PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

Paradesa Borneo Bawa Keliling Bandar Kuching Dengan Basikal |
Aktiviti melancong bukanlah sekadar melihat dan mengunjungi tempat menarik sahaja tetapi ia menjadi memori dan pengalaman indah buat si pengembara dapat meneroka hidden gems di sesebuah destinasi. Setiap dari kita pasti punya cara tersendiri untuk menjadikan aktiviti libur lebih mengujakan bukan? Nama pun libur, jadi pasti semua mahukan momen yang fun and happy! Untuk mencipta kelainan, barangkali anda boleh pertimbangkan aktiviti travel dengan berbasikal seperti yang saya lakukan di bandar Kuching dengan menggunakan khidmat Paradesa Borneo.

Kebiasaanya kita menjelajah destinasi dan tempat menarik menggunakan mod pengangkutan seperti bas pelancong, pengangkutan awam dan kereta sewa, namun menunggang basikal adalah sesuatu yang rare. Tidak dinafikan bahawa aktiviti berbasikal semakin mendapat perhatian ramai pada masa kini. Menerusi aktiviti jejalah berbasikal ini, selain menjadi aktiviti riadah sihat, ia dapat memberi ruang dan peluang untuk kita lebih memahami lebih dekat susur galur kehidupan masyarakat setempat.
 
APA YANG MENARIK DENGAN PARADESA BORNEO?

Sebagai pelopor aktiviti jelajah basikal berpandu di Borneo, Paradesa Borneo menawarkan variasi pilihan aktiviti berbasikal di Sabah dan Sarawak. Anda boleh memilih pakej jelajah kota secara santai mahupun aktiviti mounting biking yang ekstrem. Paradesa Borneo juga menyediakan perkhidmatan eksplorasi Sabah dan Sarawak termasuk beberapa aktiviti lasak antaranya ekspedisi kayak, melihat hidupan liar, meneroka gua dan menyelam.

PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

Untuk jelajah berbasikal dalam kota secara santai, anda boleh melihat bandar Kuching dengan cara cukup unik dimana gabungan sighseeing di lokasi bersejarah sambil menelusuri kawasan kampung yang masih wujud di bandar Kuching. Pada masa sama, anda berpeluang menikmati menu lokal di beberapa persinggahan sepanjang laluan berbasikal ini.

Terdapat beberapa pakej jelajah kota secara berbasikal yang ditawarkan oleh Paradesa Borneo dan antaranya Kuching Sunset Tour.

PAKEJ KUCHING SUNSET TOUR PARADESA BORNEO

Secara jujur, ini adalah pengalaman pertama saya menjelajah kota menggunakan basikal. Malah, tidak pernah terlintas di minda untuk meletakkan aktiviti berbasikal dalam setiap intinerari percutian saya. Sesuatu yang luar dari norma saya namun ia adalah momen yang cukup indah dalam kamus hidup saya sepanjang melancong di tanah asing.

PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

Untuk aktiviti Kuching Sunset Tour oleh Paradesa Borneo, kami berhimpun di hadapan Waterfront (bertentang dengan Old Court House) untuk sesi taklimat jelajah dan keselamatan sepanjang berbasikal. Setiap dari kami dibekalkan basikal, helmet, air mineral. Usai taklimat sekitar jam 4 petang, kami terus memulakan eksplorasi bandar Kuching. Antara lokasi disepanjang laluan Kuching Sunset Tour ini adalah:

  • Old Court House (Titik Mula)
  • Muzium Lama dan Muzium Budaya Borneo
  • Jalan Datuk Ajibah Abol
  • Masjid Bandar Kuching
  • Enter Lorong Dock
  • Masjid India Bandar Kuching
  • Square Tower (menaiki bot penambang di belakang bangunan pejabat Tourism Malaysia untuk menyeberang ke Pangkalan Kampung Boyan bersama basikal)
  • Menolak basikal ke Kevin Hill, melalui Brooke Gallery, Botanical Garden dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN)
  • Jambatan Darul Hana
  • Menolak basikal disepanjang Jambatan Daru Hana untuk pemandangan matahari terbenam (sunset view)
  • Kembali ke Waterfront dan menikmati ais krim Gula Apong (Titik Akhir)

Sepanjang petang di bandar Kuching menunggang basikal, satu pengalaman menarik dalam hidup saya. Jarang saya dapat manfaat cuti dengan aktiviti riadah seperti ini. Basikal bukanlah minat saya namun jelajah kota dengan berbasikal membuat saya jatuh cinta dengan aktiviti sebegini. Bak kata orang orang, sambil menyelam minum air, jadi sambil kita melakukan aktiviti riadah yang sihat, dapat juga kita mengutip ilmu tentang sejarah dan budaya tempatan. Warga Paradesa Borneo juga mesra dan sangat membantu. 

Untuk anda yang sukakan percutian yang sedikit elemen ekstrem dan lasak, boleh mencuba jelajah berbasikal bersama Paradesa Borneo ini. Layari laman sesawang rasmi di www.paradesaborneo.com untuk melihat senarai pakej dan harga yang ditawarkan serta maklumat terperinci.

IKUTI PARADESA BORNEO DI FACEBOOK | INSTAGRAM

PARADESA BORNEO BAWA KELILING BANDAR KUCHING DENGAN BASIKAL

PARADESA BORNEO (CYCLING TOUR)
NO1. WAYANG STREET,
93000 KUCHING, SARAWAK.

TELEFON: 082-238801

#PARADESABORNEO #LANBERAMBEHMAKAIBASARAWAK #TOURISMMALAYSIASARAWAK #MALAYSIATRULYASIA #CUTICUTIMALAYSIA

0 Comments