SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

Selangor Fruit Valley (SFV) Tawar Pengalaman Keseronokan Alam Bertani |
 Pelancongan di Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis dan salah satu yang semakin popular dan berkembang pesat adalah agropelancongan. Agropelancongan merujuk kepada aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong merasai aktiviti yang dilakukan pengusaha. Pada masa sama, aktiviti yang boleh dilakukan menerusi agropelancongan ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang pelbagai berkaitan dunia agropertanian. Antara lokasi agropelancongan yang popular adalah Selangor Fruit Valley (SFV).

Selangor Fruit Valley yang terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor. Sejujurnya, saya tidak pernah mengetahui kewujudan Selangor Fruit Valley ini sehingga diperkenalkan oleh teman. Padahal Selangor Fruit Valley sudah beroperasi sejak 2017 lagi. Bagi anda yang menaiki kenderaan sendiri ke Selangor Fruit Valley ini, pastikan anda tidak terkeliru dengan pintu masuk tempat ini kerana ia mempunyai dua pintu gerbang dan pintu masuk utama adalah seperti di gambar bawah ini.

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

APA YANG MENARIK DI SELANGOR FRUIT VALLEY

Anda akan dibawa mengelilingi Selangor Fruit Valley yang berkeluasan 1000 hektar yang menempatkan pelbagai jenis tanaman dan juga haiwan ternakan menaiki tram. Sehingga kini, Selangor Fruit Valley mempunyai 25 jenis tanaman antaranya Kelapa Pandan, Kelapa Matag, Nangka, Nangchem, Nanas, Jambu Batu dan banyak lagi. Haiwan ternakan yang terdapat di sini antaranya lembu, kambing, itik, ayam termasuk juga ladang rusa dan tanam arnab.

Menariknya, Selangor Fruit Valley bukan sekadar ladang pertanian dan penternakan sahaja. Ia menawarkan kepada pengunjung pelbagai aktiviti berkaitan agropertanian antaranya memetik buah nanas, menuai kelapa, menorah getah, menghasilkan telur masin, melihat penghasilan madu Kelulut, menuai kangkong, Park Choy, Sawi, Bayam dan banyak lagi. Anda juga akan dibawa melawat ladang rusa, Taman Arnab, Rumah Kampung untuk menikmati Kelapa Pandan, Laman Herba. Saya diberitahu pelbagai aktiviti baru akan diwujudkan di Selangor Fruit Valley ini seperti berbasikal, memancing, menaiki ATV, aktiviti air dan banyak lagi.

Bagi penggemar pokok, anda boleh membeli anak pokok buah-buahan disini seperti benih sayur-sayuran, sulur nanas MD2, anak pokok Pisang Kultur Tisu. Malah tersedia penjualan buahan-buahan yang ditanam disini seperti Kelapa Pandan, Nangchem, Jambu Batu, Belimbing dan banyak lagi.

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

Selangor Fruit Valley juga mempunyai sebuah dewan dipanggil Carambola Pavilion dimana anda boleh mengadakan sebarang majlis atau acara disini bersaksikan panorama hijau yang cukup memukau mata. Berhadapan Carambola Pavilion ini pula terdapat kafe, ruang lepak santai dan Eco Bridge (Jambatan Eko) yang sesuai dijadikan spot fotografi. Selangor Fruit Valley juga menawarkan lokasi untuk mana-mana syarikat atau organisasi untuk mengadakan program team-buliding disini.

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

Pendek kata, banyak aktiviti boleh dilakukan di Selangor Fruit Valley ini untuk anda seisi keluarga ataupun pelancong yang mahukan kelainan dalam itinerari kembara mereka. Seperti saya sendiri, berada di Selangor Fruit Valley merupakan pengalaman baru kerana saya berpeluang buat pertama kali memetik nanas dan menuai kelapa. Bagi warga bandar, ini adalah satu peluang menarik dan pendedahan kepada anda khususnya anak-anak untuk mempelajari cara petani dan penternak mengusahakan ladang mereka. Pada masa sama, anda boleh menikmati keindahan alam menghijau dan bebas dari hiruk pikuk kota seketika.

HARGA TIKET SELANGOR FRUIT VALLEY

Berminat untuk eksplorasi alam bertani di Selangor Fruit Valley? Bagi pembelian tiket di kaunter yang terletak diperkarangan pintu masuk, anda akan diberi menaiki tram, mengelilingi ladang buah, mengunjungi Carambola Pavilion, laman herba, ladang rusa, Taman Arnab dan rumah kampung. Harga yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia adalah RM15/seorang (dewasa) dan RM10/seorang (kanak-kanak/warga emas/OKU/Pelajar). Manakala harga bagi warga asing adalah RM30/seorang (dewasa) dan RM25/seorang (kanak-kanak).

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

Bagi anda yang mahu melakukakan aktiviti seperti memetik buah nanas, menuai kelapa pandan, menorah getah, aktiviti berbasikal, membuat telur masin, memancing, tersedia pakej istimewa dimana anda perlu menghubungi pihak Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033 atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com untuk pertanyaan lanjut. Layari www.selangorfruitvalley.my untuk informasi dan maklumat selanjutnya.

IKUTI SELANGOR FRUIT VALLEY DI FACEBOOK | INSTAGRAM

SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) TAWAR PENGALAMAN KESERONOKAN ALAM BERTANI

ALAMAT SELANGOR FRUIT VALLEY
KM7, JALAN RAWANG -BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR.

WAKTU OPERASI: 
9 PAGI – 4 PETANG (SABTU- KHAMIS)
TUTUP HARI JUMAAT

#TOURISMMALAYSIACENTRAL #AGROTOURISM #SELANGORFRUITVALLEY #ABOUTKLANDBEYOND #CUTICUTIMALAYSIA #TOURISMMALAYSIA

4 Comments

  1. Tak sabar nak g bila dia tunjuk buah-buahan Nadir nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! saya tak sabar dia nak buat chalet so leh staycation kat sini!

      Delete