PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Promosi Sajian Aidilfitri Dari Hotel Maya Kuala Lumpur |
Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria. Antara bait-bait lirik lagu raya malar segar daripada biduanita negara Puan Sri Datin Saloma yang sehingga kini masih menjadi antara lagu raya kegemaran ramai. Bila dengar lagu ini dimainkan dicorong radio, maknanya Aidilfitri semakin menghampiri kita. Bagaimana persiapan raya kalian? Saya faham dalam ketidaktentuan situasi dunia di kala ini membantutkan perancangan sambutan raya kali ini. Namun demikian, ia bukan penghalang kita untuk meraikan detik kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa.

Sudah terbayang di atas meja juadah dengan menu signatur raya seperti Rendang, Ketupat, Lemang, Sate dan banyak lagi. Namun adakah anda rajin untuk masak kesemua ini? Jangan risau kalau anda tiada masa untuk masak kesemua juadah hari raya kerana anda boleh pesan terus di Hotel Maya Kuala Lumpur.

SET MENU SIMFONI HARI RAYA AIDILFITRI

PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam Norma Baharu, Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan variasi sajian menarik buat anda yang inginkan menu istimewa di hari raya. Promosi bawa-pulang dan penghantaran ke rumah ini dipanggil Set Menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri dan akan berlangsung dari 13 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021.

 Terdapat 3 set menu hari raya ditawarkan menerusi Set Menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri iaitu Set Ditepi Pantai, Set Hijaun Desa dan Set Jendela di Taman. Setiap set ini adalah berbeza mengikut harga dan bilangan dan jenis hidangan. Saya berkesempatan mencuba Set Ditepi Pantai. Pembuka Selera adalah Lemang bersama Serunding Ayam dan Daging, Sup Rusuk Kambing Gelugor, Sate Ayam & Sate Daging bersama Nasi Impit, Kuah Kacang, Timun & Bawang, Ulam-Ulaman bersama Sambal Belacan. Bagi menu utama pula, anda akan mendapat Nasi Beriani Buluh, Ayam Rendang Hitam, Rendang Padu Ekor Sapi, Kerapu Sira Sambal Boyan, Udang Lemak Nenas Kuning Menyala, Kambing Bakar Air Asam Pedas, Pucuk Manis Lemak Putih Mata dan Acar Buah. Bagi pencuci mulut, anda akan mendapat aneka kuih-muih (3 jenis) dan Pulut Serawa Durian. Komen jujur saya? Kesemuanya sedap terutamanya Udang Lemak Nenas Kuning Menyala, Rendang Ayam dan Nasi Beriani Buluh. Berbaloi sungguh dengan harga dan saiz setiap menu.

SET DITEPI PANTAI
  • 14 JENIS HIDANGAN
  • RM100 SETIAP ORANG

SET HIJAUAN DESA
  • 13 JENIS HIDANGAN
  • RM80 SETIAP ORANG

SET JENDELA DI TAMAN
  • 12 JENIS HIDANGAN
  • RM60 SETIAP ORANG

Setiap set diatas juga didatang dengan pilihan air sama ada Maya Asam Boi Cooler, Mahsuri Berry, Rimba Kiwi, Awan Biru dan Sinaran Mentari. Pesanan sekurang-kurangnya sehari lebih awal diperlukan dan pesanan setiap set adalah untuk minimum 4 orang ke atas. Penghantaran PERCUMA untuk pembelian minimum RM80 dalam radius 5km dan RM100 dalam radius 10km.

PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Jika anda lebih menggemari menu ala-carte, tersedia pilihan menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri untuk anda antaranya Kambing Bakar (3kg), Rendang Tok (1kg) dan banyak lagi.

Sudah bersedia meraikan hari raya tahun ini? Tunggu apa lagi! Lakukan pesanan anda sekarang dengan menghubungi 012-2828187 sekarang. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Layari laman sesawang Hotel Maya Kuala Lumpur di https://www.hotelmaya.com.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM

PROMOSI SAJIAN AIDILFITRI DARI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

LOKASI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
138, JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-2711 8866

#HOTELMAYAKUALALUMPUR #FOOD #MAKANAN #RAYA2021 #AIDILFITRI2021

0 Comments