Namun, agak sukar juga untuk membersihkan diri ketika kita melakukan road trip atau menaiki keretapi bukan? Malah berjam-jam berada di dalam pesawat juga menyulitkan kita untuk membersihkan diri. Sekurang-kurangnya dapat mengosok gigi, sembur deodoran di celah ketiak dan mencuci muka sudah cukup sementara kita tiba di hotel penginapan. Maka pentingnya membawa bersama produk penjagaan diri yang bersaiz kompak.
Saya seringkali bergerak ke sana sini untuk tujuan melancong. Sebolehnya saya akan cuba meminimumkan ruangan bagasi agar mudah untuk saya bergerak ke mana-mana. Iyalah, kalau bet sarat dengan muatan, penat juga. Pada masa sama, saya amat menitik beratkan penjagaan diri walaupun semasa berkelana di negara orang. Jadi saya memerlukan set penjagaan diri yang bersaiz kecil dan kompak seperti produk Dr. Irma.
SIAPA DR. IRMA?
Jenama Dr. Irma sudah berada di pasaran sejak 2015 dengan fokus kepada kesihatan luaran dan dalaman pengguna dan pada masa sama memupuk kesedaran tentang kesihatan komuniti. Produk Dr. Irma telah menjalani kajian dan diformulasi oleh Dr. Irma bersama barisan ahli kimia bertauliah serta dihasilkan di kilang yang mempunyai pensijilan HALAL dan Good Manufacturing Practice (GMP). Sehingga kini, produk Dr. Irma merangkumi penjagaan kulit, penjagaan diri, penjagaan gigi. Antara produk yang popular saya guna sekarang adalah produk semburan mulut DENTARINSE FRESH.
SEMBURAN MULUT DR. IRMA DENTARINSE FRESH (ORAL SPRAY)
DR. IRMA DEODORANT SPRAY
DR. IRMA KASUKI FOOT/SHOE SPRAY
DR. IRMA HAND SANITIZER
MINYAK AROMATERAPI ORKED ZEN TENANG OIL
ULASAN PERIBADI MENGENAI PRODUK PENJAGAAN DIRI DR. IRMA
Sejujurnya, produk Dr. Irma adalah my life saviour! Rutin saya yang sering mengembara memerlukan produk yang kompak dan kecil dan pada masa sama mempunyai fungsi lengkap untuk penjagaan diri. Seharian berada di luar dan kemudiannya perlu berada di lokasi lain memerlukan saya untuk kekal segar dan bersih. Penggunaan semburan mulut (oral spray) Dr. Irma Dentalrinse Fresh memang cukup praktikal. Hanya sembur ke dalam mulut dan bilas dengan air, mulut anda bebas dari kuman dan bau yang tidak menyenangkan. Malah saya sering menggunakan semburan mulut ini setiap kali selepas makan. Begitu juga dengan deodoran Dr Irma yang menjadi penyelamat untuk pastikan ketiak saya tidak berbau. Mana sempat untuk pulang ke rumah semata-mata untuk mandi sedanngkan jadual harian anda cukup padat. Bila seharian memakai kasut, pasti bau peluh dan hapak pada kaki dan kasut , jadi dengan menggunakan semburan kaki Dr. Irma Kasuki Foot/Shoe Spray, masalah ini selesai! Jadi masalah bahagian tertentu di badan yang mudah berbau dapat dielakkan dengan adalanya produk Dr. Irma ini. Lagipun, saiznya yang kecil mudah untuk disimpan di dalam poket atau beg. Tiada alasan untuk tidak kekal bersih dan segar lagi!
Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan rangkaian produk Dr. Irma, anda boleh layari https://drirma.com/ untuk pembelian dan informasi lanjut. Produk Dr. Irma juga boleh didapati rangkaian AEON Mall dan juga menerusi Shopee (@irmashida).
LAYARI DR. IRMA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#PRODUK #DRIRMA #BEYOUTIFUL #DRIRMASKINCARE
Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan rangkaian produk Dr. Irma, anda boleh layari https://drirma.com/ untuk pembelian dan informasi lanjut. Produk Dr. Irma juga boleh didapati rangkaian AEON Mall dan juga menerusi Shopee (@irmashida).
LAYARI DR. IRMA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#PRODUK #DRIRMA #BEYOUTIFUL #DRIRMASKINCARE
0 Comments