TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK

TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


Tahniah Dr. Mustafa Mohammed Taher, Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik |
Sebut saja nama Dr. Mustafa Mohammed Taher, terus teringat tentang rawatan bedah obesiti atau pembedahan bariatrik. Sudah ramai orang antaranya selebriti tempatan yang berjaya mengurangkan berat badan menerusi pembedahan yang dilakukan oleh Dr. Mustafa. Antaranya adalah Rahim Sepahtu, Aishah dan Vicha Saywho yang menggunakan khidmat Dr. Mustafa Mohammed Taher atau mesra dipanggi Dr. Mustafa.

Terbaru, Dr. Mustafa Mohammed Taher telah dinobatkan sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pasifik pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global bertempat di Pusat Perubatan CENGILD G.I baru-baru ini. Anugerah Bariatric Medical Centre of the Year in Asia Pacific oleh GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards ini adalah adalah bukti dan komitmen jitu Dr. Mustafa dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan bahaya obesiti. Sepanjang 3 tahun lalu, Dr. Mustafa yang merupakan pakar gastroenterologi dan pakar bedah Bariatrik telah melakukan lebih 2000 pembedahan bariatrik. Bukan senang untuk mendapat pengiktirafan sebegini namun jelas Dr. Mustafa, bukan anugerah yang dikejar sebaliknya beliau ingin membantu orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan yang berpunca daripada obesiti dan berat badan berlebihan untuk kembali sihat untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa.


TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK

TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


Pada majlis berasingan, Dr. Mustafa Mohammed Taher telah diraikan dengan kehadiran media tempatan dan beberapa tetamu jemputan khas. Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon Lufya dan Chef Bob dimana kedua-duanya merupakan pesakit Dr. Mustafa yang juga telah menjalani pembedahan Bariatrik.


TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK
 
TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


Jelas beliau lagi, pembedahan Bariatrik ini bukanlah semata-mata untuk mengurangkan berat badan, tetapi ia membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang dialami pesakit seperti kecing manis, darah tinggi, masalah tidur yang kronik, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang dan anti sosialisme. Malah pembedahan Bariatrik ini boleh menyelesaikan masalah refluks secara kekal yang menjadi punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut.


ARTIKEL BERKAITAN: https://www.thisisreef.com/2022/01/isu-obesiti-di-malaysia-dr-mustafa-mohammed-taher-pakar-bariatrik.html



INFO RINGKAS DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER

Dr. Mustafa Mohammed Taher berkelulusan dari Universiti Baghdad pada tahun 2000, menerima latihan awal di Iraq sehingga tahun 2007 di mana mendapat pengalaman yang luas dalam menguruskan kecederaan mangsa perang. Beliau turut menjalani latihan pembedahan di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk latihan pembedahan Upper GI & Bariatric dengan minat khusus dalam Minimal Invasive Surgery. Beliau turut menyertai bengkel Malaysia Nutrition Society di seluruh negara dengan minat khas dan telah menerbit banyak naskah jurnal. Pelbagai anugerah telah diraih beliau antaranya pingat emas untuk inovasi untuk Creative Method of Managing Buried Bumper Syndrome yang diterbitkan dalam RCS sebagai teknik baru. Beliau juga menjalankan kajian untuk ekspresi gen CD dalam kanser perut National University of Malaysia yang diterbitkan di Gut dan kajian antarabangsa EXPEL. Dr. Mustafa yang juga ahli MUGIS (Malaysia Upper GI Society), anggota MyMBSS (Malaysia Metabolic and Bariatric Surgery Society), anggota PENSMA (Parentral & Entral Nutrition Society of Malaysia), ahli IFSO (International Federation for the Surgery of Obesity and Metabolic Disorders), ahli SELSMA (Society of Endoscopic and Laparoscopic Surgery Malaysia) mempunyai minat khusus dalam program penyelidikan dan latihan untuk pelajar GI Upper dan Master of Surgery.

Kini, beliau berkhidmat sebagai penasihat dan pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan Cengild G.I. Nexus @ Bangsar South Kuala Lumpur.



APA ITU PEMBEDAHAN BARIATRIK?

Rawatan bedah obesiti atau pembedahan bariatrik adalah cara mengurangkan berat badan yang paling pesat berkembang dalam amalan pembedahan hari ini. Ini mencerminkan kedua-dua keupayaan prosedur pembedahan bariatrik untuk memberikan penyelesaian kepada masalah yang tidak larut dan evolusi prosedur yang lebih selamat dan kurang invasif. Hari ini terdapat tiga prosedur yang digunakan iaitu Laparoscopic Sleeve Gastrectomy (LSG), Gastric Bypass dan Adjustable Gastric Band (Band Gastrik Boleh Laras) dimana ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.



PENGALAMAN LUFYA OMAR DAN CHEF BOB JALANI PEMBEDAHAN BARIATRIK

Pada majilis sama, penyanyi dan pelakon Lufya Omar turut hadir untuk berkongsi pengalaman selepas menjalani pembedahan Bariatrik. Sebelum ini berat badan beliau pernah mencecah 85kg dan kesan berat badan berlebihan ini menyebabkan beliau sering diserang asma, kebas kaki dan mudah letih. Setelah menjalani pembedahan ini selama 1 bulan, berat badan beliau turun sebanyak 11kg dan bebas dari asma. Lufya mensasarkan untuk menurunkan sedikit lagi berat badannya untuk mendapatkan berat ideal dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.


TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


Bagi Chef Bob, sejak menjalani pembedahan Bariatrik ia seolah-olah memberi peluang kedua dalam hidupnya. Ini kerana sepanjang 3 tahun beliau berada di atas kerusi roda dan telah tinggal di illazarov (menggunakan keluli untuk menyokong kakinya) kerana masalah obesiti yang teruk. Hasil pembedahan Bariatrik, beliau berjaya menurukan berat badan sebanyak 130kg dalam tempoh setahun dan gembira menjalani kehidupan seperti biasa.


TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


Jelas, masalah obesiti dan berat badan berlebihan merupakan musuh utama kepada kesihatan tubuh badan. Daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.7%). Statistik in sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya. Jadi masih belum terlambat untuk anda merubah kehidupan yang lebih sihat jika anda bertindak dari sekarang.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan pembedahan Bariatrik, boleh terus menghubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678.

IKUTI DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER DI FACEBOOK | INSTAGRAM


TAHNIAH DR. MUSTAFA MOHAMMED TAHER, PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK


#KESIHATAN #BARIATRIK #DRMUSTAFAMT

0 Comments