERCUMA.


PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?



YOODO CARES

Sempena dengan pengumuman kerajaan mengenai inisiatif Jaringan Prihatin, Yoodo juga tidak ketinggalan melancarkan Pas Prihatin dimana pengguna Yoodo boleh nikmati 80GB data berkelajuan tinggi pada RM20 sebulan. Pas istimewa ini hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang layak dan pendaftaran dibuka sehingga 31 Julai 2021.


PILIHAN RIANG RAYA YOODO PILIH TART NENAS ATAU SAM-PERIT?


Menarik bukan? Itulah Yoodo yang sentiasa tampil unik dan kedepan demi pengguna setia Yoodo. Jom langgan Yoodo sekarang dengan melayari https://www.yoodo.com.my .


IKUTI YOODO DI FACEBOOK | INSTAGRAM




#PILIHANRIANGRAYA #YOODO #WHATYOOWANT #YOUDOITBETTER

0 Comments